View Larger Map
Arrow hijau, tempat kejadian. Agak jauh tempat kami parking dengan stadium. Orang yang datang tengok bola ramai sangat. Ada yang report 80000 datang, ade sebut 85000. Paling detail aku dengan was 84499 orang.
Tempat parking kitorang (dalam bulatan merah). Pada asalnya, kami park jauh di depan ini, berdekatan dengan penjuru kiri bawah gambar di atas, tapi ada brader polis trafik halau kami suruh parking lagi jauh. Tapi tak lama lepas tu pulak, boleh lak orang lain park tempat asal aku tuh dia siap guide park lagi!
Hasilnya, penyangak tersebut mencuri Smartag + Touch 'n Go, kacamata hitam Guess + case, case kacamata Espirit, lense cap Nikor 18-55mm dan satu tabung ashtray yang dah jadi tempat letak coins. Boleh kaya ke buat kerja haram macam ni? Mati perut kembung terapung dalam sungai lah kau malaun! Itu hasil si pencuri tuh, hasil kami pulak dalam kereta penuh dengan serpihan cermin dan barang-barang berselerak.
Memandangkan, kejadian berlaku pada Sabtu malam, maka tiada apa sangat yang boleh dibuat untuk membaiki kerosakan selain daripada balik je menuju ke rumah. Esoknya, baru lah keluar mencari kedai. Pusing satu Kajang cari kedai, semua kedai tutup sebab hari Ahad. Then masuk pulak ke Seri Kembangan, ada satu kedai bukak, tapi dia tade stock cermin Swift minta untuk datang esok. Harga pulak dia mintak RM180.
Last², kitorang fikir better cari dekat KL, dengan harapan ada kedai yang bukak. Aku teringat kedai yang aku pernah ganti cermin kereta Kenari, iaitu dekat Setapak, kawasan Hospital Tawakkal tu. Kedai yang aku pergi tahun 2009 tidak buka, nasib baik ada kedai kat row belakang dia buka. Itu pon, sebenarnya dia tutup pada hari Ahad, kebetulan dia datang hanya untuk stock take. Tapi itu towkay, baik juga untuk bikin kereta kami.
Sementara tunggu kereta siap bikin, lepak kejap dekat Restoran Haslam sambil pekena Nescafe Ais. Dalam 30 minit macam tuh, pergi balik kat Kedai Cermin tuh, tengok kereta dah siap. RM150 the damage. Dia siap vakuum semua serpihan-serpihan kaca yang ada.
Ni pulak, another victim. Same venue, same event. Tapi brader ni lagi jauh, dari Seremban! Moral of the story, jangan park kereta di tempat yang agak sunyi. Pastikan jangan pasang kaki pelekat Smartag pada cermin anda, aku budget pencuri tuh target kereta yang pasang kaki tuh. Smartag kami dah siap simpan dalam glovebox pon. Bukannya terdedah. Even better, kalau nak pergi event sebegini, better naik public transport.
Sebab Malaysia dah makin tidak selamat!