Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


JPJ: Lesen L untuk motorsikal sah untuk ride atas jalan raya

Thursday, June 14, 2012

| |
|

Semalam, aku dapat info dari kawan aku via WhatsApp, ada geng VOG (Versys Owners Group) kena saman dengan JPJ 3 calit sebab katanya lesen 'L' hanya valid dalam sekolah memandu sahaja, jalan raya tidak boleh bawak moto lagi. Setahu aku, jiran aku kat kampung dulu, dia duk ulang alik gi kerja naik Honda Ex5 berapa belas tahun, hanya duk pakai lesen L ja. So aku submit inquiry kat JPJ portal.
Wed, Jun 13 2012 5:17pm
(You)
Saya mendapat maklumat dari kawan, menyatakan bahawa jika saya pemegang lesen L, tidak boleh menunggang secara sah di atas jalan raya. Lesen L hanya boleh digunakan untuk tujuan belajar di sekolah memandu sahaja. Adakah ini benar?
Wed, Jun 13 2012 5:29pm
(staff)
Tidak di Malaysia.
Wed, Jun 13 2012 5:39pm
(You)
Maksudnya saya boleh menunggang apa-apa motorsikal (tanpa pembonceng) di atas jalan raya walaupun hanya mempunyai lesen L untuk kelas B. Adakah ini yang dimaksudkan?
Wed, Jun 13 2012 6:37pm
(staff)
Ya dengan mempamirkan plat L dihadapan dan belakang motorsikal tersebut
Maka, takde masalah la nak ride sorang-sorang (tak kira berapa cc sekali pon) walaupon masih berlesen L kelas B (Motorsikal melebihi 500 sp)