Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Showing posts with label gadget-tech-computer. Show all posts
Showing posts with label gadget-tech-computer. Show all posts

Kempen meletakkan "Emergency Contact" pada Lockscreen handphone

Thursday, April 20, 2017

| |
|

Seringkali menerima berita tentang kemalangan, keluarga mangsa tidak dapat dihubungi. Phone hilang, tidak dapat cari tuam empunya nya. Dan macam-macam lagi perkara melibatkan tuan punya badan dengan handphone. Tidak dinafikan, di dalam sistem handphone itu sendiri, boleh dimasukkan Owner's Info (untuk pengguna Android) dan Mediacal ID (untuk pengguna iOS), tetapi kekadang size font terlalu kecil dan terlampau banyak kena tekan boleh membantutkan usaha ketika dalam kecemasan. Jom, ubah wallpaper lockscreen anda, masukkan info talian kecemasan anda di screen. Ia mungkin dapat membantu anda suatu hari nanti ..

Portrait monitor

Sunday, October 23, 2016

| |
|


Vertical monitor pada aku boleh increase your productivity, by a lot. Less scrolling. More reading space compared to horizontal/landscape monitor. Have a try!



Jom block internet anak-anak anda!

Friday, September 30, 2016

| |
|

For what ever reason, korang PERLU untuk menghadkan penggunaan internet oleh gadget anak-anak anda, boleh la membuat MAC filtering di router anda. Yeah kenapa tak sembunyikan sahaja gadget mereka? Well, people have their own reasons.

Caranya mudah sahaja. Log masuk ke laman web router anda. Cari setting tentang MAC filtering. Create schedule. Dan setkan MAC address gadget anak-anak anda di dalam MAC filtering setting page itu. Lain router, lain settingnya. Pepandailah korang. Aku just bagi idea.



Apa? Mana nak cari MAC address?
Iqra' this http://optimum.custhelp.com/app/answers/detail/a_id/2820/~/finding-the-mac-address-on-an-android-phone-or-android-tablet

TM Unifi rebate

Sunday, September 4, 2016

| |
|


Saya dah buat. Anda bila lagi? Bila perkhidmatan UniFi atau Streamyx anda mengalami masalah, laporkan masalah dengan membuat panggilan ke 100. Bila masalah telah selesai, kembali hubungi 100 dan bercakap dengan pihak Billing, untuk uruskan rebet anda. Jangan lupa Report no. ya.

p/s: Takde guna kau bising-bising kat laman media sosial kalau tak buat report. Ni rebate RM200 lebih aku dapat sebab video streaming aku slow/buffering issue selama 3 bulan. Sekian.

UPDATE 23-09-2016: Baru dapat bil unifi bulan Sep 2016. :D Yeay!

TM Unifi: slow streaming Youtube, Vimeo, Kodi dan sebagainya?

Friday, July 15, 2016

| |
|


Anda mengalami masalah slow streaming / youtube pixelated / stream sangkut-sangkut? Cuba ini. Disablekan WAN IPV6 di dalam router TM Unifi anda. Mudah saje.

Login ke laman router anda. Aku punya ni model TRG212M. Biasanya url dia http://192.168.0.1. Klik Setup > WAN > dan klik icon Edit untuk connection Internet seperti di dalam gambar di bawah (kotak merah)

Kemudian, tukarkan IP Version kepada IPv4 dan klik Apply. Lastly, reboot router TM Unifi anda. Harap dapat membantu.

p/s: Jika login 'admin' tak jumpa Setup > WAN, sila buat ni... setting awal router ni, tak tahu la macam mana pihak TM boleh setkan username 'admin' dengan operator level rights dan username 'operator' dengan admin level rights. aku dah tukar aku punya admin jadi admin level right. by the way default password utk username 'operator' adalah 'h566UniFi'. Untuk keselamatan router anda, aku saran untuk tukar these accordingly!

Daddy Mama Arfa Amna - family finger nursery song

Sunday, September 28, 2014

| |
|

Arfa memang suka browsing videos dekat Youtube. Lagu favorite dia sekarang adalah Daddy Finger - Finger Family. Macam-macam version ada kat Youtube, cartoon, hulk, lollipops dan macam-macam lagi. So terfikir pulak nak edit letak muka kitorang dalam salah satu video rhymes ni. So last-last pilih video ni untuk edit. Edit dalam After Effects.

Music video: Our Incredible Journey

Saturday, September 20, 2014

| |
|

Satu lagi video hasil dari mengadap Adobe Photoshop,  After Effects dan Premiere Pro. Agak-agak dah boleh amik upah buatkan video orang tak? hehe. Video berkisar dari mula kahwin sampai la sekarang anak dua. Guna still images dan beberapa clip video peribadi. Soundtrack lagu susu Friso

Superrammaeh - Selamat Hari Malaysia

Tuesday, September 16, 2014

| |
|

Video ni dihasilkan dengan Adobe After Effects. Terima kaseh kat adik ipar aku yang sudi untuk berlakon bersama. Masih banyak yang perlu di'alter'kan untuk bagi lagi perfect. This is what a beginner does ..

 p/s: Selamat Hari Malaysia yang ke 51

Maman got some chakra!

Friday, September 12, 2014

| |
|

Baru nak berjinak-jinak dengan Adobe After Effects. Banyak benda boleh buat guna ni. Terbaik lah AE!

Cartoon yourself!

Monday, August 25, 2014

| |
|

Lately aku duk habiskan masa bosan dengan trace gambar2 ahli keluarga untuk dijadikan cartoon. Aku memang tak reti melukis. Tapi buat cartoon ni macam ralit la pulak. Aku duk guna Corel Draw X7 atau Inkscape. Dua-dua guna lebih kurang je. Ni hasil-hasilnya..









How to reset Sony Xperia C

Monday, March 17, 2014

| |
|

Smartphone Sony Xperica C anda tiba-tiba hang? Tiba-tiba no display? Apa nak buat? Bateri dah la tak boleh nak remove. Tekan button power lama-lama pon takde apa jadi? Easy.

1. Cabut back cover.
2. Cucuk power.
3. Reset guna paperclip tekan dekat reset hole (red arrow) tu.



Jadual EPL di peranti Android anda!

Monday, August 19, 2013

| |
|

Musim bola EPL telah kembali! Dapatkan jadual perlawanan pasukan kegemaran anda ke talifon pintar Android anda (atau any smartphone yang support calendar sync with Google Calendar).

Mula-mula, login ke Google Calendar di https://www.google.com/calendar


Klik dropdown button pada tepi Other calendars. Klik Browse Interesting Calendars.

Klik pada Sports , Soccer dan kemudian klik Subscribe untuk Liverpool FC.

Make sure your Gmail/Google account is synced dan Calendar setting on your Android device ticked untuk your favorite team.

Done! Sekarang Calendar talifonpandai Android anda mengandungi jadual perlawanan Liverpool FC.

Sekian. Majulah sukan bola sepak untuk Liverpool FC!

p/s: takpon, pakai je widget Google Now (available for Android 4.1 and above)

Kids sejadah design is now for real

Tuesday, July 9, 2013

| |
|

Last September 2012, aku ada tolong designkan kawan wife aku untuk sejadah kanak-kanak. Now produk tu dah terhasil and are on sale dekat blog hanimcreation.blogspot.com / FB Hanim Creation. Bangga la pulak bila benda yang aku design tu dah jadik rupa actual things. ;D Eager untuk create more and more designs, tapi aku rasa cam kurang bakat dan creativity. Haha


P/S: Nantikan lah ...

ez Sh@re: Wireless SDHC memory card untuk digital camera

Wednesday, June 5, 2013

| |
|

Bawak kamera pergi bercuti, tapi nak harvest gambar dari digital camera tak bawak laptop pulak? Atau pun nak beli camera yang ada wireless capability, maybe mahal sangat. Kamera dah ada, takkan nak beli kamera baru lak kan? Nak shoot guna camera phone maybe gambar tak cantik sangat. So solution for this, tukar memory card anda kepada wireless memory card.

Setahu aku, dalam market so far ada 6 brand. Eye-Fi, Toshiba FlashAir, Transcend, pqi Air Card dan ez Share. Eye-Fi consume more bateri kamera sebab tak boleh nak off dia punya wireless capability. FYI, memory card ini menggunakan bateri kamera untuk beroperasi. FlashAir and ez Share ada switch untuk on/off wireless capability, but ez Share ni lagi murah harganya. Maybe sebab China brand. Bought it for USD49.95 dekat eBay.
So untuk access the content from the memory card, mula-mula switch on wireless dekat memory card ezShare ni and then baru power on your camera. Connect your smartphone/tablet/iPad/iPhone to the memory card's WiFi network. Macam dalam case aku ni, aku bagi SSID untuk WiFi network memory card aku ni 'ramzulv1'.
Once connected, bukak internet browser dan type in 'ez' dalam address.
So now dah boleh tengok content dalam memory card. Nak tengok picture boleh, video boleh. Kemudian download photo/video yang dikehendaki kepada device anda.
Kalau tak nak guna internet browser, ada apps yang boleh digunakan. Boleh dapatkan apps 'ez Share' ni kat Play Store atau App Store.
P/S: memory card ni bukan sahaja boleh digunakan dekat digital camera, bahkan boleh digunakan dekat any device yang support SDHC memory card, sebagai contoh musical keyboard. Imagine ko shoot photo event then your customer nak video slide ready tak lama lepas tu. So sorang shoot photo, sorang lagi harvest gambar terus while ko shooting dan do the editing. Super Nice!

time lapse with Nikon 1 V1

Sunday, March 24, 2013

| |
|

Bila dah beli, baru perasan yang V1 ni ada builtin intervalometer. Kalau takde, untuk shoot images for time lapse video kenalah beli external intervalometer. Dalam V1 ni, menu Internal timer shooting hanya active bila dalam Exposure Mode P, S , A atau M sahaja. Deavtivated dalam auto exposure mode.


i am nikon: Nikon 1 V1

Monday, March 18, 2013

| |
|

Okay, walaupun voting period belom habis, tapi aku dah decided untuk beli a REAL camera. Lagi pon masalah kat handphone HTC Desire aku, dah settle. Lepas beberapa hari survey harga camera serata tempat seperti kat Alam Sentral Shah Alam, IOI Mall Puchong, so last weekend kitorang pusing Plaza Lowyat pulak. Saje tanak ushar kat Pertama Complex, maybe harga lagi murah kot? Ntah. Tak biasa pergi sana. Time Square pon ada pergi recce tapi harga cam harr je. Kat Lowyat pon ada tempat yang harga cam harr, ada harga cam okay tapi satu tempat ni, DSLR World located on the Upper Ground floor, salesman dia Desmond bagi aku the best deal. RM1750 dapat Nikon 1 V1 with 1 NIKKOR 10mm f/2.8 prime lens dan 1 NIKKOR VR 30-110mm f/3.8-5.6 zoom lens. Dapat free gift camera bag, 8GB SDHC memory card, tripod dan cleaning kit. Tambah lagi RM150 untuk 2 lens filters.

Kenapa aku tak angkat DSLR je? Well, aku duk baca-baca reviews, Mirrorless Camera ni pon dapat hasilkan quality pictures and videos ke arah DSLR dah. It is lightweight and compact. Fun untuk dibawa. Senang la wife aku pon nak guna. And then boleh tukar-tukar lens. Kalau ada rezeki, kasi angkat itu FT1 mount adapter boleh masuk almost any lens in the market. So far aku masih tengah duk godek-godek, cari setting bagai. Dah lama berhasrat untuk menjadi DSLR fag, so for now jadi MILC fag aje lah. hahaha ...