Ya Allah, Kami bersyukur, Dengan kebahagiaan ini, Dengan nikmat dan KurniaanMu, Ditemukan dan disatukan, Ya Allah, Kuatkanlah hati dan iman kami, Agar kami dekat denganmu, Agar kami tidak lupa, Perintah dan laranganMu. Ya Allah, Kurniakanlah kami, Rezeki yang halal, Zuriat yang soleh dan solehah, Dekatkan kami dengan kebahagiaan, Hanya padaMu kami memohon. Amin
Followers
Save Gaza
This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.
All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.
Wah.. dah bersawang blog kami ni. 6 bulan without new post dan ini adalah first post for the year 2016! Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri dan Maaf Zahir Batin. Terimalah lagu dari kami anak beranak, Suasana Di Hari Raya (lagu asal dendangan Anuar Zain & Elina). Selamat menyambut hari lebaran, selamat pulang ke kampung halaman, jika memandu jadi lah seorang manusia. Janganlah menjadi seperti babi-babi yang potong queue guna lorong kecemasan dan langgar lampu merah.
Biasanya bila Arfa tengok gambar-gambar dia masa kecik, dia akan cakap itu adalah Amna, adik dia. Tak sama lah kakak...
p/s: video dihasilkan di dalam Adobe After Effects CS6 dan Adobe Premiere CS6
Ni kali pertama kitorang jejak kaki ke bumi Kuching. Mamanye outstation sini seminggu. So sempat la shoot beberapa timelapse. Video kat atas, adalah view Sungai Sarawak dari Hotel Grand Margherita dan night view dari Hotel Pullman Kuching. Bawah ni pulak, aktiviti daddy dan anak-anak bila mamanye pergi kerja
Arfa memang suka browsing videos dekat Youtube. Lagu favorite dia sekarang adalah Daddy Finger - Finger Family. Macam-macam version ada kat Youtube, cartoon, hulk, lollipops dan macam-macam lagi. So terfikir pulak nak edit letak muka kitorang dalam salah satu video rhymes ni. So last-last pilih video ni untuk edit. Edit dalam After Effects.
Satu lagi video hasil dari mengadap Adobe Photoshop, After Effects dan Premiere Pro. Agak-agak dah boleh amik upah buatkan video orang tak? hehe. Video berkisar dari mula kahwin sampai la sekarang anak dua. Guna still images dan beberapa clip video peribadi. Soundtrack lagu susu Friso
Video ni dihasilkan dengan Adobe After Effects. Terima kaseh kat adik ipar aku yang sudi untuk berlakon bersama. Masih banyak yang perlu di'alter'kan untuk bagi lagi perfect. This is what a beginner does ..
Bila dah beli, baru perasan yang V1 ni ada builtin intervalometer. Kalau takde, untuk shoot images for time lapse video kenalah beli external intervalometer. Dalam V1 ni, menu Internal timer shooting hanya active bila dalam Exposure Mode P, S , A atau M sahaja. Deavtivated dalam auto exposure mode.
Okay, walaupun voting period belom habis, tapi aku dah decided untuk beli a REAL camera. Lagi pon masalah kat handphone HTC Desire aku, dah settle. Lepas beberapa hari survey harga camera serata tempat seperti kat Alam Sentral Shah Alam, IOI Mall Puchong, so last weekend kitorang pusing Plaza Lowyat pulak. Saje tanak ushar kat Pertama Complex, maybe harga lagi murah kot? Ntah. Tak biasa pergi sana. Time Square pon ada pergi recce tapi harga cam harr je. Kat Lowyat pon ada tempat yang harga cam harr, ada harga cam okay tapi satu tempat ni, DSLR World located on the Upper Ground floor, salesman dia Desmond bagi aku the best deal. RM1750 dapat Nikon 1 V1 with 1 NIKKOR 10mm f/2.8 prime lens dan 1 NIKKOR VR 30-110mm f/3.8-5.6 zoom lens. Dapat free gift camera bag, 8GB SDHC memory card, tripod dan cleaning kit. Tambah lagi RM150 untuk 2 lens filters.
Kenapa aku tak angkat DSLR je? Well, aku duk baca-baca reviews, Mirrorless Camera ni pon dapat hasilkan quality pictures and videos ke arah DSLR dah. It is lightweight and compact. Fun untuk dibawa. Senang la wife aku pon nak guna. And then boleh tukar-tukar lens. Kalau ada rezeki, kasi angkat itu FT1 mount adapter boleh masuk almost any lens in the market. So far aku masih tengah duk godek-godek, cari setting bagai. Dah lama berhasrat untuk menjadi DSLR fag, so for now jadi MILC fag aje lah. hahaha ...
Lama dah tak buat such video. Set camera on static, then set auto shoot at any interval of time. Macam ni, aku hook up webcam letak depan rumah, set software camera (ni aku guna AvaCam) untuk auto shoot photo every 60 seconds. Dan hasilnya, tadaaa! Ni pon dah guna 711 keping gambar. Susun image sequence dalam Pinnacle Studio HD 14. Each gambar run dalam 0.01 saat. Dulu-dulu time bujang aku pernah buat dalam 3 kali kot. Amik gambar kucing dalam rumah. Amik gambar dari bilik apartment aku. Haha...
P/S: Time lapse adalah gabungan susunan gambar-gambar yang diambil secara berulang dengan kadar ulangan masa tertentu. Sila baca wikipedia ini untuk maklumat lanjut.
Aku tak sure pada pendapat orang lain, tapi pada aku, dah agak bosan dengan video edit subtitle Hitler marah untuk di'relate'kan dengan setiap isu yang timbul kat Malaysia. Dari isu proton Inspira copied Mitsubishi Lancer ke isu harga gula naik ke isu Malaysia kalah bola dengan Singapura ke isu harga tiket final RM50 mahal ke isu Akta Badan Perkomputeran Professional ... hurm orang kita macam dah kehabisan fresh new idea kreatif untuk dijadikan bahan. Edit lah video lain pulak ye...
My good friend, Razlan (another the Reds fan) used to sing this song to taunt rival fans after their defeats. Kali ni, Manchester United tewas di tangan Manchester City dengan 1-6 di tempat sendiri. Kesian ...
Sempena ulangtahun ke 20 tahun album Nirvana - Nevermind (released on September 21, 1991), aku rasa macam nak record lagu ni. First time aku gunakan Adobe Premiere CS4 ni, not bad la.. senang, banyak benda leh buat. Baru try godek-godek sket ni.
Lagu ni amat simple, 4 chords untuk verse (Em, G, D, C) dan lagi 4 chords untuk chorus (D, C, G, Bb) - sangat simple dan aku rasa rata-rata those yang main guitar akan tahu lagu ni. Catchy lyrics and easy chords.
Aku melalui zaman remaja dengan album ni (walaupun bukan paling faveret, untuk aku paling faveret album Nirvana adalah In Utero). First time aku dengar album ni pada tahun 1993/1994 (tak silap aku), masa aku form 1@2. Beli kaset ade gambar baby tengah menyelam. Ntah mana dah pergi kaset tu. Nostalgia ni ...