Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Salah faham tentang istilah adik-beradik kandung & tiri

Monday, October 10, 2011

| |
|

Aku selalu dengar orang Melayu Islam kita salah guna istilah bab ni. Selalu aku dengar, orang gunakan "tiri" untuk adik-beradik yang sama mak tapi berlainan bapa, tapi "kandung" untuk sama ayah berlainan mak. Salah tu...

Mak sama + ayah sama = adik-beradik kandung

Mak lain + ayah sama = adik-beradik kandung
Mak sama + ayah lain = adik-beradik kandung
Mak lain + ayah lain = adik-beradik tiri
Kat website Islamgrid.gov.my pon ada ramai orang yang menghantar soalan, yang keliru dengan istilah "tiri" ini. Contohnya, ini dan ini.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan "tiri" membawa maksud bukan anak (bapa, ibu dsb) sendiri: anak ~ anak kpd suami atau isteri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu (bukan darah daging sendiri); bapa ~ suami ibu yg bukan bapa sendiri; ibu ~ isteri bapa yg bukan ibu sendiri.

Salah faham tentang ini boleh effect dari segi hak harta pusaka, batas pergaulan, aurat, batal air wudhu', dan sebagainya. Nak senang paham, selagi adik-beradik tu ada kaitan darah melalui mak/ayah kandung, maka mereka adalah adik-beradik kandung. Klip video di bawah adalah penerangan Ustaz Azhar Idrus tentang perihal ini.