Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Kisah Bersalin Lagi: Kos Bersalin di Hospital Pakar Annur, Bangi

Friday, November 7, 2014

| |
|

Salam,


Jom subscribe Youtube Channel Arfa & Amna

Setelah selamat lahirkan my second baby yang dinamakan Amna Hafiya, discharge lah dari wad. Okay dengan sukarela aku nak share pasal kos bersalin dekat Hospital Pakar Annur, Bangi. Kot2 ada yang mencari hospital untuk bersalin and nak tahu kos nya kan.

Kaedah bersalin Amna Hafiya ni adalah pembedahan. Sebab dia duk songsang and mom dah ada parut czer (baby first). Untuk membolehkan bersalin dekat hospital ni, kite kene la check up dulu kat situ kan. At least 2 kali kot. aku pon xpasti sebab aku cek kat situ more than dua kali. untuk check up, biasanya kos untuk scan baby sahaja RM 60 per session. Then consultation Dr sekitar RM 50. Jadi tiap kali check up RM 100++ jugak le.

Then lepas dah book tarikh untuk bersalin kat situ, siap sedia lah duit ye. Almaklumlah, aku hanya pegawai kerajaan dan company suamiku tiada medical cover untuk isteri. hihi... Mase datang pepagi di hari nak operation tu, dah kene bayar deposit dah. hehe... oleh kerana aku bersalin secara pembedahan, deposit dia mintak RM 5k. bole dibayar secara cash mahupon credit card.

Masa book tarikh tu jugak, diorang dah tanye kite prefer duk bilik ape. So, untuk aku, aku pilih bilik twin sharing. untuk twin sharing ni bilik kene share dengan satu lagi patient. toilet pon share. kos dia RM 100 untuk semalam. Bilik dia selesa la jugak untuk aku. Tapi suami takleh teman since share dengan patient lain kan kecuali patient tu pon nak suami dia teman. haaa...so malam pertama aku kat situ, adik aku temankan. Thanks Mak Tin! Adik aku ni memang jaga aku bebetol. baby nangis sikit je, dia cecepat bangun. hehe...jasamu dikenang la Tin! Siap buatkan milo pepanas. terharu i. malam kedua lak suamiku teman sebab dah mintak kebenaran jiran sebelah. hehe...



Normally bersalin secara pembedahan ni memang kene tido dua malam. sebab time ni la luka nak baik. at least dua malam tu kite betol2 dapat rehat. Baby akan diletakkan di nurseri. tapi tiap kali feeding time means baby dah nangis dia akan datang antar kat kite. then dia amik balik untuk bagi mandi, tukar pampers sume (masa Arfa dulu, dekat HKL, sume aku buat sendiri. Fuh! tabah sungguh mase tu). Untuk second time perot dipotong ni, aku rasa sakit luka dia terlebih sikit. nak bangun memang seksa. tak macam first time dulu aku boleh bangun jaga baby, mandi sendiri. Alhamdulillah la aku pilih hospital ni,

Untuk discharge, Dr akan make sure baby dah kencing berak and mom pon dah kencing berak. Lagi satu bacaan jaundice (kuning) baby. mesti bawah 9 mg/dl baru boleh discharge. selepas dua malam tu, bacaan kuning baby aku 7.1 mg/dl, so dapatlah kami dischage. Alhamdulillah.. tapi ade sambungan pasal kuning ni. next entry k. :)

Panjang nya cite ko ni hah..hehe...Actually grand total untuk bersalin ni adalah: RM 6846.70 sahaja. :)
Tengah tunggu nak discharge :)

Kisah Bersalin Lagi 1
Kisah Bersalin Lagi 2
Kisah Bersalin Lagi 3