Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Kisah Bersalin Lagi: Bayiku songsang la!

Thursday, November 6, 2014

| |
|

Salam...haaa tajuk tu baby songsang means baby dalam kandungan kedudukan dia songsang. Kaki kat bawah, kepala kat atas. Normal baby yang siap sedia nak keluar dari perut, maksudnya nak dekat deliver sepatutnya kepala kat bawah, kaki kat atas. Masalah ke kandungan songsang ni? Meh nak cite.

Doktor yang start detect kandungan aku songsang ialah doktor kat Klinik Kesihatan Seksyen 19. Masa dia scan tu nampak resah gelisah je mukanya...aku pon tanya la apsal. dia pon betau, kandungan ok cuma baby macam songsang. erk...terkejut jugak bila aku tahu songsang. patot la semacam je sakitnya bila nak duduk bangun tido. tapi dia cakap takpe still awal lagi ni. masa tu around 30 weeks. later dia akan scan lagi tengok camne.

gambar scan my second baby

Sepanjang pregnancy aku memang buat check up dekat Klinik Kesihatan (KK) and Klinik Annur. saja aku nak bagi option dekat diri sendiri. Bila dah dekat2 nak bersalin, KK mintak aku pilih hospital untuk bersalin and aku request Hospital Putrajaya (HPJ) sebab dekat umah mak. Maka aku kene pegi check up kat HPJ around 3 minggu before due kot.

Masa check up kat HPJ macam biasa la. follow all the step amik weight, blood pressure, urine then tunggu jumpe doktor. Masa jumpe doktor tu, terasa tak best la pulak sebab bilik pemeriksaan tu dikongsi dengan patient lain. pastu doktor yang cek aku sorang lelaki sorang pompuan. tak cukup dua orang doktor, masa aku betau kandungan songsang, diorang bawak aku pegi scan dekat bilik lain pulak which dah ada petient jugak kt bilik tu dengan doktor lelaki jugak and beberapa nurse. segan okay. lepas dah scan, dua doktor tu pon bagi la aku tarikh untuk czer iaitu hanya lima hari awal dari tarikh due. Tarikh due aku 12 Mei 2014, tarikh diorang bagi untuk czer ialah 7 Mei 2014.

Next dalam minggu tu jugak, aku ada check up dekat Klinik Annur. aku pegi jugak since aku belom decide nak bersalin dekat gomen ke swasta. Pagi2 aku drive sendiri ke Bangi sesorang. Lepas jumpe doktor, doktor decide untuk czer aku on 3 Mei 2014. Dia bagi aku pikir dulu nak ke tak. Kalo nak dia akan book terus lah wad, bilik bedah and masuk schedule dia.

Kot2 ade persoalan kenapa nak kene czer? cuba lah try normal dulu. saje lah nak explain sikit. Actually my first baby (Arfa) lahir czer. Nak tahu kenapa bole bace kat sini, sini dan sini. so, para doktor (HPJ and Hospital An Nur) betau untuk mom yang dah bersalin secara czer and next baby nya songsang, kene czer jugak. kalo first baby adalah normal, and second baby songsang, doktor ade option untuk try pusing baby and lahir normal. tapi sebab dah ada parut czer, no chance to try for normal delivery at all. so aku pasrah je la.

So pendekkan citer, after fikir dalam dan panjang, aku decide nak czer dekat annur je. Husband pon setuju and kitorang pon book tarikh.


Menunggu hari

Sambung kisah ni dekat entry baru la ye..:)