Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Kisah Bersalin Lagi: Kelahiran bayi songsang secara pembedahan

Friday, November 7, 2014

| |
|

Salam,

Setelah keputusan nak lahirkan my second baby secara pembedahan dekat Hospital Annur, Bangi maka persiapan mental dibuat. This time aku takkan melalui pengalaman  sakit nak bersalin menunggu bukaan lagi. Lega di situ. Tapi tetap neves tu ada. yela dah tahu perut akan dipotong. Ngeri okay. Tambah lepas tengok video kat youtube cane baby songsang keluar. kaki keluar dulu and doktor tarik kuat2...fuh! takot!!

Pagi2, 3 Mei 2014 bersamaan 3 Rejab 1435H, aku bersiap awal2 pagi nak pegi hospital. Nasib baik hari Sabtu, so mak aku jaga Arfa kat rumah dia. Sesampai kami kat hospital, masuk wad, then siap sedia lah nak dioperate. ikutkan aku dijadual operate pukul 8.00 pagi, jadi sepanjang malam dah puasa. Tapi ntah macam mana, doktor operate patient lain dulu and patient tu ade komplikasi. Tunggu punya tunggu, last2 sampai ke petang baru sampai turn aku. Lapar tayah citer lah sebab still kene puasa. dengan neves lagi. Tapi sepanjang menunggu tu sempat lah aku bace surah Mariam yang beri aku inspirasi untuk namakan baby tu. hihi

Right before masuk bilik operation

Bila turn aku dah nak dekat petang, adik aku dah datang siap bawak Arfa. sempat la jumpe Arfa before adik dia keluar. Bila aku dah nak masuk bilik operation, adik aku bawak Arfa pegi makan. Thanks mak bai! :)

Bye Arfa! 

Sesampai kat bilik operation, nurse explain la serba sikit and suruh tukar baju. Aku memang suruh hubby aku masuk sebab czer kan. boleh la capture the very first moment baby. Tapi time nurse betau kalo nak masuk bilik operation, hubby kene tukar baju and muka dia pon dah nampak cuak, so aku cakap tak nak masuk pon takpelah. huhu.. kang terpengsan pulak, payah! Hubby tunggu dekat bilik baby jelah. and aku proceed ke bilik operation (bilik lain pulak, hubby tak nampak dah).

Dalam bilik operation, sejuk yang amat okay! Dengan baju operation yang one piece tu memang terketar2 aku kat situ. Before pakar bius nak cucuk bius, aku ade request scan perot lagi. Kot2 lah baby dah berpusing, boleh try normal.. ahahahha...ade hati lagi nak try normal. since diorang takde mesin scan kat situ, dah takes time pulak nak angkut mesin scan bawak ke situ. sementara tunggu mesin tu, Dr. Fatimah pon masuk and tanya aku nak scan buat ape? meh saye rase. lepas dia pegang2 perut dia betau ni baby songsang lagi ni. saya boleh rasa kepala dia kat atas ni. tayah scan la. awak ni dah le beranak susah mase first dulu. czer aje lah katenye! huhu...maka aku redha jelah. Memang tu jalan yang baby aku pilih kot.

Next pakar bius pon cucuk la belakang aku (lupa dah cane rasenye). nak cucuk tu dalam posisi duduk and peluk bantal. after cucuk tu slow2 akan rasa kebas. tapi separuh badan je. still sedar and boleh tengok keliling. mase tu jugak diorang siap sedia pasang tirai, pasang tube kencing and preparation untuk bedah. memang dah takde rasa sakit time tu and tak nampak ape yang diorang buat.

Bila sume dah ready, Dr pon potong le perut. boleh rasa Dr goyang2 perut nak keluarkan baby. sesambil Dr cakap haaa ni kaki dia...payah sikit lah nak kuarkan. Bila kuar je baby, takde nangis pon (bajet nangis kuat2 macam dalam citer kan..haha) nurse bersih sesikit and datang tunjuk kat aku baby girl pastu terus bawak ke bilik baby (tempat hubby aku tunggu).

                        
Proses bersihkan lelemak

Then Dr sambung la tugas jahit perut. Masa jahit tu lama jugak and ade satu masa tu aku terbatuk2 tanpa henti. tak tau nape rase tak selesa sangat macam nak muntah pon ade. pakar bius yang memang duk monitor aku tu pon tambah ubat ape tah so after that baru rase lega. dia cakap tu maybe effect aku tak makan lama sangat so dia masukkan ubat gastrik. something like that la seingat aku (dah lama, aku lupa, jenuh refresh ni). Anyway aku nak ucapkan bebanyak time kasih kat pakar bius Hospital Annur ni. Lupa namaya Dr ape. Dia ni sorang la yang duk monitor aku, lapkan air mata, betulkan tudung. Ade satu masa dia pegi attend baby aku, dah senget benget tudung aku sampai tak nampak ape. bila dia masuk, dia la yang betulkan. huhu..Thanks so much Dr!!! 

After selesai tu, nurse pon tolak aku masuk wad balik. and aku sedar je sepanjang masa sampai masuk wad (seingat aku, masa arfa dulu aku siap tertido beberapa jam lepas operate). Dekat wad family aku dah ramai datang and arfa pon dah ada. So, macam tu lah citer nye kelahiran secara pembedahan. Sekejap dan tak sakit (sakit selepas tu citer lain). hehe 
This is my second baby. fresh from mom's oven :)
 Arfa and adik. Baru tahu rupa adik.
Daddy and adik
Kami namakan Amna Hafiya (Hafiya ni dapat inspirasi masa baca surah Mariam). 

 
 Ni muke kakak and adik mase baru lahir. lain kan?

kakak tak layan sangat adik awal2

Ni Dr Fatimah, Hospital Annur. TQ so much Dr!!!!

Thank you Allah for blessing us with two princess yang sempurna dan sihat. Syukur Alhamdulillah.

1. Arfa Tasnim
2. Amna Hafiya

:)