Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


review 2011

Friday, December 30, 2011

| |
|

Hari ini adalah antara hari2 terakhir untuk tahun 2011. Ahad, dah masuk tahun baru 2012. So apa yang kitorang dah buat/capai/experienced/lalui untuk sepanjang tahun ini ? (this is when Facebook Timeline & blog usefulness come into the picture :D)

January 26th -  Terjualnya kereta pertama aku, a white Perodua Kenari Aero dan kembali menjadi rider tegar selepas beli FZ150i. The last time aku jadi penunggang tegar adelah pada September 2004, bawak Modenas Karisma kaler hujau katak pisang tu. Dalam 6 tahun lebih jugak meninggalkan arena penunggangan dan 6 tahun lebih jugak la Kenaero berjasa kepada aku.

February 21st - Penambahan cucu dalam GenG 5125. Welcome to the world Aqeef.

April 5th - Nokia N82 aku finally dah bengong dan it was time for a new cellphone. HTC Desire telah menjerumuskan aku ke alam Android.

April 27-30th - First time jejakkan kaki kat Thailand (walaupun aku pernah belajar kat UUM selama 4 tahun, tapi tak pernah ke sana pon). Kitorang pergi ke Krabi for our 1st anniversary.

May 28th - adik wife aku, Bai kahwin dengan Haikal.

June 1st - First time aku beli domain. Aku beli domain onedot12.com untuk blog kitorang. Sebelum ni pernah guna free domain name untuk home servers aku, ramzul.mine.nu tapi dah tak guna dah sekarang.

July 14th & 16th - Pertama kalinya aku tengok team Liverpool FC depan mata. Selama tu duk tengok menerusi kaca LCD TV sahaja.

July 16th - Pertama kalinya wife aku & Maeh mengalami kereta kena pecah & barang2 dicuri. Dan itu juga adalah pengalaman kedua buat aku.

August 17th - Ayah aku ke Mekah menunaikan umrah.

September 8th - First time aku bela ikan (before kawen bela kucing), tapi macam takde bakat je, semua dah kojol.

September 15th - Berita paling gembira untuk tahun ini for my wife & me, WE ARE PREGNANT AGAIN! Alhamdulillah sekarang dah 20 minggu & 4 hari mengandung.

October 18th - Penambahan cicit dalam Geng Cucu Pok Su Ya. Welcome to the world Farhana.

October 23rd - Mak & Abah wife aku ke Mekah menunaikan haji.

December 1st - Third time celebrate birthday wife aku ;D

December 12th - For the first time one of our blog post cecah more than 1000 hit dalam masa 1 minggu.

Semoga tahun 2012 mendatangkan lebih banyak berita gembira. Ameen.

Suarez + jari tengah Fulham

Thursday, December 29, 2011

| |
|

Luis Suarez dikenakan penggantungan 1 perlawanan berkuatkuasa mulai game menentang Newcastle pada hari Jumaat ini. Dia dan kelab turut didenda 20K pound sterling.

Tapi kenapa double standard?


Roo's a lucky boy then? FA will take no action over United star's 'V-sign at Chelsea fans'

Kenderaan terbakar + minyak ron95?

Wednesday, December 28, 2011

| |
|

Gambar hiasan. Taken from tranungkite.net

Seingat aku, sebelum minyak RON95 diperkenalkan kepada pasaran tempatan pada tahun 2009, aku tak pernah tengok kenderaan terbakar. So far, aku rasa dah witness hampir 5 kali kenderaan terbakar di bahu jalan sejak dari tahun 2009.

Terbaru adalah semasa aku pulang dari pejabat petang semalam. Kejadian berlaku di Lebuhraya ELITE arah selatan, betul-betul selepas susur keluar Saujana Putra. Sebuah kereta Perodua Viva tengah marak dijilat api, di tepi bahu jalan. Aku waktu itu bermotosikal, walaupun berada pada lane paling kanan cukup terasa bahang. Traffik jam sebelum sampai ke tempat kejadian pon sesak.

Sebelum2 ini pun, pernah aku saksikan lagi 2 kali kenderaan terbakar di Lebuhraya ELITE ini, tapi arah utara. Pernah juga menyaksikan kenderaan yang dah rentung, sebuah Perodua Kenari di jalan Kinrara menuju ke Bukit Jalil kira-kira setahun yang lepas.

Apakah faktor sebenarnya di sebalik kemalangan2 sebegini? Faktor minyak kah? Faktor kecuaian pengguna kah? Atau kenderaan di Malaysia semakin tidak selamat kah?

I'm no expert in this, and cuak bila memikirkan benda2 terbakar sebegini. Apekah ianya suratan atau kebetulan bila aku melihat perkara sebegini hanya daripada tahun 2009 onwards?
Published with Blogger-droid v2.0.2

BPL: LFC & MUFC jadual berkait?

| |
|

Why ah... aku noticed that banyak game fixtures dalam BPL 2011/2012, yang this gameweek lawan Liverpool FC and then the next gameweek pulak terus lawan Manchester United? 7 kali jadi camni


Arsenal FC
20 Aug 2011 vs LFC
28 Aug 2011 vs MUFC

Bolton Wanderers
27 Aug 2011 vs LFC
10 Sep 2011 vs MUFC

Swansea City AFC
05 Nov 2011 vs LFC
19 Nov 2011 vs MUFC

Queens Park Rangers
10 Dec 2011 vs LFC
18 Dec 2011 vs MUFC

Wigan Athletic
21 Dec 2011 vs LFC
26 Dec 2011 vs MUFC

Blackburn Rovers
26 Dec 2011 vs LFC
31 Dec 2011 vs MUFC

Newcastle United
30 Dec 2011 vs LFC
04 Jan 2012 vs MUFC

And kenapa bila lepas Man Utd lawan, LFC lak yang lawan team tu pulak the next gameweek hanya terjadi dua kali sahaje?

Bolton Wanderers

14 Jan 2012 vs MUFC
21 Jan 2012 vs LFC

Swansea City AFC
05 May 2012 vs MUFC
13 May 2012 vs LFC

Apekah sekadar suratan atau kebetulan?

Facebook: TIMELINE is here!

Tuesday, December 20, 2011

| |
|

Facebook Timeline TERsangatlah awesome! Lama jugak la aku duk menunggu untuk diorang release to the public. So mahu dapatkannya sekarang? Go to www.facebook.com/timeline sekarang & click Get Timeline. You will be given 7 days tour on your Timeline before publishing it or else if you are already satisfy with it, just hit the green Publish Now. That's simple


Asyik-asyik video Hitler marah je ...

Wednesday, December 14, 2011

| |
|

Aku tak sure pada pendapat orang lain, tapi pada aku, dah agak bosan dengan video edit subtitle Hitler marah untuk di'relate'kan dengan setiap isu yang timbul kat Malaysia. Dari isu proton Inspira copied Mitsubishi Lancer ke isu harga gula naik ke isu Malaysia kalah bola dengan Singapura ke isu harga tiket final RM50 mahal ke isu Akta Badan Perkomputeran Professional ... hurm orang kita macam dah kehabisan fresh new idea kreatif untuk dijadikan bahan. Edit lah video lain pulak ye...

Bored. http://youtu.be/t7PmzdINGZk

Finally, the Shitty has lost

Tuesday, December 13, 2011

| |
|

Chelsea has defeated Manchester City 2-1 in the Premier League. Well shitty, Liverpool FC has beaten Chelsea at Stamford Bridge twice this season. HAHA

Published with Blogger-droid v2.0.1

Gile lah!

Friday, December 9, 2011

| |
|

Terkejut aku tengok pageviews untuk last few days punya post aku yang komen pasal sms hoax HIV dlm minuman, dalam masa 4 hari boleh attract 600+ of pageviews. Total most viewed post aku pasal "share celcom/maxis broadband" pon setahun lebih baru duk sampai 800+ pageviews, ini pulak dalam masa 4 hari je?! Punya lah berharap, semua post kitorang boleh dapat sebegini banyak punya pageviews, baru lah masyuk BE dari Nuffnang.

Kui kui kui.

Update: at 11.06am dah 763 pageviews dah pulak!
Update: after 6 days, dah jadi top ever viewed post, 895 views!

Jay Spearing red card vs Fulham

Tuesday, December 6, 2011

| |
|

The referee Kevin Friend made a really harsh mistake ...

He got the ball, he got the ball & HE GOT THE FUCKING BALL!!!!

And for Suarez's disallowed goal, he wasn't offside!

The game ended with Fulham 1 - 0 Liverpool FC. Walk on!

Ombak Rindu~~ dari kaca mata aku

| |
|

Salam.
Ombak Rindu...heh...banyak sangat yang cakap pasal cite nih. dari before tayang, sampai la dah nak masuk hari ke 6 tayangan. Memule aku macam malas nak komen. Tapi tengok pendapat orang lain, rase cam nak bersuara lak. haha

Cane aku tahu cite nih? Tak tahu la orang lain terus bace novel ke ape. But as for me, it's start dari majalah Remaja. Yeah!! dalam tuh ade slot cerpen ke novel ke apetah...something like that. yang akan sambung setiap keluaran. So aku dulu suke bace Remaja nih and bace cite Ombak Rindu dari situ lah. :D
Tapi zaman belajar kan. Takde la setiap bulan aku beli Remaja. So akan terputus-putus jalan cite. Sangat tak syok okay!! Tetiba kawan aku, Mai ade lak novel nih. Tak ingat lak novel dia punye ke, die pinjam. Tapi yang pasti take turn jugak la baru dapat bace sampai habeh. Dapat la jugak aku khatam cite nih. :D

Mase bace novel nih, antara novel yang paling best la bagi aku sebab aku suke jalan cite die. Betapa egonya seorang lelaki nak mengaku dia cintakan sorang wanita and betapa sabarnye seorang wanita mengharapkan kasih suami sendiri. Perghh...memang sangat syok rasenye bile last2 Harris pon jatuh cinta kat Izzah and pertahankan cinta diorang. Feel bace novel nih, memang takle lupe tapi kalo tanye aku jalan cite dia, haha...serius aku langsung tak ingat. Cume ingat part Izzah kene jual and merayu2 Harris kawen ngan dia sebab taknak buat maksiat. tuh je aku ingat. HAHA

So, kerana tak ingat jalan cite die la buat aku terase sangat2 nak tengok cite nih. Nak refresh again and feel cite ni balik. Same gak macam LBS. even aku dah khatam novel tuh, aku tak hengat pon jalan cite. That's why aku g tengok. heee



Alrite...sangat panjang mukadimah! ;p

Nape aku TAK SUKE filem nih:

1. Hero die. tak minat okay! pastu dalam cinema lak gadis2 jerit2 bile dia buat muka comel. haha...lawak!
2. Heroin dia. Tak sesuai! Muke dia tak kampung tuk jadi Izzah. bahasa percakapan pon agak baku. Macam minah saleh baru blaja ckp melayu. tak feel!
3. Lagu asik ulang2. aiyooo...banyak kali sangat kot ulang dekat lirik same. takde lagu lain dah. naik bosan aku. Memang lagu tuh sangat sedap. tapi banyak kali ulang dah jadi tak syok.
4. Make up Lisa. sangat tak natural. buruk jadinye. huhu...tak sesuai gak dia jadi Mila tuh.
5. Jalan cite. laju sangat rrr...cepat sangat Harris tuh nak suke Izzah. Mase bace novel lame kot baru dia btol2 jatuh cinta. tak rase pon dia lelaki yang ego. Arggghhhh!!!! tak feel!

Yang best pasal filem nih:

1. Banyak scene kat pantai. aku suke ketenangan kat tepi pantai.
2. Adegan ranjang. haha...bukan sebab aku suke scene camtu. tapi aku rase adegan2 tuh tak keterlaluan dan boleh ditonton dengan budak bawah umur tanpa rase segan. Just light2 je. Takde la nak jual adegan tuh semate.
3. Ape lagi yang best eh? HAHA

Ni bagi pendapat aku lah. Pembaca novel ni satu mase dulu. no offense to those yang cakap movie ni best.
Masing2 bole bagi pendapat kan. hehe...

Overall, still worth it la tengok movie nih and aku bagi 3 stars la over 5.

P/s: Aku tak tengok movie pon sejak pregnant tau as precaution for our baby. Tapi penangan Ombak Rindu, aku pegi jugak tengok. hehe...no wonder la dapat kutip juta2 kan?


Berita tipu: darah HIV dalam minuman Coke, Pepsi dan sebagainya

Monday, December 5, 2011

| |
|

Lately, SMS hoax ni menular dengan meluasnya, menimbulkan ketakutan di kalangan umat Malaysia. SMS tersebut berbunyi, "Utk beberapa hari akan datang, jangan mengambil minuman dari mana – mana produk dari syarikat Pepsi, Tropicana juice, Slice, 7UP, Coke dan lain – lain kerana ada pekerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yang tercemar dengan HIV. Tengok Ntv7. Sebarkan kepada orang tersayang" atau dalam English "for d next few days, do not drink any product from pepsi company like pepsi, tropicana juice, slice, 7up , coca cola, etc,,as a worker from the company has added his blood contaminated with HIV. watch Ntv7 ...please 4ward this 2 every 1 u care about.....ok. Please note seriously".Tak habis-habis la depa ni duk buat berita karut hoax. Yang duk main forward berita tanpa usul periksa pon satu hal. Ko duk sebut-sebut HIV, ko tahu ke pasal HIV? Read people, read! Iqra'!

INI SMS TIPU! Even kat India pon guna ayat sama (the english version), beza part ntv7 tuh je. HIV tidak boleh spread via food.

Sumber: http://www.cdc.gov/hiv/resources/qa/transmission.htm


Question: Has HIV been transmitted from body fluids placed in restaurant food? No incident of food being contaminated with HIV-infected blood or semen has been reported to CDC. Furthermore, CDC has received no reports of HIV infection resulting from eating food, including condiments.

Answer: HIV does not live long outside the body. Even if small amounts of HIV-infected blood or semen was consumed, exposure to the air, heat from cooking, and stomach acid would destroy the virus. Therefore, there is no risk of contracting HIV from eating food.

Moral: Udah-udah la tu duk forward berita tak pasti... boleh terbabit sebar fitnah ni!

Astro's RM 1 juta Money Drop

| |
|

Aku nak sertai this gameshow lah!! Wonder how Astro pick up their peserta. Tak dinafikan ada soalan-soalan yang agak confusing & mencabar, tapi untuk soalan yang taraf senang gile pon orang boleh kelam kabut?

Nama betul Saloma: boleh ade yang teka "Salma binti Hayek"?

Tasik kat Perak: Tasik "Titiwangsa" kat Perak ke?

p/s: Kita yang duk tengok kat umah dengan peserta-peserta yang dekat stage for sure ada beza, nervous dia maybe tahap GABAN!

Happy birthday darling!

Thursday, December 1, 2011

| |
|

Today marked your 27th birthday and you are 16 weeks & 3 days pregnant. I'm hoping the best for you and our beloved unborn child. Semoga dikekalkan kesihatan, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat Ilahi, ditenangkan hati dan semuanya yang terbaik buatmu sayang.

I'm dedicating this animation by Carlos Lascano & song The Messenger by Linkin Park for your birthday ...



The Messenger

When you feel you're alone
Cut off from this cruel world
Your instinct's telling you to run

Listen to your heart
Those angel voices
They'll sing to you
They'll be your guide
Back home

When life leaves us blind
Love keeps us kind
It keeps us kind

When you've suffered enough
And your spirit is breaking
You're growing desperate from the fight

Remember you're loved
And you always will be
This melody will bring you right
Back home

When life leaves us blind
Love keeps us kind
When life leaves us blind
Love keeps us kind

Ohhhhhh Ohhhhhhh!
Ohhhhhh Ohhhhhhh!
Ohhhhhh Ohhhhhhh!

Facebook: Sorting news feed

| |
|

Kekadang perasan kat your Facebook's news feed duk tunjuk benda-benda sama je dari your friends kan, no new updates? Maybe your sorting is set to "Highlighted Stories First". Just click Sort, tukar kepada "Recent Stories First". It's done.

Favorite reference websites

| |
|

Selalu jugak orang duk tanya aku mana nak dapatkan ini, mana nak dapatkan itu. Banyak benda yang aku pon tak tau, tapi aku akan cuba Google dulu. Sometimes benda-benda yang dah biasa aku cari, dah ade kat this few websites yang biasa aku visit.
  1. Movies/applications: www.thepiratebay.org
  2. TV series: www.eztv.it
  3. Movie subtitles: www.podnapisi.net / www.opensubtitles.org/en
  4. TV subtitles: www.addic7ed.com
  5. Harga barang komputer: www.lowyat.net
  6. Result bola: www.livescore.com
  7. Bola live TV mana? : Astro TV Guide
  8. Berita/gossip bola: www.goal.com
  9. Update map Garmin / PaPaGo GPS: www.malfreemaps.com
  10. Lagu: www.mediafire.com (cara guna, via google page, search "tajuk lagu site:mediafire.com")
  11. Tukaran matawang: www.xe.com
  12. Harga henset: www.lelong.com.my / www.mudah.my
  13. Review henset: www.mobile88.com
  14. Review camera: www.dpreview.com
  15. Movies/drama melayu: torrent.jiwang.cc
  16. Nak beli game tapi xtau PC support ke tak?: canyourunit.com
  17. Others: www.google.com / www.wikipedia.org

Carling Cup: Chelsea FC 0 - 2 Liverpool FC

Wednesday, November 30, 2011

| |
|

Dalam masa tak sampai 2 minggu, LFC sekali lagi mengalahkan Chelsea di tempat sendiri, Stamford Bridge is falling down again. Gol-gol jaringan Maxi Rodriguez & Martin Kelly cukup untuk melayakkan the Reds ke peringkat separuh akhir dalam Piala Carling (Piala Milo).

The 50 million Judas pon tak boleh berbuat apa-apa. Haha. Apa yang merisaukan, kecerderaan Lucas Leiva. Harap-harap tak teruk. Mintak2 bukan kecerderaan ligament lutut. Aku pernah had anterior cruciate ligament operation back in 2005, seksanya nak recover. Until sekarang pon masih ada terasa sikit-sikit ngilu di bahagian lutut kiri aku ni.

Well done Reds!

UPDATED: Lucas is to miss the rest of season.
Published with Blogger-droid v2.0.1

Bring on Man Shitty!!!!!!!

Friday, November 25, 2011

| |
|

BRING ON!!!!!

Gua tak predict tinggi-tinggi, takat Liverpool FC 2 - 1 Manchester City.

Video Kahwin

Wednesday, November 23, 2011

| |
|

Lama tak layan video time kahwin. kan sekarang musim cuti sekolah bersamaan musim kahwin. So, let's enjoy my own edited videos.

Akah nikah

Kenduri Kajang
Outdoor at Pullman Putrajaya Lakeside

London Bridge is falling down! Again

Monday, November 21, 2011

| |
|

David Lu12
Hari ini 21 haribulan. Malam tadi, kelab David Lu12 (Chelsea) dikalahkan di tempat sendiri oleh Liverpool FC dengan keputusan 1-2. 2 gol terbaik dari Maxi Rodriguez hasil short passes from Craig Bellamy & Luis Suarez dan gentellan solo Glen Johnson pada minit terakhir memberikan kemenangan bermakna untuk the Reds.

AVB cuba memenangi match malam tadi dengan membawa masuk dua bekas pemain LFC, tetapi bekas pemain Chelsea jugak lah yang memberi kemenangan. HAHA.

Well done Reds!

♪♫ Stamford Bridge is falling down, falling down, falling down ... ♪♫

p/s - Next, bring on Manchester Shitty!

Ikan Bandaraya

Friday, November 18, 2011

| |
|

Ikan Bandaraya atau mat saleh would call it "Sucker fish" atau nama saintifiknya "Hypostomus plecostomus", baru saja beberapa hari join the geng ikan emas and now dah tolong clear aquarium rumah kitorang ni. Air dalam akuarium used to be agak kelam sikit due to ikan emas punya taik2 dan algae-algae, are now crystal clear!

Time kasih encik sedut.

Faktor Ikan Aye (Tongkol)?

Thursday, November 17, 2011

| |
|


Utusan Malaysia: Terengganu kekal pencapaian terbaik UPSR kali ke-11

Ikan Aya, ikan Tongkol, "Tuna" dalam bahasa Inggeris adalah salah satu sumber utama makanan bagi penduduk Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya negeri Terengganu. Biasa aku jumpa 2 jenis, Ikan Aya Kurik (nama saintifik: "Euthynnus affinis") dan Ikan Aya Hitam (nama saintifik: "Thunnus Tonggol"). Ikang ini sememangnya kaya dengan Omega 3 untuk perkembangan otak.

Maybe this is one of the reason for Terengganuans mengekalkan pencapaian mereka? ;D

Sabri Dave: "My favourite with nasi dagang...yeah!!" <- aku pong same boh!!

Simple & perfect desktop - Ubuntu 11.10 (Oneiric Ocelot)

| |
|

Yeah new pc in the office barulah dapat rasa Unity dekstop on the latest Ubuntu release (11.10 Oneiric Ocelot).




Simplify & neat. Marvelous!

Google Latitude: locate your loved ones!

| |
|

Sometimes, it is dangerous or impossible to call or SMS someone just to ask kat mana diorang berada. Sebagai contoh, to answer my wife's call while I'm on my way back home on my bike. Lately, bila hujan menjadi sangat lebat aku terpaksa berhenti untuk berteduh sekejap tapi tak dapat nak inform wife aku disebabkan; tangan basah la, henset dalam beg la, tempias takut kene henset la and what ever reason that might be.

So, aku install on both of my Android HTC Desire & my wife's Nokia N97 mini, Google Maps with Latitude. With Latitude, kita boleh share our current location with people that we wanted to.

But, if you are freaking worried about your privacy just turn off Latitude or hide your location.
Even better, you could adjust your 'Sharing options' specifically by each friend to best available location, city level location or hide your location from them.

Android Games: Drag Racing

Monday, November 14, 2011

| |
|

Agak berhantu jugak game ni pada aku. One race after another, now kereta aku dah level 10, using Hennessey Venom GT. But still plenty to upgrade with that beast. Get this game from Android Market. Jom la have a duel with me. Add me in it. Username: ramzul

DISQUS: for blog commenting

| |
|

Kami gunakan DISQUS sebagai platform comments blog kitorang ini. Why? IT'S EASY dan sebab it has more ways to login compared to traditional Blogger commenting system. You can log in using your Google, Facebook, Yahoo, Twitter or OpenID accounts. As for me, I prefer to use my Facebook account with the Disqus comments.
 Just type komen anda dalam ruangan komen, dan klik "Post as ..."
 Anda boleh pilih mahu gunakan account mana, sebagai contoh di bawah menggunakan Facebook, then click the "Sign in with Facebook" button.

Sekian.

Eleven Sebelas

Friday, November 11, 2011

| |
|

Yeah ... cantik tarikh hari ni, bersamaan 15 Zulhijjah 1432. This date will only return in 100 years later, 11-November-2111. So what happens today?

1. Umur aku, 11 ribu 6 ratus 2 puluh 6 hari.
2. Wife aku dah 13 weeks pregnant, klu ikut calculation the fetal age is 11 weeks.
3. Dah 11 bulan kami duk umah sekarang ni.
4. 1111 days ago, aku masih gunakan Wordpress dan Friendster
5. Shocked with news received this morning, former colleague at Sapura, Kak Rozi Hartini Abdul Aziz meninggal dunia ketika bersalin pukul 3 pagi tadi. Baby girl dia pon arwah. Al-Fatihah untuk kedua-dua mereka.
6.
7.
8.
9.
10.
11. Blog posting ni scheduled to 11.11am today.

Stesen minyak Petronas & parking

Tuesday, November 8, 2011

| |
|

Dah beberapa tahun aku perasan hal ni kat setiap stesen minyak Petronas, kawasan parking di bahagian depan Kedai Mesra tak dibenarkan untuk park kenderaan. Kekadang, kawasan untuk park kereta di stesen-stesen minyak Petronas amatlah limited, dengan buat macam ni lagi lah sikit tinggal space. Di stesen minyak lain takde pulak dihalang untuk park depan kedai.

Mesti ada sebab diorang buat camni. Apekah disebabkan hal keselamatan? Honestly, aku memang don't get the idea of this. Tambah lagi kat tempat yang sempit, then pelanggan mula double park sebab takde space untuk park kereta diorang.

Any idea why?