Video: Arfa is 3, Amna is 1 & housewarming
Friday, May 29, 2015
| 12:05 PM |Posted by Ramzul Ramli |
Video: Arfa & Amna - side by side - 0 to 10 months
Monday, March 16, 2015
| 11:48 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Review Madela Freestyle Breastpump
Wednesday, November 19, 2014
| 8:30 AM |Posted by Fazlina Anuar |
Salam,
Salah satu keperluan penting untuk ibu yang mengandung dan bakal melahirkan ialah breastpump. Haa...masa Arfa dulu, rezeki Arfa murah sesangat. Kazen hubby aku bagi breastpump elektrik and kakak aku pon bagi pinjam breastpump manual. Tapi breastpump elektrik tu dapat guna kejap sangat. Guna tak sampai 10 kali kot, motor dia dah rosak. So aku continue guna pam manual je.
Bila dah bersalin kan Amna, aku memang takde beli pam lagi. Dalam kepala memang nak sesangat Madela freestyle sebab memang berdasarkan review aku baca, pam terbaik lah tu. Tapi bersabar hingga abis pantang baru suarakan hasrat hati kat hubby ku. hehe... ingat senang ke nak beli gajet memahal even guna duit sendiri? still kene bagi sebab musabab yang logik baru suami izinkan. hehe
So, after lebih kurang 3 bulan lebih dah aku guna ni, ni review dari aku:
1. Sangat senang nak pasang, simpan, basuh dan keringkan
2. Bateri tahan sangat lama. Lebih dari 2 minggu masih boleh bertahan tanpa dicas.
3. Tahap pam sama macam masa breastfeed baby. Tidak menyakitkan dan boleh nak kuat or slow.
4. Handsfree. boleh sesambil pam, sesambil baca buku, tengok henfon.
5. Hasil pon okay. macam aku tiap kali sesi pam, dapat lebih kurang 2 botol 4 oz. tetiap hari aku buat dua sesi pam je.
6. Ringan dan compact je bebarangnya. sume boleh muat dalam satu cooler beg.
7. Smart okay. hehe...aku rase pam tuh sangat smart.
8. Takde bunyi masa pam. ada bunyi tapi slow sangat. memang orang tak perasan pon tengah pam. tapi aku memang pam dekat bilik yang takde orang. hehe
9. Masa nak cas balik dalam 4-5 jam je. dah full bateri.
10. Sangat efektif sebab buat double pumping kan. so sangat jimat masa dan tak bazirkan susu. Only mom understand this. :)
Okay cukup la 10 kebaikan aku listkan kot. kalo terpikir lagi nanti aku tambah.
Cucuk Imunisasi Amna Hafiya (0-6 months old)
Monday, November 17, 2014
| 8:30 AM |Posted by Fazlina Anuar |
Sementara mood ada ni, baik aku tulis segala pending post yang terlintas kat kepala aku ni. Actually aku menulis bukan setakat nak share info dengan orang. Tapi lebih kepada rujukan aku sendiri di masa hadapan. Aku sendiri terkadang bila nak refresh balik info, aku masuk je blog sendiri. hehe
Kali ni aku nak share pasal imunisasi untuk Amna Hafiya. ye...aku parent yang memilih untuk bagi imunisasi kat anak. bukan la aku membuta tuli je follow. cuma tu lah decision aku.
Masa Arfa dedulu, aku pegi amik imunisasi ni kat klinik kesihatan. masa tuh tinggal kat Bukit Mahkota. klinik dia aman, lengang and nurse pon baik2. Tapi bila turn Amna, kami dah duduk kat Shah Alam. KK kat Shah Alam ni sangat la padat. tak sanggup rasanya bawak baby tunggu kat sana. kalo baby duk lam perot (time mengandung) okay la lagi. so, kami cucuk je la kat Hospital Pakar Annur, tempat Amna lahir. Kat sini aku nak share kos untuk cucuk sepanjang 6 bulan dah umur Amna ni.
1. Cucuk sebulan:
Kisah Bersalin Lagi: Baby Kuning (Jaundice)
Monday, November 10, 2014
| 8:00 AM |Posted by Fazlina Anuar |
Salam,
Cerita after discharge. aku memang plan berpantang dekat rumah mak aku kat kajang. so husband aku pergi la report kelahiran dekat klinik kesihatan (KK) kajang. besoknya terus nurse datang rumah aku. efisien betol diorang ni. diorang akan cek kesihatan mom and baby. untuk aku mase tu okay la. luka czer pon kering elok, blood pressure okay. untuk amna pulak, nurse tengok dia macam kuning sikit. memang aku pon tengok camtu and amna pon macam tak aktif sangat, asyik tido je. so dia mintak pergi cek kat KK.
Arfa Tasnim & Amna Hafiya
Saturday, November 8, 2014
| 8:00 AM |Posted by Fazlina Anuar |
Kisah Bersalin Lagi: Kos Bersalin di Hospital Pakar Annur, Bangi
Friday, November 7, 2014
| 11:30 AM |Posted by Fazlina Anuar |
Salam,
Jom subscribe Youtube Channel Arfa & Amna
Setelah selamat lahirkan my second baby yang dinamakan Amna Hafiya, discharge lah dari wad. Okay dengan sukarela aku nak share pasal kos bersalin dekat Hospital Pakar Annur, Bangi. Kot2 ada yang mencari hospital untuk bersalin and nak tahu kos nya kan.
Kaedah bersalin Amna Hafiya ni adalah pembedahan. Sebab dia duk songsang and mom dah ada parut czer (baby first). Untuk membolehkan bersalin dekat hospital ni, kite kene la check up dulu kat situ kan. At least 2 kali kot. aku pon xpasti sebab aku cek kat situ more than dua kali. untuk check up, biasanya kos untuk scan baby sahaja RM 60 per session. Then consultation Dr sekitar RM 50. Jadi tiap kali check up RM 100++ jugak le.
Then lepas dah book tarikh untuk bersalin kat situ, siap sedia lah duit ye. Almaklumlah, aku hanya pegawai kerajaan dan company suamiku tiada medical cover untuk isteri. hihi... Mase datang pepagi di hari nak operation tu, dah kene bayar deposit dah. hehe... oleh kerana aku bersalin secara pembedahan, deposit dia mintak RM 5k. bole dibayar secara cash mahupon credit card.
Masa book tarikh tu jugak, diorang dah tanye kite prefer duk bilik ape. So, untuk aku, aku pilih bilik twin sharing. untuk twin sharing ni bilik kene share dengan satu lagi patient. toilet pon share. kos dia RM 100 untuk semalam. Bilik dia selesa la jugak untuk aku. Tapi suami takleh teman since share dengan patient lain kan kecuali patient tu pon nak suami dia teman. haaa...so malam pertama aku kat situ, adik aku temankan. Thanks Mak Tin! Adik aku ni memang jaga aku bebetol. baby nangis sikit je, dia cecepat bangun. hehe...jasamu dikenang la Tin! Siap buatkan milo pepanas. terharu i. malam kedua lak suamiku teman sebab dah mintak kebenaran jiran sebelah. hehe...
Normally bersalin secara pembedahan ni memang kene tido dua malam. sebab time ni la luka nak baik. at least dua malam tu kite betol2 dapat rehat. Baby akan diletakkan di nurseri. tapi tiap kali feeding time means baby dah nangis dia akan datang antar kat kite. then dia amik balik untuk bagi mandi, tukar pampers sume (masa Arfa dulu, dekat HKL, sume aku buat sendiri. Fuh! tabah sungguh mase tu). Untuk second time perot dipotong ni, aku rasa sakit luka dia terlebih sikit. nak bangun memang seksa. tak macam first time dulu aku boleh bangun jaga baby, mandi sendiri. Alhamdulillah la aku pilih hospital ni,
Untuk discharge, Dr akan make sure baby dah kencing berak and mom pon dah kencing berak. Lagi satu bacaan jaundice (kuning) baby. mesti bawah 9 mg/dl baru boleh discharge. selepas dua malam tu, bacaan kuning baby aku 7.1 mg/dl, so dapatlah kami dischage. Alhamdulillah.. tapi ade sambungan pasal kuning ni. next entry k. :)
Panjang nya cite ko ni hah..hehe...Actually grand total untuk bersalin ni adalah: RM 6846.70 sahaja. :)
Kisah Bersalin Lagi 1
Kisah Bersalin Lagi 2
Kisah Bersalin Lagi 3
Kisah Bersalin Lagi: Kelahiran bayi songsang secara pembedahan
| 8:00 AM |
Posted by Fazlina Anuar |
Salam,
Setelah keputusan nak lahirkan my second baby secara pembedahan dekat Hospital Annur, Bangi maka persiapan mental dibuat. This time aku takkan melalui pengalaman sakit nak bersalin menunggu bukaan lagi. Lega di situ. Tapi tetap neves tu ada. yela dah tahu perut akan dipotong. Ngeri okay. Tambah lepas tengok video kat youtube cane baby songsang keluar. kaki keluar dulu and doktor tarik kuat2...fuh! takot!!
Pagi2, 3 Mei 2014 bersamaan 3 Rejab 1435H, aku bersiap awal2 pagi nak pegi hospital. Nasib baik hari Sabtu, so mak aku jaga Arfa kat rumah dia. Sesampai kami kat hospital, masuk wad, then siap sedia lah nak dioperate. ikutkan aku dijadual operate pukul 8.00 pagi, jadi sepanjang malam dah puasa. Tapi ntah macam mana, doktor operate patient lain dulu and patient tu ade komplikasi. Tunggu punya tunggu, last2 sampai ke petang baru sampai turn aku. Lapar tayah citer lah sebab still kene puasa. dengan neves lagi. Tapi sepanjang menunggu tu sempat lah aku bace surah Mariam yang beri aku inspirasi untuk namakan baby tu. hihi
Kisah Bersalin Lagi: Bayiku songsang la!
Thursday, November 6, 2014
| 8:00 AM |Posted by Fazlina Anuar |
Salam...haaa tajuk tu baby songsang means baby dalam kandungan kedudukan dia songsang. Kaki kat bawah, kepala kat atas. Normal baby yang siap sedia nak keluar dari perut, maksudnya nak dekat deliver sepatutnya kepala kat bawah, kaki kat atas. Masalah ke kandungan songsang ni? Meh nak cite.
Doktor yang start detect kandungan aku songsang ialah doktor kat Klinik Kesihatan Seksyen 19. Masa dia scan tu nampak resah gelisah je mukanya...aku pon tanya la apsal. dia pon betau, kandungan ok cuma baby macam songsang. erk...terkejut jugak bila aku tahu songsang. patot la semacam je sakitnya bila nak duduk bangun tido. tapi dia cakap takpe still awal lagi ni. masa tu around 30 weeks. later dia akan scan lagi tengok camne.
Sepanjang pregnancy aku memang buat check up dekat Klinik Kesihatan (KK) and Klinik Annur. saja aku nak bagi option dekat diri sendiri. Bila dah dekat2 nak bersalin, KK mintak aku pilih hospital untuk bersalin and aku request Hospital Putrajaya (HPJ) sebab dekat umah mak. Maka aku kene pegi check up kat HPJ around 3 minggu before due kot.
Masa check up kat HPJ macam biasa la. follow all the step amik weight, blood pressure, urine then tunggu jumpe doktor. Masa jumpe doktor tu, terasa tak best la pulak sebab bilik pemeriksaan tu dikongsi dengan patient lain. pastu doktor yang cek aku sorang lelaki sorang pompuan. tak cukup dua orang doktor, masa aku betau kandungan songsang, diorang bawak aku pegi scan dekat bilik lain pulak which dah ada petient jugak kt bilik tu dengan doktor lelaki jugak and beberapa nurse. segan okay. lepas dah scan, dua doktor tu pon bagi la aku tarikh untuk czer iaitu hanya lima hari awal dari tarikh due. Tarikh due aku 12 Mei 2014, tarikh diorang bagi untuk czer ialah 7 Mei 2014.
Next dalam minggu tu jugak, aku ada check up dekat Klinik Annur. aku pegi jugak since aku belom decide nak bersalin dekat gomen ke swasta. Pagi2 aku drive sendiri ke Bangi sesorang. Lepas jumpe doktor, doktor decide untuk czer aku on 3 Mei 2014. Dia bagi aku pikir dulu nak ke tak. Kalo nak dia akan book terus lah wad, bilik bedah and masuk schedule dia.
Kot2 ade persoalan kenapa nak kene czer? cuba lah try normal dulu. saje lah nak explain sikit. Actually my first baby (Arfa) lahir czer. Nak tahu kenapa bole bace kat sini, sini dan sini. so, para doktor (HPJ and Hospital An Nur) betau untuk mom yang dah bersalin secara czer and next baby nya songsang, kene czer jugak. kalo first baby adalah normal, and second baby songsang, doktor ade option untuk try pusing baby and lahir normal. tapi sebab dah ada parut czer, no chance to try for normal delivery at all. so aku pasrah je la.
So pendekkan citer, after fikir dalam dan panjang, aku decide nak czer dekat annur je. Husband pon setuju and kitorang pon book tarikh.
Kisah Bersalin Lagi: Pregnant but still breastfeed
Monday, September 22, 2014
| 11:22 AM |Posted by Fazlina Anuar |
Salam all...my second pwincess dah 4 bulan ++ now baru ade kelapangan nak menulis cerita bersalin. Actually bukan tak lapang sangat, cuma roh menulis takde. :)
Tetibe nak start cerita bersalin tak seronok pulak. So start dengan cerita pregnancy la. Actually kita tak pernah tahu bila masa yang betul2 sesuai untuk dapatkan anak kedua kan. And ada beberapa isu jugak yang perlu diambil kira. Macam kes aku:
1. Arfa (kakak sulong) still breastfeed
Haaa....dalam Al Quran, surah Al-Baqarah ayat 233 dah bagitahu bagi yang ingin sempurnakan penyusuan (dengan izin Allah) hendaklah menyusukan anak dua tahun penuh. Maka saat mengandungkan Amna, Arfa belum 2 tahun dan masih menyusu. Lagilah Arfa jenis yang tak mahu menyusu guna botol. Maka delima juga aku kat situ. Ade yang nasihatkan stop bf Arfa sebab kononnya takut adik tak cukup nutrien zat bagai. Tapi lepas aku jumpa genea, Dr Fatimah, dia sempat ceramahkan aku pasal kene cukupkan 2 tahun penyusuan at least sebab dah suruhan Allah and dia tetap support aku teruskan bf but make sure makan secukupnya. Sepanjang mengandung and bf takde masalah besar sangat cuma hujung2 pregnant susu macam makin kurang and almost takde. Tapi Arfa tetap nak bf jugak. So agak pedih la.
2.Bersalin anak pertama secara ceasarian
Ye...aku lahirkan Arfa secara czer. So jarak ideal untuk make sure luka dan badan sembuh sepenuhnya sebelum pregnant lagi adalah 3 tahun. So jarak aku mengandung lagi agak rapat sebenarnya. Tapi Alhamdulillah sepanjang kehamilan aku takde terase pedih ke ape dekat luka czer. Ade ngilu sikit2 je hujung kehamilan. Consider ok la kan.
Rasanya dua tu je la isu besar yang patut aku ambil kira before hamil lagi. Tapi kerana perancangan Tuhan tu yang terbaik. Maka dengan lapang dada dan gembira kami terima rezeki ni.
Actually aku memang ade amik cucuk depo untuk rancang kehamilan. Tapi cucuknya sekali je sebab sangat mengganggu hormon which period jadi tak betul and takde period hampir setahun.
Sepanjang mengandung Amna aku ade satu je masalah iaitu berat badan. Naik dan terus naik. Aku asyik kena ulang alik pegi KK just untuk amik blood pressure, weight and test urine. Even bacaan ok, diorang keep suruh aku pegi KK sampai satu tahap, aku menangis depan nurse and doktor bila diorang asyik tanya kenapa berat asyik naik. Takde jawapan aku nak bagi. Pastu aku tak pegi dah KK. Actually mase tu dah hujung pregnancy pon and aku sambung pegi Annur je lepas tu.
Satu lagi special pasal pregnant Amna ialah masa around 30 weeks camtu, Amna songsang. So bila baby dalam kedudukan songsang ni, sakitnya alahai bila nak tido, duduk, bangun. Tak tahu kenapa tapi mungkin kedudukan kaki dia tu buat rase sangat tak selesa. Apatah lagi mase bf kan Arfa. Memang bergaduh je dengan Arfa. Hihi
Tu jelah kot yang ade lagi dalam memory aku pasal mengandungkan Amna. Pasni boleh sambung cite bersalin la. :)