Gambar hiasan. Taken from tranungkite.net
Seingat aku, sebelum minyak RON95 diperkenalkan kepada pasaran tempatan pada tahun 2009, aku tak pernah tengok kenderaan terbakar. So far, aku rasa dah witness hampir 5 kali kenderaan terbakar di bahu jalan sejak dari tahun 2009.
Terbaru adalah semasa aku pulang dari pejabat petang semalam. Kejadian berlaku di Lebuhraya ELITE arah selatan, betul-betul selepas susur keluar Saujana Putra. Sebuah kereta Perodua Viva tengah marak dijilat api, di tepi bahu jalan. Aku waktu itu bermotosikal, walaupun berada pada lane paling kanan cukup terasa bahang. Traffik jam sebelum sampai ke tempat kejadian pon sesak.
Sebelum2 ini pun, pernah aku saksikan lagi 2 kali kenderaan terbakar di Lebuhraya ELITE ini, tapi arah utara. Pernah juga menyaksikan kenderaan yang dah rentung, sebuah Perodua Kenari di jalan Kinrara menuju ke Bukit Jalil kira-kira setahun yang lepas.
Apakah faktor sebenarnya di sebalik kemalangan2 sebegini? Faktor minyak kah? Faktor kecuaian pengguna kah? Atau kenderaan di Malaysia semakin tidak selamat kah?
I'm no expert in this, and cuak bila memikirkan benda2 terbakar sebegini. Apekah ianya suratan atau kebetulan bila aku melihat perkara sebegini hanya daripada tahun 2009 onwards?
Published with Blogger-droid v2.0.2