Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Anno 2070: Stuck with "Find Thor Strindberg"

Thursday, January 19, 2012

| |
|

The last time aku main game Anno series ni was in 1999, Anno 1602: Creation of a New World. Anno series game ni adalah game strategi dan pembinaan bandar. Berbeza dari SimCity atau Red Alert, game ini lebih ke arah developing cities, do business trades with other cities, and then if you have to, go to WAR!!!
What lies ahead for #Agent77? Change the plot of the stories & stand a chance to win a brand new Samsung GALAXY Tab 7.7.


Anno 2070 adalah game terbaru series ini dan aku dah mula bermain dalam 2 bulan lebih and now stuck at 3rd chapter: In the Eye of the Storm, Mission 2. Task yang aku sangkut tu adalah dalam quest: Picture Puzzle - The Saboteur. task Find: 1 Thor Strindberg. Seminggu lebih jugak aku stuck kat sini, merata aku cari and try buat, develop these and thats, rupa-rupanya kena zoom close up into the city then cari INDIVIDU itu.
 Tuh dia! The man with yellowish glow is Thor Strindberg!
Damn! Berhari nak boleh jumpe! haha

Ice Cream Cake for him

Monday, January 16, 2012

| |
|

Assalamualaikum...hehe
nak cite..nak cite...even dah basi...
kan en suami dah cite sal beday dier kat sini.
ceh...ingat memang tanak pegi TGI Friday sebab takut tak halal.
even aku dah siap ckp yang Alamanda punyer memang halal pon tanak.
rupenye ade sebab lain. haha

haih...susah jugak nak buat suprise untuk beday kali ni.
maklumlah...tengah perot ke depan cani.
nak plan gempak2 pon, takle suprise gak.
last2 die gak kene drive kan. takkan nak pegi sorang2. haha
so, same case jugak tuk beli kek.
since hubby dah cakap tanak kek, aku redha je la.
Secret Recipe memang dekat je ngan umah. tapi baru je makan kan.
pastu baby (salahkan baby) plak nak makan kek lain.
Kek cap BR die kate. haha...yang aku tahu BR ade kt Alamanda je.
dats why dah ajak siang2 g Alamanda. since aritu tak jadi g Alamanda, so takde la kek di hari kejadian.

Tapi keinginan baby untuk makan BR masih tinggi. wahaha...bes la ade alasan. ;p
even bukan beday aku, aku yang nak sebenarnye (okay bukan baby). hihi
Maka jumaat, 13 Januari 2012, kami pegi la Alamanda tuk beli kek nih:

nampak ke? haha

Kek ni, bile beli, dia akan bagi free ais kering. supaya tak cair bile sampai umah.
tapi ais kering tuh just untuk sejam je free. kalo umah jauh, beli la extra ais kering eh. hihi

Kek Baskin Robbins ni ha yang aku teringin. :D

Ni warning yang ditampal kat kotak kek ni. Sila baca ye. kang tak pasal dengan tangan2 jadi beku. hihi

Muke beday boy yang terlambat dapat kek sehari. haha

Kek ais krim ni memang cepat btol la cair. hadoyai. 
Lepas dibuang ais dari dalam kotak tu ha, memang kek ni akan mencair.
5 minit je dah buruk ropernyer. tengok ni haaa

Aku tuleh kat tepi tu pon da xnampak ape. sedey..:(

cair pon, potong tetap potong. haha

mahu sebuk jugak...:)

hehe...camtu lah citenye kek ais krim nih. cepat mencair....
tapi rasenye memang sedap okay!!! tak nyesal beli!!! SEDAPNYERRR!!! haha
satu lagi lah gamba kek yang cun skit. ;p

Top view masih tidak comot

Okay lah...tu jelah citer beli kek untuk beday boy...hihi
Anyway Happy Birthday Sayangku!!! Tenks for everything!!!
For being with me, being a very good hubby, very good listener, very good adviser,
very caring, very good in everything lah!!! no one can be like u!!! hehe
love u till end of life and hopefully till heaven!!!!

okay..tu je...nanti nak tuleh lagi pasal pregnancy lak! hehe..bye!

Efjek: setahun telah berlalu ...

Friday, January 13, 2012

| |
|

Pejam celik dah dekat setahun aku duk bawak Yamaha FZ150i ni. Berjasa untuk aku pergi kerja ulang-alik ke Shah Alam, ~110km daily. Motor yang masih standard lagi takde ubah apa-apa, kecuali side mirror tukar kepada Yamaha Lagenda punya sebab lagi lebar. Default punya side mirror sangkut badan lah!
Motor ni memang boleh kata jimat jugak minyak, kalau tak rempit abis full throttle la. Mostly riding this bike lalu highway ELITE. Fuel tank punya isipadu adalah 12 litre. Biasa, klu meter dah sentuh E, aku boleh isi RON 95 sebanyak RM21 (bersamaan 11.05 litre pada harga RM1.90 / litre). Dengan full tank ni, normally aku boleh dapat mileage sebanyak 350km, dengan syarat takde la nak pulas minyak sampai habis. Aku biasa bawak 100-110km/h sahaja (demi nak jimat minyak). Biasa orang tanya aku, berapa minyak seminggu? Well susah nak bagi jawapan dalam minggu, sebab jarak perjalanan kita berbeza untuk setiap satu minggu. Macam aku lebih kurang RM35 untuk 5 hari bekerja. So better penjelasan dalam bentuk unit metrik, senang untuk buat kiraan secara umum. Kiraan ni, tak kira kapasiti full tank tepat (12 liter) tapi kira based on isian tiap kali refuel. Secara teori, masih ada 0.95 liter (12 - 11.05 l) minyak reserve ketika setiap kali isian semula.
350 km / 11.05 liter = 31.7 km per liter
11.05 liter / 350 km =  0.032 liter per km atau 3.2 liter per 100 km
Mileage meter sekarang pon dah nak cecah 25,000 km. Kalau pergi ke Anfield guna jalan darat dah boleh pergi dan hampir nak sampai balik dah ke Kuala Lumpur ni!!
Larat ke nak ride jauh2 ni? For sure kena upgrade ke Kawasaki Versys 1000 baru lah lepas. hahaha (koya!!)

p/s: 25000km x 0.032liter per km x RM1.90 = RM 1520 dah spent untuk minyak moto! ;D

My 30th birthday (yang ketiga)

Thursday, January 12, 2012

| |
|

Malam tadi wife aku belanja makan nasi arab kat Saba Restaurant, Cyberjaya sempena birthday aku yang ke 30+2. Mula-mula dia tanya nak kek ke tak, since rasa macam baru je makan the whole cake masa birthday wife aku last December, so aku rasa tak perlu la kot (jaga badan haha). Before decide nak gi makan kat sini, wife aku ajak pergi TGI Friday's Alamanda, tapi aku teringatkan masa celebrate birthday kawan aku Ayie dengan Azmin & Faisal Saila dekat TGI Friday's The Curve, Ayie kena nyanyi atas meja dan botol sos sebagai mikrofon, so aku tanak (tapi tak bitau wife aku sal tu haha)

So, bab makan ni, wife aku ordered Lamb Kabsah dan aku pulak ordered Lamb Hanith. Sangat sedap ok! Daging yang sangat lembut tak perlu susah payah nak makan. Dan lagi penting, tak pening makan lamb ni. FYI, aku memang akan selalu pening bila makan lamb or mutton, nak potong pening tu aku akan makan fresh tomato. A few slices pon dah cukup. Tapi malam tadi, takat pening sekejap masa mula-mula drive, tak lama tuh dah hilang. Aku ada tanya kawan aku, dia cakap cara masak dia yang guna minyak sapi bagi tak pening. Taktau la betul ke tak fakta tu, kalau dia tipu aku, so aku tipu korang lah.

Anyway, thanks ye darling!

Facebook: stylokan cover Timeline

Friday, January 6, 2012

| |
|

Setakat ni, ini je idea yang ada. Profile photo ngan cover berkait. Apa macam lagi mau kasi cantek itu Timeline cover eh? hurm.. ideas ideas..