Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Hectic Month: June 2011

Wednesday, June 29, 2011

| |
|

Alhamdulillah...Jun bakal berakhir...syukur aku dapat lalui bulan yang penuh dugaan ni.
Dugaan ke? entahlah...mungkin mudah bagi mereka yang lain..tapi bagi aku?

Jun 2011 ni bulan yang amik sibuk bagi aku. Mungkin inilah hikmahnya peristiwa yang terjadi Disember lepas.

Kalo tidak tertulis aku lalui peristiwa bulan Disember tu, mungkin tak daya aku lalui Jun ni.huhu
Cuma Allah Maha Mengetahui sebab dan akibat sesuatu.

Apa yang aku sibukkan Jun ni?
First sekali family matters. Perkahwinan adik aku dan adik hubby aku.
So weekend first di bulan Jun kami pulang ke Terangganu tuk majlis adik hubby aku pada 5 Jun 2011.
Second weekend lak kami ke Kuantan, Pahang tuk majlis sambut menantu adik aku pada 11 Jun 2011.

Selesai family matters, sambung pulak aku kene jage exam dekat ILPKL.
Hari Ahad, weekend yang same okay, 12 Jun 2011! Balik dari Kuantan, esoknya pagi2 aku dah ke ILPKL.
First time aku jage exam and terus kene jadi Ketua Pengawas dengan Shaniza. huk2.
Jage exam takde lah susah mane...cume kene jalan2, tengok student jawap soalan dengan macam2 kerenah.
Peranan kitorang adalah time nak mulekan exam tuh. Bace segala peraturan and betau sedikit info.
Then mulakan exam and kalo ade ape2 problem time exam ni, diorang akan rujuk kat kitorang dulu.
Best jugak...tapi memang tak boleh buat keje lain la. so keje2 ofis memang tertangguh sepanjang exam ni.
Yang bestnye sebab ILPKL lagi dekat daripada tempat keje hakiki aku, ILP Pedas. huk2.
Jage exam ni 4 hari, sampai Rabu, 15 Jun 2011.

Bilik kuliah yang jadi dewan peperiksaan kedua. Dewan peperiksaan 1 lagi besar

Khamis 16 Jun 2011 lak pegi tempat keje hakiki macam biase.
Boleh relax2 ke? Memang tak la...dah tinggal 2 hari je tuk prepare for hari sukan.
Sukan ILJTM yang diadakan pada 18 sampai 23 Jun 2011.
Huhu...macam2 nk kene confirmkan. Memang kelam kabut.
Cite hari sukan ni memang banyak suka duka.
Time ni memang boleh kenal perangai orang terutama rakan sekerja.
Ade yang penting diri sendiri, ade yang very helpful and ade yang berkire yang amat.

Cite sikit pengalaman aku yang terlibat dalam perubatan dan kebersihan.
Pergh...time ni baru aku tahu...game bola sepak sangat banyak injury okay!
Medic kene ade seawal game start which is 745 pagi.
Bayangkan aku turun pedas pagi2 buta just tuk kejutkan budak2 sukarelawan medic ni and make sure JPAM datang tepat pada masenye.
Memang banyak sangat dugaan untuk make sure everything is just fine!
Thanks to pengadil profesional yang sangat memahami kekurangan aku sebagai orang baru dalam menguruskan medic team. Fuh!
Aku sampai rase nak resign and nak hantar surat kat JPA mintak tukar skim. huhu..kronik tak?
Aku share gambar sikit yang aku sempat ambil pagi2 hari last sukan tuh. huhu...
Sibuk ke hulu ke hilir, snap gamba pon tak dan!
 Padang bola
 Sesi rawatan
Team bola Pedas yang ... muahahha

Okay...hari sukan tuh sampai 23 Jun 2011 kan?
Tak cukup lagi kesibukan aku...ditambah pulak kene pegi CIAST tuk final presentation VTO aku.
Huk2...bukan setakat kene prepare WIM (Written Instructional Material) yang berpuluh tuh, poster lagi plus kene prepare tuk present la...
Ce bayang kawan2, bile masenye aku nak prepare? huk2...sedey okay!
Nasib baik aku ade kawan2 yang banyak menolong and hubby yang memahami.
Berjaya gak aku lalui presentation tuh dengan telefon aku masih berbunyi pasal sukan.
huk2...gua nak present tuk VTO pon tak senang...sabo je laaa...

Maka tamat la hari sukan tu pada 23 Jun 2011 and luluslah VTO aku walau penuh seksa before tuh.
Huhu....start Jumaat, Sabtu and Ahad tuh memang aku qada tido aku and berehat puas2.
Masuk keje hari Isnin, lemau k! haha

Banyak proses pembelajaran terjadi pada diri aku terutama dalam bab2 kerja ni.
Hmmm...Terima kasih tuk sume sukarelawan aku yang banyak tolong time sukan ni walau dalam keterpaksaan.
Keringat dikerah tanpa pulangan wang, hanya sehelai tshirt. Hanya Allah s.w.t mampu balas jasa2 kalian.

Tu jelah cite aku bulan Jun ni.
Aku harap Julai datang dengan aman2 okay! hihi