Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Kisah Bersalin Lagi: Baby Kuning (Jaundice)

Monday, November 10, 2014

| |
|

Salam,

Cerita after discharge. aku memang plan berpantang dekat rumah mak aku kat kajang. so husband aku pergi la report kelahiran dekat klinik kesihatan (KK) kajang. besoknya terus nurse datang rumah aku. efisien betol diorang ni. diorang akan cek kesihatan mom and baby. untuk aku mase tu okay la. luka czer pon kering elok, blood pressure okay. untuk amna pulak, nurse tengok dia macam kuning sikit. memang aku pon tengok camtu and amna pon macam tak aktif sangat, asyik tido je. so dia mintak pergi cek kat KK.

kuning kan ni?

Dipendekkan cite, tiga hari berturut2 aku pegi cek kuning amna dekat KK and bacaan dia keep naik.

1. 7/5/14 ------> 12.5 mg/dl
2. 8/5/14 ------> 13.6 mg/dl
3. 9/5/14 ------> 14.9 mg/dl

Aku memang dah apply few tips untuk turunkan kuning ni (dapat dari internet) macam bagi air anggur hitam, mom minum susu kambing, always kejutkan baby untuk menyusu and jemur jugak sesikit (heh...ni petua orang dedulu kot). tapi since bacaan dia tak jugak turun, risau jugak la aku.

Melalui pembacaan aku, the best option untuk turunkan bacaan dia ialah jemur bawah lampu fototerapi and cara ni lebih berkesan untuk baby yang berumur bawah seminggu. kalo dah lebih seminggu lagi susah nak turun bacaan tuh siap kene pakai 2 lampu nanti. ikutkan hospital kerajaan akan admit (untuk jemur bawah lampu) bila bacaan dah tinggi around 18 mg/dl (tak pasti betul tak sebab dah lupa. agak2 je ni). so, kami decide untuk bawak amna pegi hospital annur balik and admit kan kat sana. hospital annur akan admit kalo bacaan jaundice tuh 9 mg/dl ke atas.

Amna hampir berumur seminggu
Kami on first day
Kami on second day
Belakang pon kasi jemur

Amna admit kat sini dua malam. sepanjang tu, aku boleh kalo nak stay sekali. tapi bila fikirkan amna akan lebih banyak duduk bawah lampu, confirm nanti aku duk kat wad pon tak buat ape sangat. so, aku juz datang susukan amna and hantar stok susu untuk dia minum time aku dah balik :'( . 
penat and sakit jugak sebenarnya dengan luka czer, ulang alik pegi hospital, tapi kuatkan jugak la diri masa tu.

Kami on discharge day

Alhamdulillah, after dua malam kat sana, bacaan jaundice tuh dah turun ke 9.3 mg/dl and Dr. Khairul pon benarkan discharge. Yeay!

Just sharing for those who needs this info ------> Kos untuk rawatan jaundice selama 3 hari 2 malam dekat Hospital Annur, Bangi ni ialah RM 904.42.

Arfa Tasnim & Amna Hafiya

Saturday, November 8, 2014

| |
|

Salam,

'Dear God, please strengthen their heart and let them hold their hands together in up and down till forever. Amin.'







Love u guys! -mama and daddy

Kisah Bersalin Lagi: Kos Bersalin di Hospital Pakar Annur, Bangi

Friday, November 7, 2014

| |
|

Salam,


Jom subscribe Youtube Channel Arfa & Amna

Setelah selamat lahirkan my second baby yang dinamakan Amna Hafiya, discharge lah dari wad. Okay dengan sukarela aku nak share pasal kos bersalin dekat Hospital Pakar Annur, Bangi. Kot2 ada yang mencari hospital untuk bersalin and nak tahu kos nya kan.

Kaedah bersalin Amna Hafiya ni adalah pembedahan. Sebab dia duk songsang and mom dah ada parut czer (baby first). Untuk membolehkan bersalin dekat hospital ni, kite kene la check up dulu kat situ kan. At least 2 kali kot. aku pon xpasti sebab aku cek kat situ more than dua kali. untuk check up, biasanya kos untuk scan baby sahaja RM 60 per session. Then consultation Dr sekitar RM 50. Jadi tiap kali check up RM 100++ jugak le.

Then lepas dah book tarikh untuk bersalin kat situ, siap sedia lah duit ye. Almaklumlah, aku hanya pegawai kerajaan dan company suamiku tiada medical cover untuk isteri. hihi... Mase datang pepagi di hari nak operation tu, dah kene bayar deposit dah. hehe... oleh kerana aku bersalin secara pembedahan, deposit dia mintak RM 5k. bole dibayar secara cash mahupon credit card.

Masa book tarikh tu jugak, diorang dah tanye kite prefer duk bilik ape. So, untuk aku, aku pilih bilik twin sharing. untuk twin sharing ni bilik kene share dengan satu lagi patient. toilet pon share. kos dia RM 100 untuk semalam. Bilik dia selesa la jugak untuk aku. Tapi suami takleh teman since share dengan patient lain kan kecuali patient tu pon nak suami dia teman. haaa...so malam pertama aku kat situ, adik aku temankan. Thanks Mak Tin! Adik aku ni memang jaga aku bebetol. baby nangis sikit je, dia cecepat bangun. hehe...jasamu dikenang la Tin! Siap buatkan milo pepanas. terharu i. malam kedua lak suamiku teman sebab dah mintak kebenaran jiran sebelah. hehe...



Normally bersalin secara pembedahan ni memang kene tido dua malam. sebab time ni la luka nak baik. at least dua malam tu kite betol2 dapat rehat. Baby akan diletakkan di nurseri. tapi tiap kali feeding time means baby dah nangis dia akan datang antar kat kite. then dia amik balik untuk bagi mandi, tukar pampers sume (masa Arfa dulu, dekat HKL, sume aku buat sendiri. Fuh! tabah sungguh mase tu). Untuk second time perot dipotong ni, aku rasa sakit luka dia terlebih sikit. nak bangun memang seksa. tak macam first time dulu aku boleh bangun jaga baby, mandi sendiri. Alhamdulillah la aku pilih hospital ni,

Untuk discharge, Dr akan make sure baby dah kencing berak and mom pon dah kencing berak. Lagi satu bacaan jaundice (kuning) baby. mesti bawah 9 mg/dl baru boleh discharge. selepas dua malam tu, bacaan kuning baby aku 7.1 mg/dl, so dapatlah kami dischage. Alhamdulillah.. tapi ade sambungan pasal kuning ni. next entry k. :)

Panjang nya cite ko ni hah..hehe...Actually grand total untuk bersalin ni adalah: RM 6846.70 sahaja. :)
Tengah tunggu nak discharge :)

Kisah Bersalin Lagi 1
Kisah Bersalin Lagi 2
Kisah Bersalin Lagi 3