Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Penipu sewa rumah di apartment Alam Prima, Shah Alam

Wednesday, October 24, 2012

| |
|

KAMI DITIPU! Advertiser kat mudah.my yang kononnya owner rumah, hilangkan diri selepas dapat duit "lock in" unit. Pada pagi Sabtu 6 Oktober 2012, kami masih lagi dalam pencarian rumah sewa kat Shah Alam, ternampak satu iklan apartment Alam Prima untuk disewa kat mudah.my (iklan tu dah didelete), dan terus call and setup an appointment untuk tengok rumah. Bila call, seorang lelaki Cina yang memperkenalkan diri dia sebagai Chan, setuju untuk bagi kami tengok rumah pada hari yang sama, around jam 10 pagi.

Alam Prima apartment ni, memang amat strategik lokasinya dengan tempat kerja kami. About 3km ke office aku dan 7km ke office wife aku. Seksyen 22, Shah Alam. Opposite the CSR kilang gula.

View Larger Map
So bila sampai sana dalam pukul 10 pagi, kitorang dibawa masuk tengok rumah kat level 12. Kat iklan cakap level 9 kan? Tak perasan masa ni. Banyak duk cari iklan Alam Prima. Masa tengok dalam rumah ni, dia cakap dia dan kakak dia ada lagi 3 unit lain kat apartment ni, kat level 9. Sembang pum-pang beli memang nak buat investment lah, ada kedai barangan elektrik kat Bandar Puteri Puchong lah, nak pasang aircond lah, waterheater lah, grill lah, tawar mintak sewa jadi RM850 pon dapat lah. Ok fine. Kitorang cakap, jadi lah amik rumah ni.

Both parted ways. Tengah driving pulang, dapat SMS dari Chan, mintak particulars nak letak dalam agreement, nama, no ic, no plate kenderaan untuk apply sticker, email address. Lepas tu, mintak RM400 untuk lock in rumah tu pada kami. Biasa-biasa pon tuan rumah memang ada mintak sikit duit untuk komitmen supaya tak tiba-tiba cancel kan? Ok lah. Malam tu, cash deposit kat dia RM400 kat Hong Leong Bank Kajang.

4 days later, Chan called. Mintak extra RM450, alasan duit dia tak cukup untuk rolling nak pasang grill and whatever else yang dia sebut last time. Nak bayar kontraktor supaya leh jalan kerja, katanya la (PUIIIII!). Pastu dia cakap,  lepas solat Jumaat meetup again untuk sign agreement dan serah kunci. So aku pon pergi la cash deposit lagi RM450 dekat Hong Leong Bank Seksyen 15, Shah Alam. Aku dah mula was-was pada masa ni, mintak resit untuk 2 pembayaran ni, tapi dia cakap, just keep the cash deposit receipt as proof. Ok lah.

Jumaat, lepas aku solat jumaat kitorang call cakap on the way. Dia cakap silap. Jumaat depan (19 Oktober 2012) maksud dia. Dia salah tengok kalendar katanya. Dia kat Kuantan masa tu katanya. Ok lah. Next Jumaat it is.

Rabu, dua hari sebelum hari Jumaat yang dijanjikan, aku try contact Chan nak tau status rumah, dah siap ke belum. SMS tak reply. Call x jawab. SMS lagi. Call lagi. Last-last Khamis dia reply kat wife aku, cakap akan call later, tengah busy. Ok fine.

Jumaat, dari pagi duk try call, sms. No answer. No reply. Sampai la lepas Jumaat. Still no avail. Nampak gaya, kena tipu dah ni...

Sabtu, kitorang pergi ke Alam Prima. Aku naik sorang-sorang ke unit A-12-6 yang kat level 12 tu. Tiada orang. Pintu berkunci. Aku intai-intai dari tepi, memang takde buat apa-apa langsung, grill belum pon pasang. Kat pintu depan, ada tertampal notis, "Salam, ada masalah kunci. Sila hubungi pejabat. - Pejabat Pengurusan Alam Prima". Sah. Kena tipu.

Isnin, aku sambung cari iklan Alam Prima. Nampak satu iklan, looks like macam agent punya. Lim. Aku call. Sembang. Cakap baru kena tipu. Lim upset sebab ada conman macam tu, boleh kacau periuk nasi dia cari rezeki yang halal. Lim checkkan untuk aku, unit A-12-6, pemilik dia adalah Melayu. Later lunch time, aku pergi Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam, buat report. Tapi diorang referkan aku ke Balai Polis Kajang, sebab transaksi pertama aku buat adalah dekat Kajang. Tapi penipuan ini kan berlaku dekat apartment dekat Shah Alam? Entah lah.
So, macam mana si Chan tu ada kunci rumah tersebut? Adakah dia ni, kontraktor yang dilantik oleh tuan rumah sebenar untuk ubahsuai rumah itu dan mengambil kesempatan? Atau ada kemungkinan lain?

So macam mana untuk elakkan terkena macam ni lagi? Macam mana nak tau, betul ke tidak orang itu adalah owner property tersebut? Check dekat pejabat tanah? Mintak dia tunjukkan S&P? Mintak nak tengok geran umah? Mintak bil air, bil api untuk nak tengok nama? Mintak nak tengok ic? Takut genuine tuan rumah akan rasa offended pulak. Huhu.. janji tak kena tipu lagi.

Dengar berita dari kawan wife aku yang dah tinggal di Alam Prima dan dari akak ipar aku, dah dalam 11 kes yang sama terjadi kat situ. Yang paling banyak kena, RM3000. Gila. Kitorang kena RM850.
Hati-hati ya rakan-rakan... Malaysia is becoming less safer as days go by.

P/S: Aku sengaja tak letak nama penuh conman, maybe he has few other identities, maybe he might found this page.

Updated: Jumpa lagi kes sama by the same conman. http://www.ibilik.my/rooms/330810/please-do-not-trust-chan-poh-tiang

Koleksi banner/header blog

Wednesday, October 17, 2012

| |
|

So far, dah ada dalam 10 header/banner guna untuk onedot12. Apa lagi ya idea untuk next time ...












Facebook: Please don't ghost tag!

Wednesday, October 10, 2012

| |
|

Aku dan wife mmg share rasa annoy bila orang tag dalam gambar yang bukan kita ada dalam tuh. Aku rasa ramai lagi pon rasa yang sama. Sama ada dari penjual barang hingga kepada sesiapa, untuk tarik perhatian, ditagkan kawan-kawan mereka. Please, don't do it. Kalau nak tarik perhatian atau inform kawan-kawan anda tentang gambar yang korang post kat Facebook, jangan tag dalam gambar tersebut, tapi tag dekat comment. Bayangkan kalau gambar itu dikomen berpuluh-puluh, berpuluh2 notification akan sampai kepada mereka yang ditag, takde berkaitan dengan mereka. What a waste of time! Ghost tag = tag tapi takde dalam gambo.


Harap ghost-taggers faham situasi kenapa certain people tak suke mereka ditag dalam gambar yang tiada langsung kelibat mereka.

Sekian

Malaysian Traffic on Google Maps

| |
|

Maybe dah ramai orang sedar akan kewujudan ini, tapi aku baru tahu dalam sebulan yang lepas. Lembab siot. Yes now "Traffic" layer dah available for Malaysian Google Maps users since March 2012 (kut?). Aku wonder jugak how Google do it, baca punya baca, it is "crowd-sourcing".



Arfa: Day 1 to 4 months in 35 seconds

Tuesday, October 2, 2012

| |
|

Dah besar ye anak Daddy & Mama ni ;D

p/s: lagu tema Shin Chan

Cover: The Offspring - Kristy, Are you doing okay?

Friday, September 28, 2012

| |
|

Kasi up sket video song cover ni, antara video yang banyak proses buat. Rekod lagu siap dulu, baru berlakon buat video. Kalau ada sesape sudi buat drum track untuk video ni, terbaik lah. Aku dah bertahun mintak Jimbob buat tapi tak siap-siap. Hahaha

Speed trap: Peta Lokasi Kamera AES Fasa Percubaan

| |
|


View Senarai Lokasi Kamera AES Fasa Percubaan in a larger map
Koordinat of these locations of AES cameras diperolehi dari website JPJ, so boleh tengok sendiri senarai tu. Aku cuma amik those coordinates and put it on Google Maps. Semoga dapatlah bagi rujukan kepada sesapa yang memerlukan. Drive carefully guys. Speed doesn't kills but stupidity does.

Cover: Munajat Cinta

Wednesday, September 26, 2012

| |
|

Direkodkan semasa zaman masih lagi aktif berjamming bersama rakan-rakan band Jimbob, Keran dan Muhsin, back in April of 2009. Time ni belum even couple dengan Mama Arfa lagi.. lebih kurang 2 bulan 1/2 dari tarikh start mengorat. Hehe..

Alhamdulillah, sehingga sekarang telah dikurniakan 2 kekasih hati, Mama Arfa dan Arfa.

Alhamdulillah. Aameeeen

LFC 1 - 2 MUFC: the Jonjo sent off

Sunday, September 23, 2012

| |
|

‘I thought it was a clear red card, I don’t think (Shelvey) went for the ball - Jonny Evans went for the ball and got the ball.’ - Alex Ferguson

Dear Mr. Mark Halsey,

How do you explain this? You've sent off the wrong man.

Freiken!
Evans 2 footed lunge or Shelvey harsh tackle?


Speed trap: Lokasi kamera AES

Wednesday, September 19, 2012

| |
|

Untuk peta lokasi kamera AES fasa percubaan, click sini.

Yes, there are plenty of blogs kat internet copy & paste the lokasi list of the so called AES new speed trap system dekat Malaysia, well not all of them are correct/exact. These locations yang aku sendiri nampak, diorang tengah testing recently. Siap ada flash wooo.. Berpinar mata time malam bila flash tu fired. So far, aku baru nampak diorang tengah testing dekat dua lokasi ni.

1. Lebuhraya SILK. (KM 6.6)
Koordinat: 2.973494° N 101.677448° E

Masa balik kerja last week, nampak diorang tengah duk pacak 2 kamera ni di permulaan lebuhraya SILK, dari arah SKVE dan LDP, betul-betul tepi petrol station Shell (see above). Speed limit di sini adalah 80km/h. Gila. Jalan yang tengah lurus majnun bendul memang syiok nak speeding. Agak a little bit uphill. (aku rasa camera ni rakam both direction, opposite lane bela sana, time aku bawak slow sorang2 pon ade keluar flash)
 View dari stesen minyak Shell

2. Lebuhraya PLUS (dari Bangi/Seremban arah Kuala Lumpur - just after KLIUC signboard & before exit Kajang) KM 301.9

Koordinat: 2.9743581° N 101.7424642° E

Yang kat PLUS ni pulak, perasan after few days aku spotted the cameras dekat SILK, aku tengah driving, so tak dapat nak pin point the exact location, but  exactly at KM 301.5. Just after the KLIUC signboard and before the flyover pertama sebelum  exit Kajang. Speed limit is 90km/h. Gila betul. 3 lane and yet the speed limit is 90km/h.

3. Restoran Jenjantas USJ, Lebuhraya ELITE

Aku rasa semua orang dah tahu pasal kamera kat sini. Dah bertahun pon aku nampak ni. Cuma tak pasti berfungsi atau tidak. Cameras bawah restoran jenjantas USJ (restoran dah bungkus/tutup), dari KLIA/Putrajaya ke arah Shah Alam, just betul-betul selepas exit USJ. Ada 3 kamera. 1 for each lane. The opposite direction memang takde kamera, arah ni sahaja. Speed limit pon 90km/h walaupun 3 lanes. [update] Bila aku baca list JPJ AES fasa percubaan, kamera ni tiada dalam senarai.

Is there anyone who obeys the 30km/h school zone speed limit?

Klik untuk peta lokasi AES fasa percubaan.

P/S:
- Apa itu AES? read here > http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=123&Itemid=36

- Senarai lokasi AES fasa percubaan oleh JPJ. Klik http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=135&Itemid=36.

Celcom: Dear customer, Mobile Internet will be BLOCKED after 100% usage

Monday, September 17, 2012

| |
|


Celcom: Dear customer, starting 01/10/12 Mobile Internet will be BLOCKED when reached 100% monthly data allocation. To continue surfing with Celcom, send BROADBAND VOL to 22188. I received that SMS from Celcom an hour ago. Ada je cara diorang nak tambah duit kan? Tahi. Sebagai pengguna Celcom with 1GB data plan, secara kebiasaannya sebelum ni, pabila data usage dah been fully utilised, Celcom akan slowkan connection speed, tapi lepas ni mulai 1 Oktober 2012, diorang terus nak block pengunaan dah. Freiken! Kalau nak guna lagi kena la purchase more data, ekonomi makin teruk ni tade nye la nak tambah cost bil telefon.

Mari tengok other telcos dari Celcom, how they deal with users exceeding their data usage quotas.

Digi:
Digi said "Each Mobile Internet Plan comes with a fair usage quota. DiGi reserves its sole and absolute discretion to throttle the speed of any subsequent Internet usage or block the Customer's Internet usage.", kalau pengguna dah lebih guna data mobile internet, diorang ada hak untuk slowkan connection atau BLOCK terus penggunaan data.

Maxis:
Maxis pulak, "**Subsequent usage for all Monthly Passes will be charged at RM0.30/MB" takde BLOCK-BLOCK, cuma terus charge je 30 sen untuk setiap 1 megabyte.

U-mobile:
U-mobile pulak "There will not be any additional charges. You will still be able to use more data at no charge; however, the surf speed will be reduced." Takde block atau tambahan charge untuk lebihan guna data, cuma slowdown connection speed je.

Yes:
Yes pulak "If Your usage exceeds the Data Capacity Allocation, We will manage the bandwidth for Your Service. In the case of Postpaid Service, You will still be able to access the Internet but at a reduced bandwidth speed. In the case of Prepaid Service, You will be barred from accessing the Internet", untuk pengguna pascabayar, tidak akan diblock penggunaan, cuma dislowkan kelajuan TETAPI untuk pengguna prabayar, penggunaan data terus akan diBLOCK.

So... pada firasat aku, Maxis adalah lagi nokharom dalam hal ini, after that baru la Celcom. All Capitalist are bastards!

Update [2-Oct-2012] - Celcom deferred blocking initiative until further notice. HAHAHAHAHA!

Cover: Can't Take My Eyes Off of You

Tuesday, September 11, 2012

| |
|

He he he.. video dah lama ni. (Video zaman mengayat mama Arfa). Sejak semalam duk belek2 videos yang diupload ke facebook, rasa macam nak share this video pulak, baru je set privacy video kepada public. Can't take my eyes off of my girls.

Untuk mama Arfa & Arfa Tasnim.

Selamat Hari Malaysia ke 49

Thursday, September 6, 2012

| |
|

Selamat Hari Malaysia! Ahad depan lagi satu ni (16hb Sept), Malaysia akan berumur 49 tahun sejak penyatuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak & Singapura pada 16 September 1963. Semoga Malaysia menjadi bertambah baik untuk Arfa, adik-adik & kawan-kawannya nanti. InsyaAllah.

Aameeeen...

100K pageviews

Wednesday, September 5, 2012

| |
|

Sudah 2 tahun dan 6 bulan kami memulakan blog ini, baru hari ni dapat cecah 100,000 pageviews. Huhu... kalau la dapat 100K unique visitors tentu lagi masyuk dari segi ads punya point of view. Terima kasih la kepada mereka-mereka yang sudi baca blog kami ni.

Terima kasih :D

Speed trap: Bukti bergambar? Boleh pakai ke?

| |
|


Boleh ke tak korang bagitahu aku, dengan hanya melihat 2 gambar di atas, berapakah kadar kelajuan diorang? Mamat baju merah tu, agak2 berapa la kelajuan larian dia dalam km/h? Cyclist tu, berapa pulak kelajuan dia pada masa tu? Boleh ke tak? Pada aku, dengan satu gambar sahaja, ko tak boleh buktikan kelajuan seseorang pada ketika tu.

So far, aku dah tengok dua kawan aku punya kenderaan gambarnya diambil sebagai bukti untuk kesalahan melebihi had laju. Tapi masalahnya pada aku, selain dari peranti speedtrap polis, gambar pegun yang diambil sebagai kononnya bukti ini, pada pendapat aku tidak boleh diterimapakai, kerana gambar objek pegun tak dapat beritahu kelajuan.



Dengan tengok gambar-gambar di atas (diperolehi dari MyEG), boleh ke korang bagitahu yang kawan-kawan aku ni tengah speeding pada sekian-sekian halaju? I do not think so. Gambar-gambar ini hanya membuktikan bahawa kereta dan motor kawan-kawan aku ini hanya berada di situ, tidak lebih dari itu.

UPDATE [13/09/2012]: The 3rd image provided oleh sedara aku, latest format maybe dia letak info bagai, but still boleh kata polis boleh salah letak figure speed. Tapi to mathematically prove someone is speeding? Still cannot lah.

Pada aku, kalau nak bagi bukti bergambar, haruslah perlu sekurang-kurangnya, 2 gambar yang diambil pada selang masa yang tertentu. Dari situ dapat lah dikira secara agak tepat. Sebagai contoh, selang antara dua gambar itu adalah 0.5 saat dan di kira jarak yang dilalui adalah 5meter, maka;

5 meter = 0.005 km
0.2 saat = 0.000055556 jam

formula kelajuan (km/h) = jarak dalam km / masa dalam jam

kelajuan = 0.005km / 0.000055556 jam

kelajuan = 89.99 km/h (kilometer sejam)

bahan bacaan :
http://www.dailymail.co.uk/news/article-1379374/Business-owner-beats-speeding-tickets-turning-towns-traffic-enforcement-camera-technology-them.html
http://www.lawfirms.com/resources/criminal-defense/traffic-tickets/cross-examine-officer-speeding-ticket.htm

Salam Aidilfitri

Sunday, August 26, 2012

| |
|

Testing....hehe...
Selamat Hari Raye!!! Maafkan kami sekeluarga jika ade salah silap.
Arfa Tasnim masih beraya kt kampung daddy.
29 ramadhan sampai 5 syawal dah raye kampung mama.
Sambung 6 syawal sampai 10 syawal kt kampung daddy lak.
Raya puas2 ye sume!!
Daaaa



Zakat Fitrah 1433H

Friday, July 27, 2012

| |
|

Aku pernah post status kat Facebook dalam tahun 2008 camtu, berbunyi lebih kurang "bila la nak bayar zakat fitrah untuk dua orang ke, tiga orang ke, asyik bayar untuk sorang diri je". Hehe.. ayat tu sindir diri sendiri la kot ntah bila la nak kahwin pada ketika tu. Alhamdulillah, tahun ni dah bayar untuk 3 orang sudah, untuk aku, isteri dan Arfa.

Alhamdulillah...

Sleep study for sleep apnea

Wednesday, July 18, 2012

| |
|

Apekah Sleep Apnea? Merujuk kepada Wikipedia, Sleep apnoea (or sleep apnea in American English; /æpˈniːə/) is a sleep disorder characterized by abnormal pauses in breathing or instances of abnormally low breathing, during sleep. Each pause in breathing, called an apnea, can last from a few seconds to minutes, and may occur 5 to 30 times or more an hour. Similarly, each abnormally low breathing event is called a hypopnea. Sleep apnea is diagnosed with an overnight sleep test called a polysomnogram, or "sleep study".

Last week, aku did a Sleep Study dekat Shah Alam Specialist (SALAM) after doctor nak determine sama ada aku perlukan operation untuk remove tonsils ataupun guna C-PAP machine. Maka terpaksalah aku overnight satu malam kat hospital. The result, aku mengalami Obstructive Sleep Apnea dan aku dapat AHI score dalam kategori severe.
The AHI is used to classify the severity of your sleep apnea, according to the following criteria: 
  • Mild: 5-15 events per hour of sleep 
  • Moderate: 15-30 events per hour of sleep 
  • Severe: greater than 30 events per hour of sleep
Huhu.. doctor cakap removing tonsils takkan solvekan dengkuran aku nih, maybe hanya dapat improvekan sedikit dari segi breathing. Haha.. kena pakai C-PAP yang harganya RM 8000. Hmm... tak la kot nak beli. Lain solution, kena kuruskan badan. Hmmm... berusahalah! (harap dah pindah Shah Alam nanti dapat join sports sbb ramai kawan-kawan berdekatan)
Patient using a CPAP machine. There are many models of CPAP face masks.

So as for now, continue guna spray dalam hidung yang doctor bagi dan amalkan minum susu tiap kali belum tido (advise dari officemate aku).

Siapa kata senang ada anak?

Sunday, July 15, 2012

| |
|

Salam..malam ni mata adalah tak mengantuk.
Gara-gara suami mintak nescafe just before tidor.
Maka satu gelas untuk suami, satu gelas untuk isteri.
Tapi suami dan anak? Dah selamat lena. hehe

Tadi tanye satu soalan kat suami before dia tertidur,
Isteri: Sayang, susah tak ade anak?
Suami: Siapa cakap senang ade anak?
Huhu..terdiam sang isteri.

Ye...selepas 53 hari bergelar mama, ibu kepada Arfa, aku sudah faham perit jerih seorang ibu,
Bukan mudah nak mengandung dan melahirkan...apetah lagi membesarkan anak.
Perlukan kasih, pengorbanan, kecekalan yang bukan sedikit.
Perlu menjadi kuat dan tabah demi seorang anak.

Seawal umur Arfa belom sehari, luka czer masih baru, mama dah pon belajar erti berkorban.
Arfa adalah baby yang tidak meragam sebaik dilahirkan.
Seawal pagi sejak keluar dari perut hingga ke petang, langsung tido.
Terdetik di hati, senang jage baby mama ni..tido je..hehe
Tapi sebaik malam, Arfa sudah menguji sang ibu.
Dalam wad yang punya ramai ibu2 mengandung, ibu2 baru melahirkan, baby2 baru dilahirkan, Arfa tunjuk taring.
Arfa menangis tanpa henti sampai mama mati akal.
Diberi nenen yang hanya ade beberape titik susu, tak mau, ditukar pampers masih nangis, didukung, dibuai, sume tak jalan.
Akhirnya selepas berjam-jam, sorang nurse yang prihatin ambik Arfa, bawak ke mana, mama tak tahu, baru mama dapat tido.
Besoknya tetap sama. Arfa nangis menjelang malam.
Tabahnya mama tangani anak seawal 2 hari, sikit mama tak menangis walau penat, tanggung sorang2.

Cerita di hospital bersambung di rumah.
Saban malam, Arfa menangis, susah nak ditidurkan.
Bezanya, di rumah, mama share dengan daddy kepayahan tangani ragam Arfa..:)
Boleh dikira dengan jari di sebelah tangan, malam Arfa tidur dengan lena.
Walau sesukar mana pon, mama and daddy tetap usaha tidurkan Arfa.
Walau mata mama macam panda, walau lewat daddy punch card di ofis,
Sedikit saja pengorbanan kami nak dibandingkan dengan kebahagiaan hadirnya Arfa..:D

Arfa juga baby yang akan menangis bila tidur di tempat baru.
Dibawa balik ke rumah kami di Bukit Mahkota, Arfa menangis macam sakit.
Arfa menangis sebaik diletak di tilam.
Sampai akhirnya mama tido sambil memeluk Arfa, daddy memeluk mama.
Mama tidur dalam tangis bukan kerana penat menidurkan Arfa berulang kali,
Tapi mama sedih tak memahami dari awal yang Arfa ketakutan tido di tilam.
Arfa mahu tido di pangkuan mama. Maafkan mama.

Daddy excited bawa pulang Arfa ke kampung daddy
Tapi Arfa masih menangis di tempat baru.
Menangis yang bukan sikit.
Berjaga lagi mama dan daddy untuk tidurkan Arfa.
Sampai ade yang ingat Arfa lapar, tak cukup diberi susu.
Oh Arfa.


Tapi..Alhamdulillah...mama dan daddy panjatkan syukur pada Ilahi.
Sebaik pulang dari kampung daddy, Arfa sudah semakin cerdik.
Berkat orang di kampung yang membantu 'siuk2' Arfa, dengan izin Allah,
Arfa sudah kurang menangis. Arfa tido nyenyak di malam hari. :D

Banyak sudah mama dan daddy belajar dalam membesarkan Arfa 53 hari.
Arfa menangis kerana 3 sebab.
Lapar, mama bagi nenen, pampers kotor, mama tukarkan, ngantuk nak tido, mama and daddy tidurkan.
Mama akan dulukan Arfa dari segala keperluan mama.
Mandi tak basah, makan tak kenyang, tido tak lena. Demi Arfa.
Terima kasih Arfa kerana memberi mama and daddy peluang belajar semua ni.
Banyak lagi yang ingin mama and daddy belajar untuk Arfa.

Mama dan daddy perlu tabah.
Mama dan daddy perlu kuat.
Untuk Arfa.
Bukan senang ade anak.
Tapi mama tetap nak anak. Malah mahu anak-anak.
Arfa kene jadi kak long tau! hehe
Tapi lepas mama and daddy khatam perihal baby. ;p



Sudah ku belajar erti kepayahan membesarkan anak.
Sudah ku tahu pengorbanan ibu ayah.
Akan ku cuba menjadi anak yang menyenangkan buat ibu bapaku.
Insyaallah.
Semoga anakku juga menjadi insan yang menyenangkan kami.

Mama dan daddy sayang Arfa banyak-banyak!