Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Kisah bersalin 2: Air ketuban pecah!!

Monday, June 11, 2012

| |
|

Okay sambung cite bersalin.
Lepas diberi tarikh untuk lapor diri di wad Hospital Putrajaya pada 22 Mei dan di induce pada 23 Mei, aku pon relax2 je la tunggu tarikh tu.
Pagi 22 Mei, aku tersedar kol 620 pagi camtu tapi tido2 ayam lagi.
Hubby aku pon relax je tido sebab da amik cuti nak pegi hospital pukul 2.00 petang nanti.

Tetibe dalam 640 pagi, aku dengar bunyi 'pop'..pastu terase basah..terus gerak hubby aku.
Kelam kabut die bangun. hehe..terus aku terpikir...camtu rupenyer bunyi air ketuban pecah. heeee
aku pon pegi mandi2 sesiap...tetibe ade orang ketuk pintu bilik air.
Kakak aku rupernye..salam and peluk..siap nangis dier doa moga aku selamat..huhu..terharu jap..

Dah sesiap laki bini nih mandi + solat, kitorang turun la nak breakfast.
aku sempat la makan 2 biji telo separuh masak tuk bekalan tenaga kononnye.
Mak aku lak dah bagi bekal air memacam..air zam2, air akar fatimah, air mineral.
Dalam kol 830 pagi, gerak la kitorang ke Hospital Putrajaya.
On the way, mula la pikir macam2..excited jugak..takot jugak..heh

Sampai kat sana, aku turun pegi daftar, hubby aku pegi park kete.
Ramai jugak orang pagi2 ni..para husband dok tunggu.
Dah amik details aku, diorang pon suro aku masuk dalam.
wah...da ade 3 orang gak duk terbaring atas katil..aku duk pikir2 lagi, ape diorang nak wat eh?
Cek bukaan ke? aku takde rase sakit pon nih..air je duk ngalir xhenti2..tapi aku pakai pad la..hee

Pastu nurse ni datang suro aku baring. dia pasang mesin yang monitor heart beat baby ngan contraction kat perot aku. Memang takde contraction la kan...tapi heart beat baby kuat bunyinye.
Sound mesin aku terkuat kot. huhu..segan jap kat orang sebelah.
Then sorang doktor yang agak muda nih datang. Pompuan..
Dia pon cakap nak cek bukaan. Dia pasang satu alat nih kat bawah tuh..tak tahu ape mende.
Mase die ketatkan, aku rase cam kulit tersepit. sakit kot.huhu.aku jerit, diorang suro rilex. adeh..sabo je la..
Mase die cek bukaan tuh, takde sakit sangat..so doktor tuh cakap la..macam tak berape ade bukaan nih..tak sampai 1 cm.
Then diorang tengok air ketuban aku tuh kaler dier macam tak berapa nak clear jernih.
Memang aku tengok pon macam kuning2 ijau ckit.Tapi doktor tuh cakap okay lagi nih..kire clear lagi..
Then dia nak scan tengok kedudukan uri lak. berusaha dia tarik mesin scan tuh datang kat aku.
Hehe..pas scan dia cakap okay..uri kat atas.
Sorang lagi doktor lak datang. Pompuan gak. Dia cakap nak scan lagi. dia bawak aku pegi bilik scan. kali nih dia tunjuk sume jantung la, baby la..tu lah last aku tengok jantung kecik tuh berdegup live..hehe..

Dah abeh scan, doktor ni pon slow talk la ngan aku..huhu
Dia cakap wad kat sini penuh. Kita kene transfer awak pegi hospital lain.
Dia siap tunjuk ade 6 orang je nak keluar. Then dia cakap ade lagi yang dah book nak induce.
So kalo ade yang kuar pon maybe dah di book wad tuh. Aku pon cakap aku memang dah book nak induce arini. Pastu dia cakap lak, awak ni dah pecah air ketuban, so takleh tunggu..takot kene jangkitan. kalo balik or nak pegi hospital lain pon, tanggung risiko sendiri. Then kalo diorang transfer, diorang akan antar dengan ambulans. Pilihan untuk transfer Hospital Kajang or HKL je..pilih la. Serdang diorang memang takkan antar.
Aduh...dilema aku..Then doktor tuh suro bincang ngan hubby aku..die nak jawapan pukul 11 pagi.

Aku pon kuar lah bincang ngan hubby. kitorang decide nak pegi Kajang dulu. kalo takle, HKL la jawapnye.
Bila doktor tuh cek, Kajang memang penuh and HKL je accept aku.
Time tuh sedey la jugak kan..jauh kot HKL tuh..cane la family aku nak datang kan..
Tapi aku pikir positif je time tuh..bila tengok ramai yang datang lagi lepas aku, aku pikir diorang lagi emergency kot..lagi needs tempat dari aku..aku tak sakit lagi..bole lagi nak antar pegi memane..
Aku redha je la...kalo dah tertulis aku kene bersalin kat HKL, aku pegi je la..asalkan selamat sume.

Then duduk la aku kat kusi luar tuh sementara tunggu ambulans. Dalam pukul 12++ camtu kot ambulans pon datang amik aku bawak pegi HKL. neeenooo..neeenooo..hehe

Lame pulak ambulans ni nak datang..sabo je la den.
 Muke tak puas ati..heee
  Naik dah ambulans, 1st time kot naik
Ni yang hubby i tak pueh ati, kene saman sebab parking bukan dalam kotak. penuh kot!

Hadeh..panjang kan cite aku? tak sampai lagi part meneran..eh? meneran ke aku? huhu
sambung cite HKL dekat post baru k. hihi..





Kisah bersalin 1: Overdue, what should i do?

Friday, June 8, 2012

| |
|

Bismillaahirrahmaanirrohim.
Dah 2 minggu 1 hari umur Arfa Tasnim..Alhamdulillah.
Susah jugak nak curi masa tuleh blog.
Dah ade mase, xde mood lak..heh

Kalo ikutkan due date aku 14 Mei 2012. ni yang klinik and doktor2 kira la kan.
Time scan pon slalu dapat date lebey kurang la..12 Mei, 16 Mei cmtu.
Tapi kalo ikotkan period aku yang tempoh nye bukan standard 28 hari,
memang aku dah almaklum due date around 21 or 22 Mei camtu..macam yang husband aku tuleh ni la.

Due date satu hal la kan..tapi dah hujung2 pregnancy, memang rasa tak sabar dah nak kuarkan baby.
Sebabnye dah tak larat sangat. kaki asik bengkak, surut, bengkak, surut.
Tido pon tak tahu dah nak pusing belah mane..baby pon aktif sangat2 duk ngeras je.
Tambah lak orang duk cakap baby sulung biase kuar awal 2 weeks la..
So dah sampai 14 Mei, aku memang duk tertunggu2 bila la tanda nak kuar nih.
Satu lagi bende yang mengundang stress bila orang duk tanye, bile ko nak beranak nih?
tak kuar2 lagi pon..huhu...perasaan die same macam bile orang tanye, bile ko nak mengandung nih? camtu la..Takot nak beranak satu hal jugak la kan..tapi tak sabar jugak..huhu

Bile dah lewat 3, 4 hari camtu, aku dah tak senang duduk. aku tanye hubby aku, kalo tak kuar tanda gak nak buat cane?
Duduk area nih, hospital yang okay just Hospital Putrajaya, Serdang..Kajang agak berusia hospitalnye..huhu
Yang aku tahu hospital area sini mmg la penuh je kejenye..tambah lagi Hospital Serdang yang aku duk bajet nak bersalin situ.
Kalo sakit pon tengok gak bukak dah bape, dah agak nk bersalin baru diorang terima.
Abeh cam aku yang takde tanda ni camne lak? Aduh..kene back up hospital lain nih.

So bile call Hospital Putrajaya, die ckp nak bersalin situ kene book dulu.
Kene ade reference letter dari mane2 klinik sebab Hospital Putrajaya adalah hospital rujukan.
So kami pon pegi la amik surat reference dari KK and pegi book bersalin kat Hospital Putrajaya.
Tak susah pon nak book. Boleh book just hari Jumaat n Isnin. Kitorang pegi hari Jumaat bersamaan hari ke 4 overdue. Bawak referance letter ngan GL. Pegi kaunter daftar then pegi kaunter OnG.
Dekat kaunter OnG nih, die bagi tarikh tuk induce since aku dah overdue.
Die suro aku datang 22 Mei then masuk ward, induce 23 Mei. Tapi die pesan gak, kalo kuar tanda awal, datang je la..
So lega la aku...at least kalo takde tanda gak, aku dah tahu ape nak buat.
Time tuh tak tahu la induce tuh camne. even bace2 orang cakap sakit dari bersalin biase, aku okay je.
Sebab tak sabar dah nak deliver. huhu..Ape jadi lak pastu? sambung la eh..hihi

Dalam penantian, sempat pegi Bagan Lalang dating satu family, abah blanje makan :D







Our new born: Arfa Tasnim

Thursday, May 31, 2012

| |
|


Arfa membawa maksud yang mulia, tinggi manakala Tasnim adalah nama sungai/fountain di dalam syurga. Arfa juga hasil dari gabungan nama aku dan wife, where Ar produce the sound of R, initial for Ramzul and Fa for Fazlina. She was safely born to this world on 23rd May, 2012 4:05am at Hospital Bersalin Kuala Lumpur. The short intro music is from Muse - New Born and the rest of the song is Yuna's Terukir di Bintang. Ntah kenapa aku pick Yuna's song for this, masa aku on the way pergi ke hospital, kat radio kuar lagu ni, and buat aku sebak. Manly tears. haha

Fun facts:
Me the daddy was born on the 12th day
My wife the mommy was born on the 12th month
and she was born on the 12th year!

After keluar OT, my wife diletakkan kat katil no 12 dalam ward.

Memang so the onedot12.com

EDD: Expected Date of Delivery. Apakah?

Monday, May 21, 2012

| |
|

Atau jangkaan tarikh bersalin dalam bahasa Melayu, secara kebiasaannya menggunakan kaedah Naegele's rule yang telah dijumpai pada tahun 1830 oleh Franz Karl Naegele (dah dekat 2 abad). Formulanya adalah LMP (tarikh hari pertama haid terakhir) + 1 tahun - 3 bulan + 7 hari. Tetapi kaedah ini tidak tepat sekiranya wanita tersebut mempunyai kitaran haid yang kurang atau lebih dari 28 hari.

Petikan dari wikipedia di atas;
Naegele's Rule assumes an average cycle length of 28 days, which is not true for everyone.
Manakala Parikh's formula mengambilkira tentang kitaran haid. Formulanya adalah LMP + 9 bulan - 21 hari + bilangan hari kitaran haid terakhir.

So, mengikut Naegele's rules wife aku punya EDD adalah pada 14 Mei 2012 (dah overdue 7 hari) manakala jika mengikut Parikh's formula pula, EDD untuk wife aku adalah 22 Mei 2012 (esok). Wife aku tidak mempunyai cycle 28 hari, tapi lebih banyak hari.

P/S: EDD ni pada aku penting sebab salah EDD boleh bikin (future) parents tak tenteram gundah gulana tak senang duduk tak senang berdiri mandi bunga air jampi mintak rezekiiii (apesal masuk lagu Pisang Panas Salih Yaacob lak nih? haha)

UPDATE (26/5/2012): wife aku punya air ketuban pecah pada pagi 22 Mei dan our lovely daughter was born on the next day early morning ;D

YNWA King!

Thursday, May 17, 2012

| |
|


LFC part company with Dalglish
"Kenny will always be more than a championship winning manager, more than a championship winning star player. He is in many ways the heart and soul of the club. He personifies everything that is good about Liverpool Football Club. He has always put the Club and its supporters first. Kenny will always be a part of the family at Anfield.
Thank you King Kenneth Mathieson Dalglish. YNWA

Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Precinct 8 Putrajaya (03-8892 4200)

Wednesday, May 16, 2012

| |
|


View Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia, Putrajaya in a larger map

Pusat Bersalin Berisiko Rendah di Presint 8, Putrajaya telah dirasmikan pada April yang lepas. News here. Aku ada call ke situ kejap tadi untuk dapatkan info, tetapi mereka hanya menerima kelahiran anak yang ke-dua dan seterusnya. So, wife aku yang sekarang ni yang tengah menunggu untuk kelahiran anak pertama kami, tak dapat lah untuk bersalin di sini.

No telefon Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Presint 8 Putrajaya: 03-88924200

Map di atas, bertanda '+' untuk Pusat Bersalin ni.

P/S: This post adalah bertujuan untuk sesiapa yang perlukan direction ke situ dan no telefon. Susah betul nak dapat. Merata aku google, merata aku call. Call Ministry of Health takde orang jawab. Call Hospital Putrajaya pon tak berjawab. Call Perbadanan Putrajaya pon tak berjawab. Call MAIWP berjawab, tapi diorang tak tahu nombor phone, so diorang bagi no phone JAKIM Putrajaya, baru lah dapat no phone tempat ni. Thanks JAKIM Putrajaya.

40 weeks: Our baby is fully baked but..

Monday, May 14, 2012

| |
|

Harini, 14 May 2012, genaplah 40 minggu baby duk dalam perot mummynye ni ha.

Tapi baby said, "9 months 10 days is not enough for me to explore mummy's tummy. Needs few days more!!!"
Take your time lah baby..:D

Hehe...setakat saat ni, aku takde lagi tanda-tanda nak bersalin. Penantian memang penyiksaan.
Segala makanan kesukaan aku dah makan sebab takot takle makan time pantang.
Nando's, Jco, Cendol, Nasi Kukus Ayam Dara ape lagi tah. sume dah rembat. hihi
Baby tanak kuar gak. Ape boleh buat? sabar je la. 2 tahun dah menunggu kan, takkan 2,3 ari lagi takle tunggu?huwaaa...lame okay!!! Ape cite aku sekarang? 

Tukar Tempat Kerja

Hmm...Tanggal 30 April 2012 yang lepas, aku dah lapor diri kat tempat kerja baru.
Alhamdulillah, setelah hampir setahun 4 bulan aku ulang alik Bukit Mahkota-Pedas, akhirnya aku dapat tukar ke Shah Alam. Hubby aku pon keje Shah Alam. So, pasni kitorang akan move ke Shah Alam la.
Lapor diri 30 April, 1 Mei lak cuti Hari Pekerja kan. Ramai lak yang sambung cuti 2 hari tuh.
Banyak yang takle setel. So, 2 Mei lak aku pegi keje untuk setelkan ape2 yang patot and amik cuti.
Isi borang cuti 90 hari. hehe...so aku start la cuti dari 3 Mei sampai 31 Julai. 1 Ogos baru aku masuk keje balik. Actually aku tak sempat pon nak cop tempat duduk kat ofis baru tuh. haha...tunggu pas cuti la nampaknye. 

Awal Cuti?

Hehe...due aku kan 14 Mei 2012. Gomen ni leh cuti awal 2 minggu dari due date. Aku lak dah start rase tak larat nak jalan. nak duduk lame2 kat kusi ofis tuh pon rase cam seksanye la. Pastu baru masuk tempat baru kan, maleh lagi rasenye nak pikir pasal keje baru. Better la aku amik cuti before ditimbunkan dengan keje. hehe..pas cuti nanti, leh la nak bagi keje eh..:p

Tanda-tanda bersalin?

Setakat ni la kan, takde tanda2 besar lagi. Ape tanda-tanda tuh? 3 tanda yang kene consider pegi hospital:

1. Kuar air ketuban
2. Kuar darah bercampur lendir
3. Kontraksi yang kuat dan kerap

Kontraksi tuh ade la jugak aku rase kot. sakit kekadang. tak kerap pon. Yang lain-lain memang takde lagi.

Kesihatan aku lak?

Mase cek up, sume okay je. takde pape yang nak risau pon. Tapi masalah aku cume berat badan. Berat aku naik banyak sangat. Apesal tah, makan pon aku sentiasa selera kan. tak penah nye tak lalu makan. huhu
Along pregnancy berat aku dah naik 20 kg. so nurse suro aku jumpe doktor mase cek up weeks 39++. Doktor tuh pon macam risau. Punye la lame die scan aku. Calculate sume. Katenye baby aku dah 3.3kg setakat aritu. Air ketuban cukup. cume die nak monitor blood pressure aku. takot sawan mase mengandung. penah dengar tak pasal sawan mase mengandung? Bace kat sini haaa. 

Tanda-tanda sawan mengandung (Eklampsia):

1. Ibu mengandung sulung lebih berisiko - anak sulung nih
2. Kenaikan berat badan berlebihan (normal 15-16 kilogram along pregnancy) - aku dah naik 20kg ++
3. Darah tinggi - setakat nih, bacaan blood pressure normal
4. Bengkak kaki - memang bengkak aje. surut kejap sangat. bengkak lame.
5. Air kencing mengandungi albumin - rasenye normal kalo ikot result time cek up.
6. Pening kepala - kekadang rase. tapi maybe sebab banyak tido time cuti nih :P
7. Sakit ulu hati - takde
8. Gangguan pada penglihatan - rasenye takde

Yang aku merahkan tuh, ade la tanda2 tuh kat aku. Yang lain2 macam okay lagi kot. Menakutkan jugak efek sawan mengandung nih. Mintak jauh la kan. Berat oh berat. Nih dah 40 minggu tak keluar lagi nih, aku risau berat badan aku jela. Masih lagi duk naik. Kalo control makan, lapar la pulak. adui..baby..kuar cepat sikit eh. Yang lain-lain, sakit pinggang, susah nak tido tuh biase la kan. dah hujung2 nih, memang makin rase sume tuh.

Dah cuti, lepak umah sesorang ke?

Heh...memang tak la kan...aku dah hangkut bebarang aku ngan hubby. duk umah mak aku kat Kajang. Rehat2 je la kat sini sementara tunggu detik itu. Aku bawak stok baju ngandung tak banyak sangat, ingat kejap je dah beranak. hehe...terpaksa la rotate baju same plus baju hubby aku. malas nak balik amik baju ngandung agi.

Tu je la kot update terkini aku. Gagah jugak menaip sebab dah genap 40 minggu.
Doakan aku cepat2 bersalin dan selamat sumenye okay!!!
Family aku sume dah tanye, "Bile ko nak beranak nih?" huhu...
Aku pon dah tak sabar nak beranak weh!!! tapi aku pon tak tahu bile baby nih nak kuar.
Gambo latest:

@39 weeks 6 days :D
Dia pon tanak kalah gemuk..:P

Duda!! 



Cuti bersalin 90 hari kah?

Wednesday, May 2, 2012

| |
|

Tidak lama lagi, wife aku akan menikmati cuti bersalin 90 hari (kerja kerajaan) dan aku akan menjadi daddy, insyaAllah (yeay!). Cuma kat sini, aku nak argue pasal terma cuti 90 hari ni, nampak macam dikira sekali untuk hari minggu Sabtu dan Ahad kan?

Katakanlah, wife aku start cuti bersalin pada esok hari, 3/5/2012 maka hari cuti terakhirnya adalah pada 31/7/2012 (Selasa). Tapi sepanjang tempoh ini ada sebanyak 26 hari minggu Sabtu dan Ahad. So secara teknikalnya, cuti bersalin 90 - 26 = 64 hari.

Pada perkiraan aku, kiraan ini agak kritikal kerana ianya akan reflek kepada jumlah keseluruhan cuti bersalin sepanjang perkhidmatan kerajaan yang berjumlah sebanyak 300 hari. Baki cuti bersalin jika guna kiraan aku adalah 300 - 64 = 236 hari dan jika dengan kiraan langsung (include weekends) 300 - 90 = 210 hari. Ini penting kerana jika cuti bersalin anda telah habis suatu hari nanti, maka anda terpaksa bercuti tanpa gaji, kan?

Argument aku is that weekend tidak sepatutnya dikira sekali sebagai cuti, kerana hari-hari tersebut adalah sememangnya hari cuti. To me this is clearly a daylight robbery.

P/S: teringat soalan matematik masa aku darjah 3 (kalau x silap), "Ali diberi duit belanja sekolah oleh maknya sebanyak 50 sen. Sekiranya Ali tidak membelanjakan satu sen pon duit belanja itu, berapa ringgit yang dapat Ali kumpul dalam masa 2 minggu?". Semua orang dalam kelas aku bagi jawapan 7 ringgit (0.5 x 14 hari) tapi aku jawab 5 ringgit (0.5 x 10 hari). Cikgu aku cakap aku salah sebab seminggu ada 7 hari. Tapi aku argue balik sebab seminggu persekolahan ada 5 hari je, bukan 7, takkan la mak Ali bagi lagi duit belanja sekolah untuk hari minggu? Haha.

mari merepot ke SKMM (MCMC) tentang Celcom!

Monday, April 30, 2012

| |
|

Sinambungan dari kes Celcom messed up dengan pengiraan harian data wireless broadband aku itu hari, hari ni dah report ke MCMC atau SKMM melalui e-mail. Agak merangkak jugak lah ayat aku nak karang dalam BM sebab nak tulis secara formal. sbb tu kandungan email diBLURkan.

So harap MCMC dapat kasi setellah permasalahan ini.

Sekian.

Syarikat Lori Sewa yang macam cibai

Sunday, April 29, 2012

| |
|

Kalau boleh, memang nak tolong orang Melayu kita ni berniaga. Tapi ada di kalangan mereka ni suka nak ambil kesempatan. Semalam, biras aku, Redza ada call iklan2 lori yang ada merata di kawasan rumah dia ni. Nak pindah rumah, tak jauh. 200 meter je. Cuma nak guna angkat barang2 besar seperti katil, almari, peti ais. Call punya call, ada la satu brader ni, Aizat bagi the 'best' price. Lori 1 tan, RM 80 & tambah 3 orang pekerja RM 60. So Redza pon setuju dan pegang lah harga RM 140 sebagai total untuk pindah rumah hari ni. Set masa, pukul 11 pagi.

Hari ni, lori sampai lewat sejam. Pulak tu datang dengan lori 5 tan. Tanya mana lori 1 tan? Drebar lori cakap tokey kata tak ada. Plan asal nak angkut barang-barang besar saje. Ye la kan pindah 200 meter je. Drebar suruh angkut semua.  Dah siap angkut barang semua, drebar lori tu cakap. Semua barang ni ngam2 muat lori 5 tan ni, so RM 140 darab 5 tan = RM 700. What the fuck? Macam cibai je buat bisnes camni. Nape tak bagi tau siap2 semalam kena darab ikut tan bagai pulak? Aku pindah dari Puchong ke Bandar Bukit Mahkota dengan lori 2.5 tan dan guna 2 orang pekerja pon baru kena RM 300.

Bila dah tak puas hati macam ni, call balik Encik Aizat tu, dia pulak pertahankan memang kena darab 5 tuh. Memang nak kena. Bayeng, brader in-law sulung aku advise better turunkan balik barang, cancel lori. Encik Aizat tuh cakap 'okay' tapi still kena bayar duit minyak lori, RM 100. Cibai lah Melayu yang meniaga macam ni. Memang macam nokharoom!!





P/S: kalau nak cuba perkhidmatan sewa lori yang lain, boleh cuba dengan theLorry.com, insyaAllah boleh dipercayai

Disclaimer: This story is based on our own personal experience. Sharing for precaution to anyone and giving some room for improving services. Not to debate who is right or wrong. Peace. TQ.

Celcom Data usage fucked up

Friday, April 27, 2012

| |
|

CELCOM ni memang suka buat customer dia marah. Aku guna data 1GB sebulan. So biasanya Celcom akan slow nak mampus bila dah terlebih usage. Maka, aku mmg selalu monitor la usage aku. Based on record kat onlinecustomerservice.celcom.com.my, setelah aku import ke spreadsheet dan buat average, daily usage average aku dari 18 Januari 2012 sehingga 25 April 2012 adalah 31.93 MB. Aku adalah seorang yang memang monitor 3G data usage. Aku takkan stream video guna data connection Celcom ni. Gila lah aku punya la nak sep!
Tapi tetiba, semalam 26 April 2012 aku dapat SMS dari Celcom menyatakan aku dah hampir utilizekan quota data usage aku untuk bulan ini. Padahal baru sahaja pada hari ke-9 cycle bill aku. Bila check online, data usage untuk semalam adalah 559.7 MB. Gila! Setahu aku pakai macam biasa je semalam. Tak ada stream youtube video, takda download large files. Memang takda. Celcom ni memang saja nak cari pasal.

Bila call operator, dia ckp system dia tak salah. Aku tanya la, tak pelik ke pattern usage tetiba peak camtuh? Padahal aku tak guna sangat pon data semalam!

FUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!

P/S: Dah la menipu cara kira data, sebulan ada DUA kali 18 haribulan. Taik Lembu!



Draw Something hangs

| |
|

Dua tiga hari lately, Draw Something for Android keeps hanging. Bila dah hang, tak boleh force stop, tak boleh kill, tak boleh go back to the main screen & can't even to turn the phone off! So, aku terpaksa take the battery out and restart the phone.

Solution, clear the data under Manage Applications. Settings >> Applications >> Manage applications >> All >> Draw Free

Astro free channels!

| |
|

Astro is giving access to all of its 130+ channels for free* bermula dari hari ini sehingga 6th of May 2012. Read here.

Me: "makin tak laku kot sebab tu bagi free utk promo. haha"

the new Proton Prevé

Thursday, April 26, 2012

| |
|

For the first time, aku dapat tengok this car depan mata aku. Kebetulan hari ni, ada dua buah datang ke office aku. Satu yang spec Hi-line atau Premium (warna merah) dan lagi satu aku tak sure sama ada M-line atau B-line punya spec (warna putih). Sebelum ini setakat tengok gambar over the internet. Pada aku, body design dia not bad, cantik, sleek.















 Dashboard Hi-line atau Premium
 Dashboard B-line atau M-line (tak sure)
Well, good job Proton.

P/S: Aku dapat OTR price list dari Proton Edar Glenmarie branch

Executive - IAFM+
1.6 Manual
Solid - RM 59,540.00
Metallic - RM 59,990.00

1.6 CVT
Solid - RM 62,540.00
Metallic - RM 62,990.00

Premium - CFE
1.6 CVT
Solid - RM 72,540.00
Metallic - RM 72,990.00

the new Proton Prevé failed? NOT!

Monday, April 23, 2012

| |
|

Response from Proton:
Good morning

We are aware that there are pictures of a damaged Proton Prevé circulating around the web.

We would like to explain that the cause of the damage was actually an accident that happened around 4.45pm yesterday evening at Jalan Sentul. A sales advisor (from the PROTON showroom in Setapak) was trying to avoid an oncoming car that was in its path, and in doing so, hit and went over the road divider and landed hard - causing damage to the lower arm.

We are grateful to all the concerned people out there who has brought this up to us and hope this clears the air of what actually happened.

Have a great weekend ahead

36 weeks + 5 days. 23 days more to go!!!

Sunday, April 22, 2012

| |
|

Salam...Fuh...fuh..lame suda nak menulis.
Tapi mood sukar dicari..hehe...maafkan saya..:)

Dah 36 minggu + 5 hari baby duk lam perot. huhu...tinggal lagi 23 hari..eh..eh...konfiden je kan.
Kalo terkuar awai, tak tahu la kan..heee
Sampai saat ni, memang terase tak sabau dah nak kuarkan baby ni..
Tak sabau jugak nak jadi sihat balik cam biase sebab sekarang rase sangatlah tak berdaya..huhu
Nak cepat sihat and jumpe baby cepat2!!! hehe
So, at 36 weeks + 5 days ni, few things nak highlight:

1. Berat aku and baby
Berat ideal aku, 49kg. hehe.tapi tu mase baru kawen la. aku pregnant ni pon pas setahun++ gak kawen. so rasenye berat before pregnant dalam 50 or 51 kg gak r..and now? ce teka? hahahaha...berat aku arini dah capai 66.6 kg camtu. hoho...dah naik lebih 15 kg okay!!! gilo!!! ni sampai bersalin mau 20 kg gak naik nih. jenuh nak turunkan balik. huhu...last  week ade la pegi scan baby and berat baby baru dalam 2.7 kg...erk..ape yang berat sangat bende2 lain ni??heh...

2. Stretch Mark
Yang ni memang merebak dengan jayanya. aku pon tak tahu la apesal. Aku tak garu pon..and dah letak palmer's cream + bio oil. Aku tengok same je. makin banyak ado la. redha je la..huk..huk

3. Drive pegi keje
Hmm...even dah tereksiden aritu...plus dah makin sarat, tetap kene drive sendiri pegi keje. ape nak buat kan. keje dah memang jauh. sape nak anta tetiap ari lak? so aku masih lagi drive sendiri sejauh 60km pergi dan 60km balik. makin terase sakit pinggang time drive and baby sangatlah aktif mengeras dan bergerak time drive nih. memang takleh nak lelaju la.

4. Beg untuk pegi spital
Owh...memang dah kemas beg ni. ade 2,3 barang lagi kot tak masukkan lam beg. tapi beg tetap ade kat umah je. tak masuk lagi pon lam kete. takpe kan? hehe

5. Baby aktif cari jalan kuar
Heh...aku rase makin susah nak jalan nih. terase baby dah kat bawah sangat dah. duk nak turun je. ade sakit sikit2 la. kire contraction ke camtu? ntah...sebab tuh jalan pon kepit2. hehe..and asyik mengeras je baby nih..malam2 lagi la...bergelombang perot. kire lagi aktif time malam daripada siang. mase cek up aritu, nurse ade cakap kepala baby memang dah kat bawah. kedudukan die 2/5..tak tau la maksudnye cane kan.

6. Susah nak tido
Okay part ni sebab aku tak tahu kedudukan yang betol tuk dapat tido lena. ngiring kiri lama2 lenguh, ngiring kanan lame2 pon lenguh. terlentang memang terase la berat baby menekan. so sentiasa kene ubah2 cara tido bila lenguh. ni pon salah satu sebab tak sabar nak deliver ni. hihi

7. Selera makan
haha...selera makan aku memang takde masalah. asik nak makan je keje aku. cepat lapar. tu yang berat naik berlebih2 tetiap kali cek up. nasib baik blood pressure ngan bacaan darah aku okay. so nurse takde marah sangat la.

8. Kaki bengkak
Kaki aku dah start bengkak jugak la..dah 3 kali aku adjust besarkan sandal aku. bengkak nya dekat pergelangan kaki sampai buku lali. sakit jugak sikit2. pastu time nak solat pon terase la kaki susah nak lipat.

9. Banyak membuang
Hehe...membuang ape? air besar and air kecik okay! lately ni slalu rase nak buang air besar. air kecik tuh memang sepanjang pregnant la kan. Cepat betol sakit perot.


10. Nama baby
Opss..haha...masih lagi mencari nama baby yang terbaik. Dulu before pregnant, macam2 nama aku minat, aku suke, berangan nak letak kat anak. tapi bila dah hampir sampai masa, tak bole nak decide. banyak name yang best2 nih. tapi still tak tahu nak gabung name mak pak ke? nak letak name yang hurufnye depan2 sikit ke? nak ikot huruf name maknye ke? nak yang ade makna dalam bahasa arab ke?...haih..kalo name baby boy, banyak la lam kepala. baby gurl ni agak sukar plak. tunggu dan lihat je lah.

11. Persediaan mental
Nih kene set dalam kepala nih. kuatkan semangat. aku selalu pikir belambak kot orang bersalin dalam dunia nih, so nak tak nak, kene la jugak. sume orang pon rezeki time bersalin lain2. so doa je la banyak2 moga dipermudahkan. kalo susah tuh, mungkin ujian dariNya la sebagai penghapus dosa2. Mase awal2 pregnant memang excited kan? haaaa..mai ujung2 ni mula la takot. tapi cane pon, kene hadap jugak la..hihi


Hmm...ape lagi point nak highlight?? macam dah abeh lak idea. tu je kot perkembangan time menunggu hari nih. Dah sampai hujung2 trimester nih, bile drive sorang2, aku pon terpikir2 la balik. Dulu time menunggu rezeki ni, macam2 dah lalui. rase sedih, tak sabar, marah dengan soalan2 orang, macam2 lagi lah. Sedih jugak bila ingat2 balik. sekarang, dah menunggu hari je nak kuar. harap2 dipermudahkan olehNya dan selamat la hendaknya kami berdua.doakan eh!!! tapi persoalannya, bile nak kuar nih? haha...Dia je yang tahu. :D