Tidak lama lagi, wife aku akan menikmati cuti bersalin 90 hari (kerja kerajaan) dan aku akan menjadi daddy, insyaAllah (yeay!). Cuma kat sini, aku nak argue pasal terma cuti 90 hari ni, nampak macam dikira sekali untuk hari minggu Sabtu dan Ahad kan?
Pada perkiraan aku, kiraan ini agak kritikal kerana ianya akan reflek kepada jumlah keseluruhan cuti bersalin sepanjang perkhidmatan kerajaan yang berjumlah sebanyak 300 hari. Baki cuti bersalin jika guna kiraan aku adalah 300 - 64 = 236 hari dan jika dengan kiraan langsung (include weekends) 300 - 90 = 210 hari. Ini penting kerana jika cuti bersalin anda telah habis suatu hari nanti, maka anda terpaksa bercuti tanpa gaji, kan?
Argument aku is that weekend tidak sepatutnya dikira sekali sebagai cuti, kerana hari-hari tersebut adalah sememangnya hari cuti. To me this is clearly a daylight robbery.
P/S: teringat soalan matematik masa aku darjah 3 (kalau x silap), "Ali diberi duit belanja sekolah oleh maknya sebanyak 50 sen. Sekiranya Ali tidak membelanjakan satu sen pon duit belanja itu, berapa ringgit yang dapat Ali kumpul dalam masa 2 minggu?". Semua orang dalam kelas aku bagi jawapan 7 ringgit (0.5 x 14 hari) tapi aku jawab 5 ringgit (0.5 x 10 hari). Cikgu aku cakap aku salah sebab seminggu ada 7 hari. Tapi aku argue balik sebab seminggu persekolahan ada 5 hari je, bukan 7, takkan la mak Ali bagi lagi duit belanja sekolah untuk hari minggu? Haha.