Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


EDD: Expected Date of Delivery. Apakah?

Monday, May 21, 2012

| |
|

Atau jangkaan tarikh bersalin dalam bahasa Melayu, secara kebiasaannya menggunakan kaedah Naegele's rule yang telah dijumpai pada tahun 1830 oleh Franz Karl Naegele (dah dekat 2 abad). Formulanya adalah LMP (tarikh hari pertama haid terakhir) + 1 tahun - 3 bulan + 7 hari. Tetapi kaedah ini tidak tepat sekiranya wanita tersebut mempunyai kitaran haid yang kurang atau lebih dari 28 hari.

Petikan dari wikipedia di atas;
Naegele's Rule assumes an average cycle length of 28 days, which is not true for everyone.
Manakala Parikh's formula mengambilkira tentang kitaran haid. Formulanya adalah LMP + 9 bulan - 21 hari + bilangan hari kitaran haid terakhir.

So, mengikut Naegele's rules wife aku punya EDD adalah pada 14 Mei 2012 (dah overdue 7 hari) manakala jika mengikut Parikh's formula pula, EDD untuk wife aku adalah 22 Mei 2012 (esok). Wife aku tidak mempunyai cycle 28 hari, tapi lebih banyak hari.

P/S: EDD ni pada aku penting sebab salah EDD boleh bikin (future) parents tak tenteram gundah gulana tak senang duduk tak senang berdiri mandi bunga air jampi mintak rezekiiii (apesal masuk lagu Pisang Panas Salih Yaacob lak nih? haha)

UPDATE (26/5/2012): wife aku punya air ketuban pecah pada pagi 22 Mei dan our lovely daughter was born on the next day early morning ;D