Oh Vitamin!
Friday, August 12, 2011
| 3:05 PM |Posted by Fazlina Anuar |
Huhu...yea...itula perasaan aku pas pegi kk tuh...rase serik takmo p dah! Ini bukan serik sebab marah tau.
Tapi serik sebab rase sedey je..bukan la nak kate kk ni tak bagus ke ape. kang ramai lak yang terase.
Bukan takde kawan or sedare mare keje kk. cume sedikit sedey la dengan layanan kat situ.
Macam pegi beli McD drive thru pon ade, mule2 order, next bayar, next dapat barang.
Pepandai la cari kaunter.
Kalo McD tuh dah sah2 straight je jalan, jumpe la kaunter, ini mcm main hide and seek lak.
Moto pegi tempat cani, Malu bertanya, sesat jalan.
So jangan segan silu bertanya, even diorang tengah beborak riang, tanyo yolah!
Paham ke cite aku ni? tak paham pon takpelah! haha
Tapi paling penting, aku balik dari kk dengan beraneka vitamin. Banyak okay! Penting jugak, Free of Charge.
Ni haa:
So, terima kasih banyak2 la dekat doktor yang bagi aku vitamin banyak2 ni.
Mungkin nampak aku macam kurang vitamin benor ye?
Being me, takdenye aku nak makan ubat ke vitamin ke menonong cam tu je. So, buat la sedikit research:
1. FOLIC ACID
Yang ni kalo da kawen pon tak tau ape gunenye, pegi hantuk kepala kat dinding je la. Aku bagitahu jugakla. Acid Folic ni membantu dalam mengurangkan risiko kecacatan janin, iaitu otak dan saraf tunjang. Highly recommended untuk orang yang nak pregnant makan. Memang aku dah ade cukup stok untuk 3 bulan kot. Tapi dibaginye lagi. So tayah tambah stok tuk 5 bulan kot. Haha..Thanks!
2. ASCORBIC ACID
Yang ni pulak name macam menakutkan. Tapi sebenarnye Vitamin C. Vitamin C ni banyak la kan faedahnya. Google la sendiri or bace kat sini. So boleh la dimakan anytime.
3. VITAMIN B-COMPLEX
Vitamin B-complex lak untuk menukarkan makanan kepada tenaga dengan segera. Makan vitamin ni selepas makan ye. So, dia akan proses makanan cepat2 jadi tenaga. Takdela ngantuk je. Haa detail pasal kebaikan die kat sini.
4. BROMHEXINE
Yang ni pulak, name die pon agak pelik kan. Tapi dia berfungsi sebagai Ekspektoran untuk melonggarkan dan menipiskan dan boleh menolong menghasilkan batuk untuk membawa lebih banyak kahak dan membersihkan lubang nafas. Ni menurut wikipedia la. Haa...bagus jugak la untuk aku since terasa banyak kahak.
So, setelah melakukan sedikit research, aku rase memang best la dapat semua vitamin-vitamin ni kecuali paracetamol. Tu ubat demam kan? Aku takde demam sangat. So tak perlu la kot. Terima kasih lagi sekali kat doktor yang bagi banyak vitamin ni ye! Lenkali saye datang mintak kat farmasi je bole ke? Jumpe doktor pun takde la rawat pape pon. ye dok? :D
Keje gomen? Please go to induksi a.s.a.p.! :D
Wednesday, August 10, 2011
| 1:19 PM |Posted by Fazlina Anuar |
Bulan Ramadan Bulan Mulia,
Mari beramal, pahala berganda,
Sudah lama tidak menaip kata
Sila salahkan kerja saya!
Hehe...saje je bagi pantun sikit.
Lame dah tak menulis. Suami yang banyak menulis. Saje bagi can kat die..:p
Ni nak cite pasal aktiviti Julai ni.
Citenye adalah melunaskan syarat-syarat untuk confirm sebagai penjawat awam.
Okay...sebagai penjawat awam, ade exam2 tertentu untuk sahkan jawatan.
So, untuk jawatan aku ni (jawatan ape? cari sendiri kot2 pnh tulis. haha), ade 3 syarat tuk confirm:
1. Kerja lebih daripada setahun --->dah 1 tahun 6 bulan ++
2. Pergi Kursus Induksi Umum dan Khusus dengan jayanya ----->baru pegi Induksi Umum, belom dapat result
3. Lulus peperiksaan yang berkenaan ----->2nd attempt, blom kuar result
Actually, Induksi Umum tu la yang aku pegi Julai aritu.
Aku pilih nak buat dekat Intengah. sebab dekat dengan suami ye...takmo jauh2. :)
Lepas pegi induksi dekat Intengah ni, aku boleh cakap yang kursus ni sangat berbaloi.
Sangat recommended bagi penjawat awam yang baru, terus pegi induksi.
Jangan cam aku, dah agak lambat. Antara faedah yang aku dapat:
1. Pengetahuan pasal gov yang memang susah nak dapat kalo cari sendiri. Macam pekeliling, cuti, segala bagai tuh...pas pegi induksi baru aku tahu...ooo...cm2...ooo...cmni...dah tahu bende2 ni sume, takdelah nak marah tak tentu arah...:p
2. Motivasi. aku memang termotivasi dengan induksi ni. Aku memang respect org2 dekat Intengah ni. memang diorang berjaya buat aku rase lagi semangat. Sangat respect juga dengan penyelaras program yang ternyata lagi muda dari aku. Cara beliau sangat terkesan di jiwa aku. Ade dua bende yang memang aku ingat:
i) Keje gomen sampai bila pon takkan kaya. So jangan pikir nak kaya. Fikir la nak bekerja seikhlasnye.
ii) Terdidik tak semestinye terpelajar, terpelajar tak semestinya terdidik.
So, kalo terpelajar tapi tak terdidik, buang karan! huhu
Dua bende ni la yang aku rase berbaloi sangat dapat. Pengetahuan dengan motivasi. So, pas balik induksi ni, hopefully dapat le keje dengan lebih bermutu. Banyak lagi nak cite pasal Intengah ni. tapi lupe dah. Overall memang best la induksi kat sini. Gambar kumpulan aku yang best. :D
Sape2 baru masuk gomen, sile pegi induksi cepat2 ye! :D
Puding Caramel aka Puding Gula Hangus
Sunday, August 7, 2011
| 10:24 PM |Posted by Fazlina Anuar |
Moh..moh nak citer...
Sabtu, aktiviti basuh segala baju-bajuan & kemas rumah.
So, plan berbuka kat umah mak kat Kajang.
Dah banyak ari plan nak buat puding caramel ni..tapi tak sempat lak buat ari keje.
So alang2 buke umah mak, bawak la satu loyang puding. hihi
Bahan A:
Telur 5 biji
Susu Ideal 1 tin
Susu pekat manis 1/4 cawan
Air suam 1/2 cawan
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Bahan B:
Gula 3/4 cawan
Air panas 1/2 cawan
Care-carenye:
Untuk bahan A, pukul telur tapi jangan sampai berbuih lak.
Slow-slow je. Agak dah kembang sikit, letak la bahan2 lain tuh.
Kacau sume bagi sebati, then letak tepi.
Untuk bahan B lak, masukkan gula dalam periuk then tambah air panas.
Masak atas api sampai warna gula jadi keperang-perangan.
Lame la jugak. So tunggu je. Sambil kacau tau!
Once dah jadi perang gula tuh, terus tuang dalam loyang.
Ratakan gula tuh pada permukaan loyang.
Biarkan gula sejuk. Gula akan mengeras dekat permukaan loyang.
Then masukkan bahan A tadi dalam loyang.
Then masak dalam periuk kukus tuh. Dalam setengah jam kot.
Dah siap!
Ni hasil sebelum ditelangkupkan:
Hihi...sile2 sape2 nak try...:D
Iftar Day 4 - Ayam Grilled
Friday, August 5, 2011
| 6:22 PM |Posted by Fazlina Anuar |
Last last jumpe satu resipi yang paling senang .... huhu
Nak tahu tak? Meh nak citer sket :
Ayam potong-potongCampur je semua benda-benda kat atas ni dan perap lah sejam dua... lagi lama lagi best!
4 ulas bawang putih hiris halus2
2 inci halia hiris halus2
2 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
2 sudu tomato sos
2 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin
2 sudu black pepper sos
2 sudu madu
1 biji lemon
Dah siap perap, susun ayam-ayam tuh atas grill bar, sapu sket olive oil. Masukkan dalam oven, 220 darjah celcius selama 40 minit.
Yum yum da bleh buke
Budak lelaki koma atas jalan
Thursday, August 4, 2011
| 3:22 PM |Posted by Ramzul Ramli |
View Larger Map
Masa kami kat simpang ni (the green baloon icon), aku ada terperasan ada seorang budak lelaki pengsan bersama-sama dengan basikalnya (agak gelap kat sini time tu). Aku tengok sekali imbas sebab pada awalnya macam tidak percaya dengan apa yang aku tengok. Aku nak berhenti, tapi memikirkan wife aku dah laju ke hadapan, sebab dia tidak perasan akan kejadian itu, semasa overtake satu lagi kereta yang berada kat simpang tu.
Kereta tu kaler putih, and kalau tak silap Proton Saga BLM, bagi signal untuk berhenti. So, aku bajet dah ada kereta berhenti untuk membantu, maka aku teruskan perjalanan aku, sebab dah lewat malam, takkan nak biar wife aku sorang-sorang kan?
Sampai aje kat rumah, terus contact adik ipar aku, A'ah harap-harap dia akan dengar cerita kes ni time kat skolah dia.
Esoknya, dia update kat aku, budak lelaki tuh budak form 1 batch dia, sekarang tengah koma kat hospital. OMG! Tidak tau apa jadi kat dia. Kena pukul ke, langgar lari ke. Tak ada clue. Polis pon sekarang tengah siasat.
Based on apa yang aku nampak pada masa tuh, budak lelaki tuh berpakaian jersey Malaysia kuning hitam terbaring tidak sedarkan diri di atas basikal yang terbaring atas jalan. Macam pelik je ayat nih. Tapi macam tuh la. Harap-harap budak tuh cepat-cepat recover & siapa yang bertanggungjawab dengan kes ini untuk serah diri.
Malaysia makin lama makin tak selamat.
P/S: Young kids should not be allowed to go out alone at night. Curfew.
UPDATE [9th August 2011] - info dari adik ipar aku, mengatakan budak tu dah meninggal. Innalillah...
UPDATE [12th September 2011] - Berita tentang kejadian ini di dalam akhbar. Klik sini untuk baca.