Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Puding Caramel aka Puding Gula Hangus

Sunday, August 7, 2011

| |
|

Moh..moh nak citer...
Sabtu, aktiviti basuh segala baju-bajuan & kemas rumah.
So, plan berbuka kat umah mak kat Kajang.
Dah banyak ari plan nak buat puding caramel ni..tapi tak sempat lak buat ari keje.
So alang2 buke umah mak, bawak la satu loyang puding. hihi

Bahan A:
Telur 5 biji
Susu Ideal 1 tin
Susu pekat manis 1/4 cawan
Air suam 1/2 cawan
Esen Vanilla 1 sudu kecil

Bahan B:
Gula 3/4 cawan
Air panas 1/2 cawan

Care-carenye:
Untuk bahan A, pukul telur tapi jangan sampai berbuih lak.
Slow-slow je. Agak dah kembang sikit, letak la bahan2 lain tuh.
Kacau sume bagi sebati, then letak tepi.

Untuk bahan B lak, masukkan gula dalam periuk then tambah air panas.
Masak atas api sampai warna gula jadi keperang-perangan.
Lame la jugak. So tunggu je. Sambil kacau tau!
Once dah jadi perang gula tuh, terus tuang dalam loyang.
Ratakan gula tuh pada permukaan loyang.
Biarkan gula sejuk. Gula akan mengeras dekat permukaan loyang.

Then masukkan bahan A tadi dalam loyang.
Then masak dalam periuk kukus tuh. Dalam setengah jam kot.
Dah siap!

Ni hasil sebelum ditelangkupkan:

Then, amik pinggan, telangkupkan. Jadi la camni:

Hihi...sile2 sape2 nak try...:D