Luorang rasa macam aku tak? Astro punya message that the channel is not subscribed bla bla adalah sangat meng'annoy'kan (This channel is not included in your subscription. To subscribe, please call Astro customer service). Aku suka nak belek channel-channel kat Astro untuk tengok apa yang ada kat tv, tapi ...
Astro: annoying "channel is not included"
Friday, February 3, 2012
| 8:30 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Kenderaan terbakar + minyak ron95?
Wednesday, December 28, 2011
| 1:04 PM |Posted by Ramzul Ramli |
Seingat aku, sebelum minyak RON95 diperkenalkan kepada pasaran tempatan pada tahun 2009, aku tak pernah tengok kenderaan terbakar. So far, aku rasa dah witness hampir 5 kali kenderaan terbakar di bahu jalan sejak dari tahun 2009.
Terbaru adalah semasa aku pulang dari pejabat petang semalam. Kejadian berlaku di Lebuhraya ELITE arah selatan, betul-betul selepas susur keluar Saujana Putra. Sebuah kereta Perodua Viva tengah marak dijilat api, di tepi bahu jalan. Aku waktu itu bermotosikal, walaupun berada pada lane paling kanan cukup terasa bahang. Traffik jam sebelum sampai ke tempat kejadian pon sesak.
Sebelum2 ini pun, pernah aku saksikan lagi 2 kali kenderaan terbakar di Lebuhraya ELITE ini, tapi arah utara. Pernah juga menyaksikan kenderaan yang dah rentung, sebuah Perodua Kenari di jalan Kinrara menuju ke Bukit Jalil kira-kira setahun yang lepas.
Apakah faktor sebenarnya di sebalik kemalangan2 sebegini? Faktor minyak kah? Faktor kecuaian pengguna kah? Atau kenderaan di Malaysia semakin tidak selamat kah?
I'm no expert in this, and cuak bila memikirkan benda2 terbakar sebegini. Apekah ianya suratan atau kebetulan bila aku melihat perkara sebegini hanya daripada tahun 2009 onwards?
Asyik-asyik video Hitler marah je ...
Wednesday, December 14, 2011
| 11:00 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Bored. http://youtu.be/t7PmzdINGZk
Berita tipu: darah HIV dalam minuman Coke, Pepsi dan sebagainya
Monday, December 5, 2011
| 10:30 AM |Posted by Ramzul Ramli |
INI SMS TIPU! Even kat India pon guna ayat sama (the english version), beza part ntv7 tuh je. HIV tidak boleh spread via food.
Sumber: http://www.cdc.gov/hiv/resources/qa/transmission.htm
Question: Has HIV been transmitted from body fluids placed in restaurant food? No incident of food being contaminated with HIV-infected blood or semen has been reported to CDC. Furthermore, CDC has received no reports of HIV infection resulting from eating food, including condiments.
Answer: HIV does not live long outside the body. Even if small amounts of HIV-infected blood or semen was consumed, exposure to the air, heat from cooking, and stomach acid would destroy the virus. Therefore, there is no risk of contracting HIV from eating food.
Moral: Udah-udah la tu duk forward berita tak pasti... boleh terbabit sebar fitnah ni!
Astro's RM 1 juta Money Drop
| 8:45 AM |
Posted by Ramzul Ramli |
Nama betul Saloma: boleh ade yang teka "Salma binti Hayek"?
Tasik kat Perak: Tasik "Titiwangsa" kat Perak ke?
p/s: Kita yang duk tengok kat umah dengan peserta-peserta yang dekat stage for sure ada beza, nervous dia maybe tahap GABAN!
Faktor Ikan Aye (Tongkol)?
Thursday, November 17, 2011
| 3:31 PM |Posted by Ramzul Ramli |
Utusan Malaysia: Terengganu kekal pencapaian terbaik UPSR kali ke-11
Ikan Aya, ikan Tongkol, "Tuna" dalam bahasa Inggeris adalah salah satu sumber utama makanan bagi penduduk Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya negeri Terengganu. Biasa aku jumpa 2 jenis, Ikan Aya Kurik (nama saintifik: "Euthynnus affinis") dan Ikan Aya Hitam (nama saintifik: "Thunnus Tonggol"). Ikang ini sememangnya kaya dengan Omega 3 untuk perkembangan otak.
Maybe this is one of the reason for Terengganuans mengekalkan pencapaian mereka? ;D
Sabri Dave: "My favourite with nasi dagang...yeah!!" <- aku pong same boh!!
Stesen minyak Petronas & parking
Tuesday, November 8, 2011
| 11:00 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Mesti ada sebab diorang buat camni. Apekah disebabkan hal keselamatan? Honestly, aku memang don't get the idea of this. Tambah lagi kat tempat yang sempit, then pelanggan mula double park sebab takde space untuk park kereta diorang.
Any idea why?
Salahkah guna lampu kecemasan ketika memandu?
| 8:30 AM |
Posted by Ramzul Ramli |
Aku cuba jugak untuk cari law/panduan dari website JPJ, MIROS pasal penggunaan lampu kecemasan ni ketika memandu, tapi tak jumpa. Maybe ini bukan satu kesalahan kat Malaysia? Ntah.
Boleh baca lebih lanjut perihal lampu kecemasan di Wikipedia.
Bahasa Teranung: Kata-kata penguat
Thursday, November 3, 2011
| 9:00 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Dalam dialet Terengganu, terdapat banyak sangat kata penguat. Mengikut web Tutor ni, kata penguat bertugas untuk menguatkan kata adjektif. Berikut adalah contoh-contoh yang selalu digunapakai orang Teranung kite:
Sangat busuk = busuk kohongContoh ayat; "Berat nanang mu ni, guane berok busuk kohong hanyar nih! Dok reti flush ke guane?"
Sangat hitam = hitang bletung / legang
Kuning menyilaukan = kuning ssio
Sangat besar = besor bedo'oh
Masam mencuka = masang cattung
Sangat masin = masing rebbing
Amat berat = berat nanang (kadang-kadang ada guna "berat pe bedil", depends atas ayat)
Musim hujan dah bermula ...
Wednesday, November 2, 2011
| 8:30 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Kalau dulu-dulu, waktu camni (mulai Oktober) musim hujan monsun bermula di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Tapi tahun-tahun kebelakangan ni, Pantai Barat pon dah turut serta mengalami musim hujan. Boleh kata, hampir setiap petang hujan turun dengan lebatnya.
Orang duk umah: "Wah best kalu bleh makang kepok time hujang2 nim.. tapi hujan lebat, nok tubek guane gi kedai? Kerete takdok"
Orang berkereta: "Aduh..jam pulak hujan ni. Kalau dapat lepak umah time jam ni kan beh"
Orang bermotorsikal: "Aduh...sejuk dowh. Kan beh kalau bawak kereta hari hujan ni"
Orang berpayung: "Kan best kalau naik motor time hujan ni, cepat sikit sampai. Xde lah kena simbah ngan air jalan sangat!"
Ilusi optik je
Friday, October 21, 2011
| 11:05 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Before, diorang pon ade buat yang jesus tu jugak.
P/S: No offense intended. Cuma untuk pembelajaran.
Talian Kecemasan 112
| 9:00 AM |
Posted by Ramzul Ramli |
Ada sorang brader tu cuba bagitahu lokasi kejadian kepada operator, smp henset bertukar tangan hampir 3 orang, operator tuh masih kabur dengan penjelasan mengenai tempat kejadian. Bagitahu negeri Selangor, lebuhraya Elite, exit R&R USJ arah selatan, yang ade Caltex & Mofaz Go-kart, pon dia blur. Dekat setengah jam saja untuk proses bagitau tempat!
Tahun 2007, aku pernah juga dial 112 dalam pukul 3 pagi waktu aku kuar nak gi bersahur, setelah nampak ada sorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan di tepi kenderaan beliau berdekatan dengan bangunan CGC di Kelana Jaya. Operator itu insist untuk aku bagi alamat penuh tempat itu. "Kak! Saya tak pernah hantar surat kat situ. Masakan saya tahu alamat penuhnya!". Time tu aku dah bagi tahu, negeri Selangor, Kelana Jaya, bangunan CGC sebelah Kelana Business Centre, nama Jalan SS 7/2 yang aku refer pada Garmin. Aku cakap aku siap leh bagi coordinate, tapi dia takmau. Last-last2 hampir 30 minit untuk proses bagitahu tempat lokasi, the call has been forwarded to Balai Polis Kelana Jaya. Baru la setel.
Yang aku perasan, dalam GIRN (Government Integrated Radio Network) project ade mapping & GIS stuffs sbb kawan-kawan aku dulu yang duk buat benda alah tuh. Talian kecemasan 112 ni tak termasuk dalam tu ke? Atau kalau susah-susah sangat, mintak je ngan boss kau bagi komputer dan internet, dan ko locate the place guna Google Maps. Abih cite... kan most of nowadays phone comes with GPS
4 tahun later now, the same kind of thing juga... taiklembu
Harga makanan yang ridikiles!
Tuesday, October 11, 2011
| 8:30 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Macam masakan di atas, aku panggil ia as Bawang Kunyit Goreng Sotong (instead of Sotong Goreng Kunyit) sebabnya, bawang je yang berlebih dari sotong. Sotong cuma ada 5 ketul kecil-kecil sahaja. Dan lepas tuh harga nya adalah RM5.50! (restoran biasa je ni kat area umah aku) Sangat ridikiles dan rip-off - hajat mereka nak pergi Haji balik hari kot.
Selalu tengok harga barang asas makanan seperti gula, beras naik harga. Tengok gula dah la, harga naik 20sen untuk sekilo, tapi satu gelas air pon boleh nak naik 10 hingga 20 sen jugak. Apa kau letak dalam air aku SATU KILO gula kah? Taik lembu jantan! Memang betul2 taik lembu jantan.
Sometimes, aku rasa macam nak boikot je kedai2 makan ni, tapi tuh lah ... peniaganya kaum Melayu kita jugak. Alahai ...
Salah faham tentang istilah adik-beradik kandung & tiri
Monday, October 10, 2011
| 8:30 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Aku selalu dengar orang Melayu Islam kita salah guna istilah bab ni. Selalu aku dengar, orang gunakan "tiri" untuk adik-beradik yang sama mak tapi berlainan bapa, tapi "kandung" untuk sama ayah berlainan mak. Salah tu...
Jom subscribe Youtube Channel Arfa & Amna
Mak sama + ayah sama = adik-beradik kandung
Mak sama + ayah lain = adik-beradik kandung
Mak lain + ayah lain = adik-beradik tiri
Kat website Islamgrid.gov.my pon ada ramai orang yang menghantar soalan, yang keliru dengan istilah "tiri" ini. Contohnya, ini dan ini.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan "tiri" membawa maksud bukan anak (bapa, ibu dsb) sendiri: anak ~ anak kpd suami atau isteri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu (bukan darah daging sendiri); bapa ~ suami ibu yg bukan bapa sendiri; ibu ~ isteri bapa yg bukan ibu sendiri.
Salah faham tentang ini boleh effect dari segi hak harta pusaka, batas pergaulan, aurat, batal air wudhu', dan sebagainya. Nak senang paham, selagi adik-beradik tu ada kaitan darah melalui mak/ayah kandung, maka mereka adalah adik-beradik kandung. Klip video di bawah adalah penerangan Ustaz Azhar Idrus tentang perihal ini.
ATM, kenapa perlu tekan lebih?
Friday, October 7, 2011
| 10:10 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Sekali je aku pernah jumpa ATM yang tak mintak untuk key in sen, ATM Bank Al-Rajhi.
Kata lah, untuk tekan lagi 2x digit sifar tu, ambil masa satu (1) saat. Kalau kat depan kita ada 100 orang, kan dah rugi masa 100 saat...
HAHA
Bila kita ...
Thursday, October 6, 2011
| 9:00 PM |Posted by Ramzul Ramli |
Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.
Pemandu pemalas
| 12:45 PM |
Posted by Ramzul Ramli |
Disebabkan diorang-diorang ni macam dah terbiasa buat macam ni, sampaikan kekadang ada traffik yang datang dari arah bertentangan (garisan biru) terpaksa mengelak dari mereka-mereka manusia pemalas tu. Kadang-kadang diorang ni tanpa berhenti tengok keadaan terus menonong masuk roundabout ke arah kanan terus. Lantak pegi lah ngan orang lain. Aku sorang aje lah yang nak cepat!
Tunggu lah, nanti tergolek kena kat anak mereka sendiri baru padan ngan muka. Stop la jadi pemalas.
p/s: Ni belum cerita pasal pemalas nak park kereta betul2. Haish ...
Pemandu bangang
| 8:30 AM |
Posted by Ramzul Ramli |
Ko tuh, dari jalan sub masuk ke jalan utama... Agak-agak la. Tengok traffik belah kanan tu camne. Ade motor ke, kereta ke. Engkau main masuk terus nak duk lane tengah. Takut sangat ngan hantu bonceng kat lorong kiri tuh! Sampai aku pulak yang kena slow down bagi jalan kat kau. Kau ingat ko sape?
Baru takat bawak kereta besar sket dah perangai macam ....
P/S: Lainlah kalau aku dah bawak motor besar macam Mat Khir, Ajiz, Mapen, Zul Puyuh atau Ladun ke, memang aku stay speeding top speed kat lane paling kanan le. HAHA
View Larger Map
Hantu Bonceng kat lorong paling kiri?
Wednesday, September 21, 2011
| 9:00 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Biasa kan, kat area Lembah Klang ni highway ada tiga lorong - paling kiri, tengah dan paling kanan. Tapi selalu aku perhati, masing-masing taknak drive pon kat lane paling kiri tu walaupon lane tu kosong (lainlah kalau time traffic jam, sampai lane emergency pon dia bantai).
Mungkin masing-masing duk ingat lane tu hanyalah untuk kenderaan-kenderaan berat dan motosikal sahaja. Well, salah tu! Kalau ko slow, gunakan la kat lane paling kiri tuh. Takkan tak perasan bila tengok cermin banyak kereta kat belakang dan kereta belah kiri lagi laju pada kau. Ko bukannya pon tengah drive kat America - time slow kena stay lane paling kanan!
Dengan memandu perlahan sambil berada di lorong tengah atau paling kanan, mereka² ni memaksa driver-driver lain untuk memotong sebelah kiri. Bahaya la woi! Sedar la sikit. Kau bukan nya tengah bawak Bugatti Veyron atau Koenigsegg Agera R sampai kau nak kena stay lane laju dan tanak dah tukar lane kepada lane lebih kiri. Polis patut saman aje orang bawak slow lane tengah dan paling kanan ni. Menyusahkan orang lain dan antara punca penyebab kepada traffic jam dan seterusnya meningkatkan subsidi petrol kerana pembaziran disebabkan traffic jam dan seterusnya akan melumpuhkan ekonomi negara! Boleh stress woooo! Bak kate Kok kat blog dia.