image : http://auto.701panduan.com
Atau dengan nama lain-lainnya; hazard lights, double signal, etc, selalu disalahgunakan ketika memandu kenderaan. Biasanya, bile hujan lebat gile mula lah ada segelintir yang pasang lampu kecemasan ni. Sepatutnya, lampu ni digunakan bila dalam keadaan kenderaan itu berhenti di tepian, contoh berhenti kerana kenderaan rosak atau kenderaan berat dalam kelajuan amat perlahan ketika mendaki curam. Bila dah drive dengan lampu kecemasan ni, timbul lah kekeliruan bila mereka-mereka ni nak tukar lane atau nak masuk simpang, tambah2 lagi waktu hujan. Cukup la dengan pasang lampu ketika hujan, insyaAllah pengguna-pengguna jalan raya yang lain dapat melihat anda!
image: http://4g92.blogspot.com
Cuba bayangkan kereta kat depan korang tengah pasang lampu kecemasan time drive, kita kat belakang ni punya la berpinar gile mata dibuatnya. Sakit mata! Cukup lah aku dah nampak tail light ko yang kaler merah tu, dah cukup membantu untuk menampakkan kenderaan kau, even waktu hujan.Aku cuba jugak untuk cari law/panduan dari website JPJ, MIROS pasal penggunaan lampu kecemasan ni ketika memandu, tapi tak jumpa. Maybe ini bukan satu kesalahan kat Malaysia? Ntah.
Boleh baca lebih lanjut perihal lampu kecemasan di Wikipedia.