Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Arfa's future crib - Pengeluaran KWSP untuk beli rumah

Friday, June 21, 2013

| |
|

Salam.

Okay...sambungan entry beli rumah ni. Lepas dah dapat salinan SNP daripada peguam developer dan offer letter daripada bank, dah bolehla proceed untuk pengeluaran KWSP.

1. Amaun pengeluaran - Maklumat daripada website KWSP, amaun pengeluaran adalah perbezaan di antara harga rumah yang nak dibeli dengan jumlah pinjaman daripada bank dan tambahan lagi 10% daripada harga rumah atau semua Akaun 2 (Mana yang lebih rendah). Biasanya bank memang akan bagi pinjam 90% je daripada harga rumah, so lagi 10% untuk downpayment tuh pakai duit akaun 2 ni la. then boleh kuarkan lagi extra 10%. Pendek citer, boleh keluarkan 20% daripada harga rumah atau semua akaun 2, yang mana lebih rendah. Suami dan isteri tau. dua2 boleh keluarkan amaun macam tu. Kes kami, dua2 kuarkan semua akaun 2. Abeh akaun 2 kwsp suami isteri demi rumah.  (T-T)

2. Dokumen pengeluaran - Yang ni pon boleh cek dekat website KWSP, tapi secara ringkas dokumen yang diperlukan adalah Borang KWSP 9C (AHL), Sales and Purchase (SNP) agreement dan offer letter loan daripada bank aje. Macam aku sediakan salinan ic, buku bank tu, pegawai KWSP tak ambil pon. Dokumen SNP dengan offer letter bank tu kene fotostat each muka surat ye. ko bagi je kedai buatkan. hihi

3. Cara keluar - ape susah, bawak dokumen berkenaan, pegi la KWSP berdekatan. hihi...aku pergi yang Shah Alam punya dekat Seksyen 11. Ambil nombor giliran, tunggu. Kejap je dah setel. Diorang bukak tau waktu lunch and setiap sabtu minggu pertama dan ketiga sampai tengah hari je.

4. Tempoh masa duit masuk - KWSP ni memang efisyen la i tell u...hihi..Macam aku pegi buat pengeluaran sama2 dengan hubby aku pada 5 Mac 2013, Selasa. Then tiga hari kemudian, 8 Mac 2013, Jumaat dah dapat duit. Tapi duit aku je yang dapat. tu pon dah malam la. sempat lagi aku cek memalam. hihi...laki aku punyer masuk lambat sikit, 12 Mac 2013, Selasa depannya...kira seminggu la. So proses dia depends la kan cepat or tak. tapi still laju la. Thank you KWSP!

Okay...setel proses dapatkan KWSP. Macam aku citer dalam entry lepas, aku guna credit card untuk bayar sebahagian downpayment (dalam RM 9k) kan. Aku swipe pada 2 Februari 2013, then dapat KWSP on 5 Mac 2013 laju2 la bayar credit card tu. haha...so takde interest langsung la kat situ. lega tau! Pastu bolehla potong dua credit card tu ye. objektif dah pon tercapai kan. hihi..tapi aku sambung guna lagi..:p

Then untuk downpayment selebihnya kami setelkan bayar developer pada 14 Mac 2013. Even duit tuh bole bawak dalam cash, kami buat bank draft la untuk bagi dekat developer. bank draft ni boleh request je dari bank di mana duit berada ye. Alhamdulillah. :)

 Progress rumah mase awal2 beli.
Progress adalah laju...kejap jer dah cam gini. (cepat kot siap eh?)

Nanti sambung lagi proses MOT lak. :)