Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Arfa's future crib - from booking to sign SNP

Thursday, June 20, 2013

| |
|

Salam.

Okay..nak sambung pasal kisah rumah. Lepas dah terjumpa rumah yang menawan hati kami, maka kami pon mengambil langkah2 yang perlu untuk merealisasikan impian. hehe..Aku akan cite kronologi dari booking sampai start bayar first installment. Tapi slow2 la eh. Mudah-mudahan boleh jadi rujukan yang bermanfaat untuk sape2 yang nak beli rumah. :)

1. Booking (9 Januari 2013) - untuk booking ni biasanya developer mintak bayar certain amount, then kene cari pembiaya iaitu loan daripada bank dalam masa 14 hari. kalo cancel dalam masa 14 hari tu, dapat la balik duit booking tu. kalo selepas, mungkin burn. bergantung pada developer. Dalam kes aku, duit booking adalah RM 1k.

2. Cari Loan - Macam yang aku dah cite dalam entry lepas, aku dah rujuk Bank Islam (BI) kan, pastu pegawai BI cakap boleh lepas loan dengan harga rumah dan gaji kami. Aku rujuk before booking, then lepas booking, aku terus apply loan daripada BI. Malangnya, loan tak approve. Nasib baik la developer ade bagi beberapa bank yang memang diorang suggest untuk apply loan. So aku try la Bank Muamalat (BM). Apply loan BM pada 16 Januari 2013. Nasib baik la pegawai sana okay dan percepatkan proses sume. So, 2,3 hari lepas tu dah dapat loan approve. Alhamdulillah. Tips yang aku boleh bagi masa cari loan ni adalah better tanye developer, bank mana diorang prefer, sebab diorang memang dah ada list dan kuota untuk bank2 ni.

3. Sign Loan Offer Letter (24 Januari 2013) - Kami jumpa pegawai BM untuk sign setuju terima loan dekat kedai makan je, masa cuti Maulidur rasul pulak tu. flexible kan diorang. Time ni kene isi borang untuk insurans dan wasiat sekali. Semua ni dah dipakejkan sekali dalam loan BM tu. So takde nak kene bayar apa2.

3. Buka akaun Muamalat (25 Januari 2013) - okay yang ni depends dekat bank mane bagi loan la kan. dalam kes kitorang BM mintak buka akaun bank diorang dengan at least duit RM 500. Ni antara syarat dalam offer letter. Duit tu pulak akan di hold untuk beberapa lama. tak pasti berapa lama sebab masih hold sampai harini.

4. Sign Sales and Purchase agreement (2 Februari 2013) - Lepas bank dah approve loan, developer akan set time untuk sign SNP. Sesi ni akan dibuat di hadapan peguam pihak developer. Dokumen ni kene sign dalam 4 copy tau. bertabahlah. hihi... Untuk SNP ni, ade legal fees, tapi untuk kes kitorang legal fees tu free. Cuma ade bayaran skit je iaitu RM 720 (kami bayar cash untuk ini). Alhamdulillah, kalo tak legal fees tu beribu gak rasanye.

5. 10% from total downpayment (2 Februari 2013) - Then waktu tu jugak developer mintak bayar downpayment skit lagi. At least dalam RM 10k. waktu ni KWSP belom dikeluarkan sebab nak kuarkan KWSP kene ade letter offer dari bank dan SNP. huhu...ape kami buat masa ni (sebab takde cash) kami swipe credit card which aku apply new credit card just untuk tujuan ini. dengan harapan dapat keluarkan KWSP before kena interest.

So, setel la sampai sign SNP. Mase kitorang sign ni kebetulan pulak nak dekat raya cina. so ade la slow skit process here and there untuk dapatkan salinan SNP ini. Agak2 kene interest tak credit card aku? hihi...teruskan bace next entry ye. Sebab panjang sangat pulak dah..hihi..;p

Muka tak semenggah Arfa waktu sign Offer letter bank. hihi