Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


ez Sh@re: Wireless SDHC memory card untuk digital camera

Wednesday, June 5, 2013

| |
|

Bawak kamera pergi bercuti, tapi nak harvest gambar dari digital camera tak bawak laptop pulak? Atau pun nak beli camera yang ada wireless capability, maybe mahal sangat. Kamera dah ada, takkan nak beli kamera baru lak kan? Nak shoot guna camera phone maybe gambar tak cantik sangat. So solution for this, tukar memory card anda kepada wireless memory card.

Setahu aku, dalam market so far ada 6 brand. Eye-Fi, Toshiba FlashAir, Transcend, pqi Air Card dan ez Share. Eye-Fi consume more bateri kamera sebab tak boleh nak off dia punya wireless capability. FYI, memory card ini menggunakan bateri kamera untuk beroperasi. FlashAir and ez Share ada switch untuk on/off wireless capability, but ez Share ni lagi murah harganya. Maybe sebab China brand. Bought it for USD49.95 dekat eBay.
So untuk access the content from the memory card, mula-mula switch on wireless dekat memory card ezShare ni and then baru power on your camera. Connect your smartphone/tablet/iPad/iPhone to the memory card's WiFi network. Macam dalam case aku ni, aku bagi SSID untuk WiFi network memory card aku ni 'ramzulv1'.
Once connected, bukak internet browser dan type in 'ez' dalam address.
So now dah boleh tengok content dalam memory card. Nak tengok picture boleh, video boleh. Kemudian download photo/video yang dikehendaki kepada device anda.
Kalau tak nak guna internet browser, ada apps yang boleh digunakan. Boleh dapatkan apps 'ez Share' ni kat Play Store atau App Store.
P/S: memory card ni bukan sahaja boleh digunakan dekat digital camera, bahkan boleh digunakan dekat any device yang support SDHC memory card, sebagai contoh musical keyboard. Imagine ko shoot photo event then your customer nak video slide ready tak lama lepas tu. So sorang shoot photo, sorang lagi harvest gambar terus while ko shooting dan do the editing. Super Nice!

Cuti-cuti Utara

Tuesday, June 4, 2013

| |
|

Kebetulan sempena Arfa menjangkau usia 1 tahun, kami pergi bersiar-siar ke arah utara bermula dari 24 Mei hingga 2 Jun 2013. Kebetulannya kami nak pergi dua wedding yang berasingan, satu pada weekend cuti Wesak kat Kuala Kangsar dan satu lagi kenduri kahwin makcik wife aku pada weekend yang seterusnya kat kampung di Selama, Perak. Alang-alang dah pergi arah utara, cam malas pulak ulang alik kan. So, what we did, spent 1 hari di Kuala Kangsar, 2 hari di Cameron Highland, 3 hari di Penang dan 3 hari di Selama. Ikutkan kiraan kat Google Maps ni, total distance was 1182 km, belum include jalan-jalan di kawasan-kawasan itu ;D


Arfa Tasnim is 1 year old

Thursday, May 23, 2013

| |
|

How time flew so fast ... Rasa macam baru je tapi dah lebih kurang 1 tahun 4 jam Daddy azankan Arfa Tasnim buat pertama kalinya. Arfa dah upgradekan pangkat mama and daddy menjadi parents. We love you so much.

1 year of Arfa Tasnim

Monday, May 20, 2013

| |
|

In 3 days time, Arfa is going to be 1. Let's recap 1 year of video compilations in a fast paced music video. Arfa, you shine our way.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 3 buat Suami saya :D

Friday, May 3, 2013

| |
|

Salam.

Menulis untuk suami. :)

Masa untuk menulis sangat limited. kene curi mase diri sendiri untuk menulis. lagi nak menulis tentang suami, kene sorok2..hihi
Harini dah 3 Mei 2013 (Anniversary 30 April tau!), tapi hope masih tak terlewat untuk ucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ketiga buat suami terhebat, Ramzul Mazwan bin Ramli.
Terima kasih sayang sebab temankan i selama tiga tahun perkahwinan ni. Love you so much!!!

Flashback tahun 2009. mase tu cite kahwin dah tak masuk dalam diari hidup aku. kerana kesibukan kerja yang best time tuh kat sapura, takde pon pikir nak kawen. heh.
Time tuh kira solo la kan... Cane bole terbukak hati nak kawen? kuasa tuhan la kan...dah ditetapkan jodoh untuk kami. hihi
Hanya bila suamiku ni ajak kawen, baru aku pon terbukak hati nak kawen. Mak aku pon ingat aku tanak kawen dah. haha

30 April 2010 kita diijabkabulkan...:D

Alhamdulillah, tiga tahun yang penuh suka dua. ade susah, ade senang. dah nama pon kawen kan? takkan nak hepi je..
Kalo nak ucapkan terima kasih, terlalu banyak kot...so sayang, u know i always thankful for having loving husband like you.
Pendengar kisah lara di kala isteri berduka (pasal kerja..heh)..even kekadang tanak la u dengar je...bagi la cadangan penyelesaian..haha
Peneman di kala isteri ajak pegi memane, always ready! takde bantahan. :p
Always sediakan tangan dan bahu sebagai bantal buat isteri...
Setia mendengar bebelan isteri tak puas hati on anything...i jarang bebel kan? bebel bende perlu je kan? :)
dan banyak lagilah!!

Indahnya lagi perkahwinan dengan kehadiran Arfa Tasnim. Penghibur mama and daddy.
Thanks jugak sebab same2 susah senang besarkan Arfa yang ligat nih...
Always tolong setelkan keje rumah..tak penah bising kalo tak sempat nak masak...
Same2 sengkang mata jaga Arfa...Terima kasih sangat2 sayang!

Banyak dah matlamat yang kita capai (kawin pon ade matlamat tau! haha)...
Nak ade anak, dah dapat!
Nak keje dekat2, dah dapat!
Nak beli rumah, dah beli!
Nak setel hutang, on the way..
Alhamdulillah...
Tapi banyak lagi matlamat yang kita nak capai..

So sayang, pegang tangan i and arfa...jom kita teruskan perjalanan cinta kita ni. 
Moga sampai ke jannah kita bersama. Sama-sama kita perbaiki diri ke jalan Allah okay!

Lastly,

Thanks sayang for giving me opportunity to be Mrs. Ramzul. I'm honoured!

Selamat Ulangtahun yang ke 3, ber-3 di tahun 2013

From us:






Happy 3rd anniversary!

Tuesday, April 30, 2013

| |
|

It is our 3rd anniversary. Arfa is going 1 soon!

kame hame ha...

Tuesday, April 23, 2013

| |
|

Trend remaja Jepun sekarang ni duk buat Kamehameha style photography. Aku pon remaja ke? HAHAHA. Kalau boleh shoot hikmat api syurga meragut lalang sure best nih!!!





Mari menembak kilat

Thursday, April 11, 2013

| |
|

Antara subjects yang aku minat nak shoot selama ni, adalah kilat atau lightning. Memang susah nak shoot dan perlu kesabaran sebab kita tak tahu bila dan kat mana kilat nak muncul. Boleh la bajet-bajet kalau kilat keluar kerap. So kena tau angle mana yang bagi higher chances untuk shoot kilat ni.

Set camera in Manual mode. Low ISO, 100 - 200. Long shutter speed. Aku duk pakai 1.3" - 2". Manual focus. Focus to infinity. f/11. White balance aku set florescent. Active D-lighting aku OFF - yang ni aku tak sure ade effect ke tak untuk lightning photography ni, belom test dengan ON setting. And off course mesti guna tripod. Kalau ada remote, lagi bagus, boleh kurangkan possibility camera shake time tekan shutter.

Ni hasil shooting buat kali kedua. Kali pertama, kelmarin. Shoot depan rumah aku. Hasilnya boleh la. Tapi lampu jalan dua batang depan rumah agak ganggu pencahayaan. Malam tadi, kebetulan kilat lagi, aku tukar port pergi belakang rumah. Xde lampu jalan.

Tengah2 aku setup tripod dan kamera, kilat cantek kembang semangkuk appear. Aduh.. miss tak sempat la nak snap. Takpe. Sabar. Tunggu lagi patiently, dapat la satu shot kat atas tu. Tunggu lama lagi, dah takde kilat. Ok lah. That's it. Maybe better rezeki next time kot. Time aku nak angkut camera masuk dalam, PRANGGG. Kilat kembang semangkuk appear depan angle setting camera aku tadi. Aduuuuuhhhh. Melepas lagi. Belom ade rezeki untuk dapat shoot kilat kembang semangkuk.

Harap-harap soon dapat snap kecantikan ciptaan Ilahi ini. Subhanallah.

5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013

Saturday, March 30, 2013

| |
|

So Jumaat semalam, kitorang ambik cuti untuk pergi tengok ni, 5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013 kat Putrajaya. Bajet kalau pergi weekend, sure cramp ramai gila dengan orang. Tapi kan sekarang ni musim cuti sekolah. Silap ari bulan ramai jugak time weekdays ni... Kami sampai kat area Monumen Alaf Baru, Precinct 2, Putrajaya ni around 7am lebih. Crowd dah mula meramai tapi parking area masih lagi aman damai. Hot air balloon dah ade banyak yang take off. Masih ade lagi yang tengah prepare duk nak naik jugak. Macam-macam design balloon ni. Smurf pon ada. Sim card Tune Talk pon ada! Pada aku, balloon ni lah yang paling kelakar. Ada kaki, ada tangan. Haha.
For more photo, visit my facebook album. By the way, this show bermula dari 28hb hingga 31hb esok. Pergi la seawal 7 pagi untuk tengok balloon take off. Malam ni dan esok ada fireworks. Harap dapat gi nak capture fireworks pulak ;D

time lapse with Nikon 1 V1

Sunday, March 24, 2013

| |
|

Bila dah beli, baru perasan yang V1 ni ada builtin intervalometer. Kalau takde, untuk shoot images for time lapse video kenalah beli external intervalometer. Dalam V1 ni, menu Internal timer shooting hanya active bila dalam Exposure Mode P, S , A atau M sahaja. Deavtivated dalam auto exposure mode.


new blog: AnokWanok

Tuesday, March 19, 2013

| |
|

Aku dan sepupu sepapat aku are starting this new blog, sharing our kononnya creative works in photography. AnokWanok is a slang/dialect loghat Terengganu yang bermaksud anak-beranak. So far aku dan 2 orang sepupu tengah menjayakan blog ni. More to come ...

i am nikon: Nikon 1 V1

Monday, March 18, 2013

| |
|

Okay, walaupun voting period belom habis, tapi aku dah decided untuk beli a REAL camera. Lagi pon masalah kat handphone HTC Desire aku, dah settle. Lepas beberapa hari survey harga camera serata tempat seperti kat Alam Sentral Shah Alam, IOI Mall Puchong, so last weekend kitorang pusing Plaza Lowyat pulak. Saje tanak ushar kat Pertama Complex, maybe harga lagi murah kot? Ntah. Tak biasa pergi sana. Time Square pon ada pergi recce tapi harga cam harr je. Kat Lowyat pon ada tempat yang harga cam harr, ada harga cam okay tapi satu tempat ni, DSLR World located on the Upper Ground floor, salesman dia Desmond bagi aku the best deal. RM1750 dapat Nikon 1 V1 with 1 NIKKOR 10mm f/2.8 prime lens dan 1 NIKKOR VR 30-110mm f/3.8-5.6 zoom lens. Dapat free gift camera bag, 8GB SDHC memory card, tripod dan cleaning kit. Tambah lagi RM150 untuk 2 lens filters.

Kenapa aku tak angkat DSLR je? Well, aku duk baca-baca reviews, Mirrorless Camera ni pon dapat hasilkan quality pictures and videos ke arah DSLR dah. It is lightweight and compact. Fun untuk dibawa. Senang la wife aku pon nak guna. And then boleh tukar-tukar lens. Kalau ada rezeki, kasi angkat itu FT1 mount adapter boleh masuk almost any lens in the market. So far aku masih tengah duk godek-godek, cari setting bagai. Dah lama berhasrat untuk menjadi DSLR fag, so for now jadi MILC fag aje lah. hahaha ...






Phone or Camera?

Tuesday, March 12, 2013

| |
|


Aku tengah duk recce untuk beli my very first real camera. Aku tak pernah seumur hidup BELI camera ok. Semuanya yang sebelum ni aku duk guna adelah webcams, camera dekat phones, pinjam kamera adik/kawan/sedara/adik ipar. So aku google around, walking around, bla bla then last weekend, nampak on sale dekat Harvey Norman, camera Sony Alpha Nex-5N. Yeah model ni baru discontinued last January, tapi Sony said diorang still produce spare parts for it until 5-6 years to come. So no problem on that. Tapi, masalah lain lak timbul. My phone HTC Desire dah start buat perangai lepas 2 tahun pakai. Duk bengong automatic randomly keluar Car Mode every some other times nak guna then dia pi reset screen abih semua keluar bagai gila pui. Ditambah lagi dengan ongoing 'Low on space. Phone storage space is getting low" issue. Senang cerita, need replacement. But at the same time, aku crave for a real camera.

Dem.

[5:08pm] update - phone auto Car Mode problem looks like has been solved ;D thanks to this forum post. Tapi low phone storage issue masih still going on walaupon dah guna custom rom with A2SD+ support.

So perlu ke vote? haha 

Time-lapse video: Arfa's playground

Friday, March 8, 2013

| |
|

Selamat hari Sumaat. 400 shots. 5 seconds interval. Editing on Pinnacle Studio HD 14

Time-lapse video: Awan shots

Thursday, March 7, 2013

| |
|

Lama dah tak buat such video. Set camera on static, then set auto shoot at any interval of time. Macam ni, aku hook up webcam letak depan rumah, set software camera (ni aku guna AvaCam) untuk auto shoot photo every 60 seconds. Dan hasilnya, tadaaa! Ni pon dah guna 711 keping gambar. Susun image sequence dalam Pinnacle Studio HD 14. Each gambar run dalam 0.01 saat. Dulu-dulu time bujang aku pernah buat dalam 3 kali kot. Amik gambar kucing dalam rumah. Amik gambar dari bilik apartment aku.  Haha...
P/S: Time lapse adalah gabungan susunan gambar-gambar yang diambil secara berulang dengan kadar ulangan masa tertentu. Sila baca wikipedia ini untuk maklumat lanjut.

Facebook: automatic couple profile?

Monday, March 4, 2013

| |
|

Hahaha.. aku baru perasan tentang bendalah ni. Maybe dah lama orang lain perasan cuma aku je yang baru tahu. Damn. Those yang tak tahu, go to your profile, click the relationship type on your Timeline or, type in the address

https://www.facebook.com/yourfbid?and=yourbinifbid

voila!

p/s: sila gantikan yourfbid dan yourbinifbid

MyDear Puchong warehouse sale

Sunday, March 3, 2013

| |
|


View Larger Map
Semalam kitorang pergi My Dear warehouse sale, bukak sampai 7 petang, until 10 March 2013. Rezeki Arfa dapat 4 benda baru. Boleh tahan murah banyak jugak. Macam pagar yang kitorang ushar last week kat Paradigm Mall harga RM170+. Kat sini dapat RM117. Lain lagi Arfa dapat basikal (RM 122.00), tilam (RM 45.00) dan pool (RM 86.00).

Antara hasil-hasil tangkapan:


Iklan tanpa izin

Thursday, February 28, 2013

| |
|

Salam,

Rasenye semua umat manusia dekat mukabumi ni punya hak dan privasi hidup. semua pon tak suka bila hak atau privasi kita diceroboh kan?
Aku tak suka membebel, tapi pagi ni rase nak bebel jugak kat sini. pagi2 dah ade yang spoil mood. macam mana orang yang tak berape nak rapat, pastu tak pernah tegur or tanya kabar boleh spoil mood aku?
Citernye kat facebook la...haih..kawan kat facebook ramai...ade je la yang satu dalam seribu tu buat hal kan..bukan semua of coz.
Aku nak tanya la kawan2 yang berbusiness online ni, berkesan sgt ke strategi pemasaran ko bila ko terpaksa tag or add org ke group sana sini? mentang aku penah tanye or beli sekali produk ko jual, terus ko tag aku manjang. hishhh..kalo produk best takpe la jugak. (masih bertoleransi dengan kawan2 rapat).
Paling2 tak boleh terima yang add ke online business group. ko nak iklan kat group tuh, ko kene add orang kan? pastu suke suki ko add kawan2 ko yang dekat facebook tu kan? aku betau awal2 ni, AKU LANGSUNG TAK BERMINAT NAK TENGOK group macam ni. ko buang masa aku bace notification and leave group. ko dah menyusahkan aku tau tak? larat ke ko nk mintak maaf kat semua orang yang tak redha ko add diorg sesuke hati? ko jawap! pastu ko tambah dosa aku lak ngutuk ko. adoyai...manusia...respect la hak orang lain. nak add, nak tag, sila mintak izin dulu!
Ni belum cite yang bagi sms dgn email pulak untuk iklan. balik2 aku dapat pinjaman peribadi punya iklan. sakit mata tengok email dgn sms tau! TAK MINAT!
Aku rase banyak lagi medium pengiklanan yang kite boleh guna. Medium yang halal. ko bayar untuk ko iklan. kan lebih berkat? banyak weh....kat blog2 bersepah boleh buat iklan. bayar je la sikit. nak meniaga kene la ade modal untuk iklan. tayah juta2 pon!
Yang mudah kalo ko nak iklan jugak2 kat facebook, ko up je la status. kat page or profile ko. up la sampai banjir timeline. takpe. at least aku bole set tanak tengok kalo aku tak minat. set SEKALI je. senang hati aku. boleh faham ke??
Aku ni memang jenis manusia suka mencari sendiri. TANPA DIPAKSA. kalo aku nak, aku cari. tayah ko paksa2 aku. lagi ko paksa lagi aku tanak ambik tahu. so iklan la dekat tempat yang kalo suke, orang tengok, kalo tanak tengok pon takpe.
Tu je la nak bebel. Ramai kot macam aku. tak suka orang add ke group sesuke hati. so sila ambik perhatian yang berkenaan.

p/s: orang2 macam ni pandai add kawan2 kat group, tapi heran bila tengok profile dekat facebook tuh macam hidup segan, mati tak mahu. pelik betoi!

Happy vaping!

Friday, February 22, 2013

| |
|

Alhamdulillah, hari ni adalah Jumaat ke-6 aku dah tidak hisap rokok. Sebelum ni, macam-macam kaedah cuba untuk quit smoking. Last kaedah before this adalah dengan Niquitin, tapi kurang berhasil. Thanks to e-rokok / e-cigarette / personal vaporizer / rokok elektronik. Many thanks ;D

Arfa goes swimming

Monday, February 18, 2013

| |
|

Salam...
Weekend lepas Arfa plan nak pergi swim. First time Arfa berendam dalam kolam masa kat Morib, naik pelampung yang cuma kaki je yang tkedek-kedek. So Daddy nak belikan Arfa pelampung baru.. biar satu badan leh tergedek-gedek. Tengahari Sabtu kitorang pegi IOI Mall untuk shopping pelampung dan swimming suit baru Arfa. Best la IOI Mall ni, pelampung and swimming suit yang dicari, ade! Pelampong kitorang beli ni namanya Neck-Ring. Supported utk baby 2 tahun dan ke bawah atau berat until 11kg. Pelampong ni boleh biasakan baby untuk terapung dalam air. Mudah mudahan slow slow dapat la Arfa belajar berenang.

Besoknye kami bertiga plus PakSu bangun awal2 untuk ke public pool kat Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya. Kompleks kolam renang ni punyalah banyak parking kat basement, tapi orang prefer parking dekat atas dan di tepi2 jalan. Tempat ni meriah sebab jadi port untuk orang buat outdoor event macam2. Time kitorang pergi ni ada event Remote Control kereta dan kapal terbang. So ramai la orang. Bayaran masuk ke kolam renang RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak2. Arfa free of charge je. Kitorang sampai ni pon lambat, kul 10 pagi. Sesi pagi ni mula dari pukul 9 pg sampai 11 pagi je. Tak ramai orang. Maybe masih cuti makan buah limau kot.

Arfa and tok wan nye mase dekat Morib. Pelampung ni kaki je masuk dalam air.
Arfa and daddy without pelampung.
Arfa dipasang pelampung. Dagu dia terlekat masa ni. haha
Ni nangis ke suke? Suke la mama!
Takut2 sikit.
berenang terbalik ok!
terkedek2 tangan and kaki arfa kayuh.


Tu je lah cite weekend lepas...Arfa macam selsema sikit. Baru berendam kejap je pon. Hope cepat baik. Next time kitorang nak try pegi Pusat Akuatik Shah Alam pulak.

[23/02/2013] Updated: Video Arfa berenang kat Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam.

Oh My Arfa

Thursday, February 14, 2013

| |
|

Salam. Teringin bebenor nak update blog. Tapi bizi dengan rumahtangga.
Last update oleh aku wish selamat hari raya syawal 1433.
Yang lain2 sume updated by hubby ku yang maintain je menulis.
Dia boleh je update blog bebile mase. Cane nak maintain camtu eh yang? U takde time mood kedaung ke?

Sebenarnya aku cuba cari mase untuk menulis sume yang terjadi before ni.
Tapi....bila ade masa, takde mood le pulak. Bila tengah bizi tuh, memacam topik aku nak tulih. Heh
Aku nak sesangat kasi tips psl breastfeeding, gadjet baby, makanan baby dan memacam lagi.
Tunggu eh....nanti ku tulis satu2...tips dari mama beranak arfa yang satu.

Ni nak citer gelagat arfa ku yang satu. Malam tadi dalam pukul 2 pagi, tiga2 kami dah lena.
Then aku terdengar bunyi, rupenye arfa terbangun. Biase nangis2 nak nenen je, ku bagi, diam la dia.
Ni dia siap manjat2 aku, buat muke comel. Geram! Tapi ngantuk.
Ku suro tido, tak mau pulak dia...hai la anak....nape pulak ni.
Bile rase pampers dia berat sangat dah...ok...kugagah bangun salin pampers arfa.
Time basuh baru ternampak ade seketoi taik...ngeh2...patot la anak buat muke comel.
Nak suro mama basuh berak rupenye...tak selesa arfa nak tido.

Dah setel basuh, aku pon tidokan la dia. Tapi, mata arfa dah cerah. Huwaaaa
 Dia start main2 pulak dah...takmo tido...aku melayan dia sampai nak dekat pukul 4 pagi.
Nak nangis hokey! Mama ngantuk ni arfa oi! Daddy nye lak take turn...tah pukul brape arfa terlena.
Mama tak tengok,jam dah. Ngantuk ler mama arini kat opis!

Gaya arfa tido lena

Muke tak senonoh. nak menguap ke ape tah.


Tip penjagaan bayi: Jika bayi tak dapat tidur pada waktu kebiasaan bayi tidur, sila periksa lampin bayi. Mungkin ketidakselesaan akibat lampin terlalu basah atau bayi berak! Hihi

E-Rokok / E-Cigarette / Vaporizer membahayakan kesihatan ....... kah?

Tuesday, January 29, 2013

| |
|

Lawak of the year. Rokok biasa, laaaaaaaaagi la bahaya! PUIIIII!