Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Samsung LCD TV rosak

Thursday, December 20, 2012

| |
|

Sian Arfa dah 2 minggu tengok TV rosak. Huhu ... Samsung LCD TV ni model LA32C400E4, 2 minggu lepas buat masalah. Kat screen keluar vertical lines yang halus2. Mula-mula sedikit, lama kelamaan jadi penuh satu screen. Memang annoying to watch! And the problem came hanya lagi 3 minggu sebelum warranty 2 tahun dia tamat. Nasib baik kami ada ambil extended warranty from SenHeng, 2 + 3 years. Bayar lebih sikit, tak apa...

Seminggu lebih yang lepas, technician Samsung datang ke rumah untuk buat checking, dan dia kata, panel rosak. Taktau ape penyebabnya panel ni boleh rosak. Nasib kut. Aku ingatkan setakat screen tu saje la.. rupanya, major part jugak lah benda yang ditukar tu. Kalau lah, bendaalah ni rosak just after warranty period dan kami tak ambil that extended warranty, cost for that repair would be almost 1K. Baik beli TV baru.


So, alhamdulillah. TV dah tak sakitkan mata. So Arfa leh tengok Adam & Hawa dengan tenang. Hahaha...

P/S: Kalau lah tak sabar semalam, sure dah angkat LED TV LG 42 inch yang berharga RM1799. hohoho

Astro Ceria: kesan alih bahasa

Monday, December 17, 2012

| |
|

Astro Ceria dan Nickelodeon antara channels yang terdapat kat service pay TV Astro yang menawarkan kartun dalam alih bahasa kepada bahasa Melayu. Aku suka tengok anime dalam bahasa asal Jepun dengan subtitle English. Dulu-dulu masa kecik, aku suka tengok kartun dalam English yang ada subtitle Melayu. Aku boleh belajar bahasa lain. Aku rasa sekarang, budak-budak hanya boleh belajar satu bahasa sahaja, Melayu.

Bukan nak agungkan bahasa lain, tapi ada kelebihannya untuk tahu berbahasa lain.

Dan pada aku, alih bahasa hanya akan menyekat perkembangan ini.

Subtitles rules!

Facebook: Your Timeline review for year 2012

Thursday, December 13, 2012

| |
|

Facebook have new thing for you, it is year 2012 review of your Timeline. 20 items from your popular post (or tagged or ghost tagged!), highlighted live events will be displayed there. If you got lots of ghost tags (read my previous entry) and that tagged post of you got lots of likes & comments, that will go up to that 20 items. So if you don't want them to be in the top 20 items selected, then hide that specific post from your Timeline.

So how to get this? Go to your profile, click the See Your 2012 Year in Review. Or you could type in the address box of your browser, https://www.facebook.com/yearinreview/your_userid. Replace the your_userid with your Facebook username. As for me it is ramzul, so the address would be https://www.facebook.com/yearinreview/ramzul.

Nostalgia: Bola Sepak Kertas

Wednesday, December 12, 2012

| |
|

Sape yang pernah main permainan ni masa kecik-kecik dulu? Tak silap aku, 2nd last time aku main ni pada tahun 1994 kut. Time tu aku ade buat dua team, Liverpool FC dan Blackburn Rovers. Siap coloring, some details, player names & numbers. Lawan dengan sepupu sepapat. Siap bergaduh pon ade kut? Haha. So semalam, cuti keputeraan Sultan Selangor, kitorang balik ke Kajang. Normally, aku akan layan Xbox games dengan adik ipar aku, Faris. Tapi disebabkan Xbox masuk bengkel dan dah bosan main dengan segala board games yang ada, last-last kitorang decide untuk main ni. Bola Sepak Kertas.

Aku create satu team, dia create satu team. Team aku, Arfa FC terdiri dari Reina, Hyppia, Agger, Gerrard, Messi & Suarez. Team Faris pulak namanya Nike FC terdiri dari Joe Hart, Kompany, Reus, Cristiano Ronaldo, Ramos & Nasri.





Aku duk google jugak keyword in English "Paper Football", "Paper Soccer" tapi tak jumpa game yang macam ni. Kita kat Malaysia je ke yang pernah main bendalah ni? Belum ade orang komersilkan game ni ke? Hehe ...

P/S: Eh cantik tarikh hari ni 12/12/12. Set auto post to 8.12 am lah!

Gold Coast Morib: Arfa first time pergi swim & Mama Arfa 28th birthday retreat

Tuesday, December 4, 2012

| |
|

Sempena birthday Mama Arfa ke 25 kali yang ke-4, dapat offer special price dari Maybank untuk bercuti ke Gold Coast Morib. Not to be confused with the Sepang Gold Coast ye, dua tempat yang berlainan, even company pun tak sama. So, pada last Saturday, December 1st, 2012 bersempena birthday wife gua & dalam masa yang sama untuk hilangkan penat pindah rumah, kami semua check-in lah kat sini. Ambil 3 bilik. Water park dah boleh start main even before check in lagi. Dapat free 6 adult ticket, untuk dua hari.  Untuk tiket tambahan, dewasa RM35, kanak-kanak 2 hingga 12 tahun RM18, kanak-kanak bawah 2 tahun adalah percuma. About the water park, cukup sesuai untuk kanak-kanak. Orang tua macam aku ni maybe prefer layan rides kat Sunway Lagoon kot? hehe ...
Arfa first time swim dalam pool. Kaki dia manjang duk mengayuh. Mana tau ade talent untuk jadi perenang negara? Aku memang duk tengok videos yang parents ajar anak-anak diorang sejak baby lagi. Interesting. Arfa pon nampak macam happy main dalam air. Letak dalam pelampung, bawak dia pusing satu water park.


Tok Wan dan Arfa & pelampung





The other thing about Gold Coast Morib ni is, the private Jacuzzi bath. Walaupon tak sebesar mana, tapi boleh lah. First time merasa jakuzi ni so agak jakun la sikit.



Selain dari tempat makan kat hotel, makanan kat luar hotel macam tidak ada pilihan sangat. Kalau nak ke Bagan Lalang, have to drive dalam 30km. So untuk makan tengah hari pada Sabtu tu, kitorang makan je kat pantai Morib. Not bad lah.
Makan malam & breakfast, makan kat hotel. Dapat 12 free voucher. Pada aku, food choice yang ada untuk dinner dan breakfast tidak variable sangat. Macam tak banyak pilihan compared to other hotels yang kitorang pernah pergi. Lagi satu, bab reserved tables. Bayangkan, dalam keadaan time dinner yang full house boleh ade dalam 6 table that was reserved. Dan that table tu sampai ke sudah takde orang pon! (Kitorang kebas je salah satu table tu, takkan nak makan atas lantai ye dok?)


The Reds uncle.

Pantai kat sini, pada aku amatlah biasa compared to pantai-pantai kat negeri Terengganu aku. So xperlu expect pantai yang menarik kat sini.

Arfa & the cousins -  boleh plak cousins pakai baju Chelsea yang kalah 3-1 kat West Ham. Haha


Anyway, thanks kepada pihak hotel kerana bagi kek & cowdoll sempena birthday wife aku.