Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Precinct 8 Putrajaya (03-8892 4200)

Wednesday, May 16, 2012

| |
|


View Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia, Putrajaya in a larger map

Pusat Bersalin Berisiko Rendah di Presint 8, Putrajaya telah dirasmikan pada April yang lepas. News here. Aku ada call ke situ kejap tadi untuk dapatkan info, tetapi mereka hanya menerima kelahiran anak yang ke-dua dan seterusnya. So, wife aku yang sekarang ni yang tengah menunggu untuk kelahiran anak pertama kami, tak dapat lah untuk bersalin di sini.

No telefon Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Presint 8 Putrajaya: 03-88924200

Map di atas, bertanda '+' untuk Pusat Bersalin ni.

P/S: This post adalah bertujuan untuk sesiapa yang perlukan direction ke situ dan no telefon. Susah betul nak dapat. Merata aku google, merata aku call. Call Ministry of Health takde orang jawab. Call Hospital Putrajaya pon tak berjawab. Call Perbadanan Putrajaya pon tak berjawab. Call MAIWP berjawab, tapi diorang tak tahu nombor phone, so diorang bagi no phone JAKIM Putrajaya, baru lah dapat no phone tempat ni. Thanks JAKIM Putrajaya.

40 weeks: Our baby is fully baked but..

Monday, May 14, 2012

| |
|

Harini, 14 May 2012, genaplah 40 minggu baby duk dalam perot mummynye ni ha.

Tapi baby said, "9 months 10 days is not enough for me to explore mummy's tummy. Needs few days more!!!"
Take your time lah baby..:D

Hehe...setakat saat ni, aku takde lagi tanda-tanda nak bersalin. Penantian memang penyiksaan.
Segala makanan kesukaan aku dah makan sebab takot takle makan time pantang.
Nando's, Jco, Cendol, Nasi Kukus Ayam Dara ape lagi tah. sume dah rembat. hihi
Baby tanak kuar gak. Ape boleh buat? sabar je la. 2 tahun dah menunggu kan, takkan 2,3 ari lagi takle tunggu?huwaaa...lame okay!!! Ape cite aku sekarang? 

Tukar Tempat Kerja

Hmm...Tanggal 30 April 2012 yang lepas, aku dah lapor diri kat tempat kerja baru.
Alhamdulillah, setelah hampir setahun 4 bulan aku ulang alik Bukit Mahkota-Pedas, akhirnya aku dapat tukar ke Shah Alam. Hubby aku pon keje Shah Alam. So, pasni kitorang akan move ke Shah Alam la.
Lapor diri 30 April, 1 Mei lak cuti Hari Pekerja kan. Ramai lak yang sambung cuti 2 hari tuh.
Banyak yang takle setel. So, 2 Mei lak aku pegi keje untuk setelkan ape2 yang patot and amik cuti.
Isi borang cuti 90 hari. hehe...so aku start la cuti dari 3 Mei sampai 31 Julai. 1 Ogos baru aku masuk keje balik. Actually aku tak sempat pon nak cop tempat duduk kat ofis baru tuh. haha...tunggu pas cuti la nampaknye. 

Awal Cuti?

Hehe...due aku kan 14 Mei 2012. Gomen ni leh cuti awal 2 minggu dari due date. Aku lak dah start rase tak larat nak jalan. nak duduk lame2 kat kusi ofis tuh pon rase cam seksanye la. Pastu baru masuk tempat baru kan, maleh lagi rasenye nak pikir pasal keje baru. Better la aku amik cuti before ditimbunkan dengan keje. hehe..pas cuti nanti, leh la nak bagi keje eh..:p

Tanda-tanda bersalin?

Setakat ni la kan, takde tanda2 besar lagi. Ape tanda-tanda tuh? 3 tanda yang kene consider pegi hospital:

1. Kuar air ketuban
2. Kuar darah bercampur lendir
3. Kontraksi yang kuat dan kerap

Kontraksi tuh ade la jugak aku rase kot. sakit kekadang. tak kerap pon. Yang lain-lain memang takde lagi.

Kesihatan aku lak?

Mase cek up, sume okay je. takde pape yang nak risau pon. Tapi masalah aku cume berat badan. Berat aku naik banyak sangat. Apesal tah, makan pon aku sentiasa selera kan. tak penah nye tak lalu makan. huhu
Along pregnancy berat aku dah naik 20 kg. so nurse suro aku jumpe doktor mase cek up weeks 39++. Doktor tuh pon macam risau. Punye la lame die scan aku. Calculate sume. Katenye baby aku dah 3.3kg setakat aritu. Air ketuban cukup. cume die nak monitor blood pressure aku. takot sawan mase mengandung. penah dengar tak pasal sawan mase mengandung? Bace kat sini haaa. 

Tanda-tanda sawan mengandung (Eklampsia):

1. Ibu mengandung sulung lebih berisiko - anak sulung nih
2. Kenaikan berat badan berlebihan (normal 15-16 kilogram along pregnancy) - aku dah naik 20kg ++
3. Darah tinggi - setakat nih, bacaan blood pressure normal
4. Bengkak kaki - memang bengkak aje. surut kejap sangat. bengkak lame.
5. Air kencing mengandungi albumin - rasenye normal kalo ikot result time cek up.
6. Pening kepala - kekadang rase. tapi maybe sebab banyak tido time cuti nih :P
7. Sakit ulu hati - takde
8. Gangguan pada penglihatan - rasenye takde

Yang aku merahkan tuh, ade la tanda2 tuh kat aku. Yang lain2 macam okay lagi kot. Menakutkan jugak efek sawan mengandung nih. Mintak jauh la kan. Berat oh berat. Nih dah 40 minggu tak keluar lagi nih, aku risau berat badan aku jela. Masih lagi duk naik. Kalo control makan, lapar la pulak. adui..baby..kuar cepat sikit eh. Yang lain-lain, sakit pinggang, susah nak tido tuh biase la kan. dah hujung2 nih, memang makin rase sume tuh.

Dah cuti, lepak umah sesorang ke?

Heh...memang tak la kan...aku dah hangkut bebarang aku ngan hubby. duk umah mak aku kat Kajang. Rehat2 je la kat sini sementara tunggu detik itu. Aku bawak stok baju ngandung tak banyak sangat, ingat kejap je dah beranak. hehe...terpaksa la rotate baju same plus baju hubby aku. malas nak balik amik baju ngandung agi.

Tu je la kot update terkini aku. Gagah jugak menaip sebab dah genap 40 minggu.
Doakan aku cepat2 bersalin dan selamat sumenye okay!!!
Family aku sume dah tanye, "Bile ko nak beranak nih?" huhu...
Aku pon dah tak sabar nak beranak weh!!! tapi aku pon tak tahu bile baby nih nak kuar.
Gambo latest:

@39 weeks 6 days :D
Dia pon tanak kalah gemuk..:P

Duda!! 



Cuti bersalin 90 hari kah?

Wednesday, May 2, 2012

| |
|

Tidak lama lagi, wife aku akan menikmati cuti bersalin 90 hari (kerja kerajaan) dan aku akan menjadi daddy, insyaAllah (yeay!). Cuma kat sini, aku nak argue pasal terma cuti 90 hari ni, nampak macam dikira sekali untuk hari minggu Sabtu dan Ahad kan?

Katakanlah, wife aku start cuti bersalin pada esok hari, 3/5/2012 maka hari cuti terakhirnya adalah pada 31/7/2012 (Selasa). Tapi sepanjang tempoh ini ada sebanyak 26 hari minggu Sabtu dan Ahad. So secara teknikalnya, cuti bersalin 90 - 26 = 64 hari.

Pada perkiraan aku, kiraan ini agak kritikal kerana ianya akan reflek kepada jumlah keseluruhan cuti bersalin sepanjang perkhidmatan kerajaan yang berjumlah sebanyak 300 hari. Baki cuti bersalin jika guna kiraan aku adalah 300 - 64 = 236 hari dan jika dengan kiraan langsung (include weekends) 300 - 90 = 210 hari. Ini penting kerana jika cuti bersalin anda telah habis suatu hari nanti, maka anda terpaksa bercuti tanpa gaji, kan?

Argument aku is that weekend tidak sepatutnya dikira sekali sebagai cuti, kerana hari-hari tersebut adalah sememangnya hari cuti. To me this is clearly a daylight robbery.

P/S: teringat soalan matematik masa aku darjah 3 (kalau x silap), "Ali diberi duit belanja sekolah oleh maknya sebanyak 50 sen. Sekiranya Ali tidak membelanjakan satu sen pon duit belanja itu, berapa ringgit yang dapat Ali kumpul dalam masa 2 minggu?". Semua orang dalam kelas aku bagi jawapan 7 ringgit (0.5 x 14 hari) tapi aku jawab 5 ringgit (0.5 x 10 hari). Cikgu aku cakap aku salah sebab seminggu ada 7 hari. Tapi aku argue balik sebab seminggu persekolahan ada 5 hari je, bukan 7, takkan la mak Ali bagi lagi duit belanja sekolah untuk hari minggu? Haha.

mari merepot ke SKMM (MCMC) tentang Celcom!

Monday, April 30, 2012

| |
|

Sinambungan dari kes Celcom messed up dengan pengiraan harian data wireless broadband aku itu hari, hari ni dah report ke MCMC atau SKMM melalui e-mail. Agak merangkak jugak lah ayat aku nak karang dalam BM sebab nak tulis secara formal. sbb tu kandungan email diBLURkan.

So harap MCMC dapat kasi setellah permasalahan ini.

Sekian.

Syarikat Lori Sewa yang macam cibai

Sunday, April 29, 2012

| |
|

Kalau boleh, memang nak tolong orang Melayu kita ni berniaga. Tapi ada di kalangan mereka ni suka nak ambil kesempatan. Semalam, biras aku, Redza ada call iklan2 lori yang ada merata di kawasan rumah dia ni. Nak pindah rumah, tak jauh. 200 meter je. Cuma nak guna angkat barang2 besar seperti katil, almari, peti ais. Call punya call, ada la satu brader ni, Aizat bagi the 'best' price. Lori 1 tan, RM 80 & tambah 3 orang pekerja RM 60. So Redza pon setuju dan pegang lah harga RM 140 sebagai total untuk pindah rumah hari ni. Set masa, pukul 11 pagi.

Hari ni, lori sampai lewat sejam. Pulak tu datang dengan lori 5 tan. Tanya mana lori 1 tan? Drebar lori cakap tokey kata tak ada. Plan asal nak angkut barang-barang besar saje. Ye la kan pindah 200 meter je. Drebar suruh angkut semua.  Dah siap angkut barang semua, drebar lori tu cakap. Semua barang ni ngam2 muat lori 5 tan ni, so RM 140 darab 5 tan = RM 700. What the fuck? Macam cibai je buat bisnes camni. Nape tak bagi tau siap2 semalam kena darab ikut tan bagai pulak? Aku pindah dari Puchong ke Bandar Bukit Mahkota dengan lori 2.5 tan dan guna 2 orang pekerja pon baru kena RM 300.

Bila dah tak puas hati macam ni, call balik Encik Aizat tu, dia pulak pertahankan memang kena darab 5 tuh. Memang nak kena. Bayeng, brader in-law sulung aku advise better turunkan balik barang, cancel lori. Encik Aizat tuh cakap 'okay' tapi still kena bayar duit minyak lori, RM 100. Cibai lah Melayu yang meniaga macam ni. Memang macam nokharoom!!





P/S: kalau nak cuba perkhidmatan sewa lori yang lain, boleh cuba dengan theLorry.com, insyaAllah boleh dipercayai

Disclaimer: This story is based on our own personal experience. Sharing for precaution to anyone and giving some room for improving services. Not to debate who is right or wrong. Peace. TQ.