Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Showing posts with label Arfa Tasnim. Show all posts
Showing posts with label Arfa Tasnim. Show all posts

Oh My Arfa

Thursday, February 14, 2013

| |
|

Salam. Teringin bebenor nak update blog. Tapi bizi dengan rumahtangga.
Last update oleh aku wish selamat hari raya syawal 1433.
Yang lain2 sume updated by hubby ku yang maintain je menulis.
Dia boleh je update blog bebile mase. Cane nak maintain camtu eh yang? U takde time mood kedaung ke?

Sebenarnya aku cuba cari mase untuk menulis sume yang terjadi before ni.
Tapi....bila ade masa, takde mood le pulak. Bila tengah bizi tuh, memacam topik aku nak tulih. Heh
Aku nak sesangat kasi tips psl breastfeeding, gadjet baby, makanan baby dan memacam lagi.
Tunggu eh....nanti ku tulis satu2...tips dari mama beranak arfa yang satu.

Ni nak citer gelagat arfa ku yang satu. Malam tadi dalam pukul 2 pagi, tiga2 kami dah lena.
Then aku terdengar bunyi, rupenye arfa terbangun. Biase nangis2 nak nenen je, ku bagi, diam la dia.
Ni dia siap manjat2 aku, buat muke comel. Geram! Tapi ngantuk.
Ku suro tido, tak mau pulak dia...hai la anak....nape pulak ni.
Bile rase pampers dia berat sangat dah...ok...kugagah bangun salin pampers arfa.
Time basuh baru ternampak ade seketoi taik...ngeh2...patot la anak buat muke comel.
Nak suro mama basuh berak rupenye...tak selesa arfa nak tido.

Dah setel basuh, aku pon tidokan la dia. Tapi, mata arfa dah cerah. Huwaaaa
 Dia start main2 pulak dah...takmo tido...aku melayan dia sampai nak dekat pukul 4 pagi.
Nak nangis hokey! Mama ngantuk ni arfa oi! Daddy nye lak take turn...tah pukul brape arfa terlena.
Mama tak tengok,jam dah. Ngantuk ler mama arini kat opis!

Gaya arfa tido lena

Muke tak senonoh. nak menguap ke ape tah.


Tip penjagaan bayi: Jika bayi tak dapat tidur pada waktu kebiasaan bayi tidur, sila periksa lampin bayi. Mungkin ketidakselesaan akibat lampin terlalu basah atau bayi berak! Hihi

Gold Coast Morib: Arfa first time pergi swim & Mama Arfa 28th birthday retreat

Tuesday, December 4, 2012

| |
|

Sempena birthday Mama Arfa ke 25 kali yang ke-4, dapat offer special price dari Maybank untuk bercuti ke Gold Coast Morib. Not to be confused with the Sepang Gold Coast ye, dua tempat yang berlainan, even company pun tak sama. So, pada last Saturday, December 1st, 2012 bersempena birthday wife gua & dalam masa yang sama untuk hilangkan penat pindah rumah, kami semua check-in lah kat sini. Ambil 3 bilik. Water park dah boleh start main even before check in lagi. Dapat free 6 adult ticket, untuk dua hari.  Untuk tiket tambahan, dewasa RM35, kanak-kanak 2 hingga 12 tahun RM18, kanak-kanak bawah 2 tahun adalah percuma. About the water park, cukup sesuai untuk kanak-kanak. Orang tua macam aku ni maybe prefer layan rides kat Sunway Lagoon kot? hehe ...
Arfa first time swim dalam pool. Kaki dia manjang duk mengayuh. Mana tau ade talent untuk jadi perenang negara? Aku memang duk tengok videos yang parents ajar anak-anak diorang sejak baby lagi. Interesting. Arfa pon nampak macam happy main dalam air. Letak dalam pelampung, bawak dia pusing satu water park.


Tok Wan dan Arfa & pelampung





The other thing about Gold Coast Morib ni is, the private Jacuzzi bath. Walaupon tak sebesar mana, tapi boleh lah. First time merasa jakuzi ni so agak jakun la sikit.



Selain dari tempat makan kat hotel, makanan kat luar hotel macam tidak ada pilihan sangat. Kalau nak ke Bagan Lalang, have to drive dalam 30km. So untuk makan tengah hari pada Sabtu tu, kitorang makan je kat pantai Morib. Not bad lah.
Makan malam & breakfast, makan kat hotel. Dapat 12 free voucher. Pada aku, food choice yang ada untuk dinner dan breakfast tidak variable sangat. Macam tak banyak pilihan compared to other hotels yang kitorang pernah pergi. Lagi satu, bab reserved tables. Bayangkan, dalam keadaan time dinner yang full house boleh ade dalam 6 table that was reserved. Dan that table tu sampai ke sudah takde orang pon! (Kitorang kebas je salah satu table tu, takkan nak makan atas lantai ye dok?)


The Reds uncle.

Pantai kat sini, pada aku amatlah biasa compared to pantai-pantai kat negeri Terengganu aku. So xperlu expect pantai yang menarik kat sini.

Arfa & the cousins -  boleh plak cousins pakai baju Chelsea yang kalah 3-1 kat West Ham. Haha


Anyway, thanks kepada pihak hotel kerana bagi kek & cowdoll sempena birthday wife aku.

Arfa dan Adam & Hawa OST

Friday, November 9, 2012

| |
|

Tiap kali kitorang tonton Adam & Hawa kat tv, dengar je OST Muara Hati by Hafiz & Siti, Arfa akan terus drop everything yang dia tengah main dan pandang tak berkelip kat screen sampai lah lagu abis! Abis je lagu, baru la dia akan sambung balik apa yang dia duk main tadi, sambil jeling kadang-kadang kat tv. Pandainye anak daddy ngan mama nih ;P

So video kat bawah ni dedicated atas keobsessan Arfa towards Adam & Hawa OST - Muara Hati.

Arfa: Day 1 to 4 months in 35 seconds

Tuesday, October 2, 2012

| |
|

Dah besar ye anak Daddy & Mama ni ;D

p/s: lagu tema Shin Chan

Siapa kata senang ada anak?

Sunday, July 15, 2012

| |
|

Salam..malam ni mata adalah tak mengantuk.
Gara-gara suami mintak nescafe just before tidor.
Maka satu gelas untuk suami, satu gelas untuk isteri.
Tapi suami dan anak? Dah selamat lena. hehe

Tadi tanye satu soalan kat suami before dia tertidur,
Isteri: Sayang, susah tak ade anak?
Suami: Siapa cakap senang ade anak?
Huhu..terdiam sang isteri.

Ye...selepas 53 hari bergelar mama, ibu kepada Arfa, aku sudah faham perit jerih seorang ibu,
Bukan mudah nak mengandung dan melahirkan...apetah lagi membesarkan anak.
Perlukan kasih, pengorbanan, kecekalan yang bukan sedikit.
Perlu menjadi kuat dan tabah demi seorang anak.

Seawal umur Arfa belom sehari, luka czer masih baru, mama dah pon belajar erti berkorban.
Arfa adalah baby yang tidak meragam sebaik dilahirkan.
Seawal pagi sejak keluar dari perut hingga ke petang, langsung tido.
Terdetik di hati, senang jage baby mama ni..tido je..hehe
Tapi sebaik malam, Arfa sudah menguji sang ibu.
Dalam wad yang punya ramai ibu2 mengandung, ibu2 baru melahirkan, baby2 baru dilahirkan, Arfa tunjuk taring.
Arfa menangis tanpa henti sampai mama mati akal.
Diberi nenen yang hanya ade beberape titik susu, tak mau, ditukar pampers masih nangis, didukung, dibuai, sume tak jalan.
Akhirnya selepas berjam-jam, sorang nurse yang prihatin ambik Arfa, bawak ke mana, mama tak tahu, baru mama dapat tido.
Besoknya tetap sama. Arfa nangis menjelang malam.
Tabahnya mama tangani anak seawal 2 hari, sikit mama tak menangis walau penat, tanggung sorang2.

Cerita di hospital bersambung di rumah.
Saban malam, Arfa menangis, susah nak ditidurkan.
Bezanya, di rumah, mama share dengan daddy kepayahan tangani ragam Arfa..:)
Boleh dikira dengan jari di sebelah tangan, malam Arfa tidur dengan lena.
Walau sesukar mana pon, mama and daddy tetap usaha tidurkan Arfa.
Walau mata mama macam panda, walau lewat daddy punch card di ofis,
Sedikit saja pengorbanan kami nak dibandingkan dengan kebahagiaan hadirnya Arfa..:D

Arfa juga baby yang akan menangis bila tidur di tempat baru.
Dibawa balik ke rumah kami di Bukit Mahkota, Arfa menangis macam sakit.
Arfa menangis sebaik diletak di tilam.
Sampai akhirnya mama tido sambil memeluk Arfa, daddy memeluk mama.
Mama tidur dalam tangis bukan kerana penat menidurkan Arfa berulang kali,
Tapi mama sedih tak memahami dari awal yang Arfa ketakutan tido di tilam.
Arfa mahu tido di pangkuan mama. Maafkan mama.

Daddy excited bawa pulang Arfa ke kampung daddy
Tapi Arfa masih menangis di tempat baru.
Menangis yang bukan sikit.
Berjaga lagi mama dan daddy untuk tidurkan Arfa.
Sampai ade yang ingat Arfa lapar, tak cukup diberi susu.
Oh Arfa.


Tapi..Alhamdulillah...mama dan daddy panjatkan syukur pada Ilahi.
Sebaik pulang dari kampung daddy, Arfa sudah semakin cerdik.
Berkat orang di kampung yang membantu 'siuk2' Arfa, dengan izin Allah,
Arfa sudah kurang menangis. Arfa tido nyenyak di malam hari. :D

Banyak sudah mama dan daddy belajar dalam membesarkan Arfa 53 hari.
Arfa menangis kerana 3 sebab.
Lapar, mama bagi nenen, pampers kotor, mama tukarkan, ngantuk nak tido, mama and daddy tidurkan.
Mama akan dulukan Arfa dari segala keperluan mama.
Mandi tak basah, makan tak kenyang, tido tak lena. Demi Arfa.
Terima kasih Arfa kerana memberi mama and daddy peluang belajar semua ni.
Banyak lagi yang ingin mama and daddy belajar untuk Arfa.

Mama dan daddy perlu tabah.
Mama dan daddy perlu kuat.
Untuk Arfa.
Bukan senang ade anak.
Tapi mama tetap nak anak. Malah mahu anak-anak.
Arfa kene jadi kak long tau! hehe
Tapi lepas mama and daddy khatam perihal baby. ;p



Sudah ku belajar erti kepayahan membesarkan anak.
Sudah ku tahu pengorbanan ibu ayah.
Akan ku cuba menjadi anak yang menyenangkan buat ibu bapaku.
Insyaallah.
Semoga anakku juga menjadi insan yang menyenangkan kami.

Mama dan daddy sayang Arfa banyak-banyak!





Arfa Tasnim: Aqiqah & Cukur

Wednesday, July 11, 2012

| |
|


Umur Arfa masuk 44 hari masa kitorang bawak dia pulang ke kampung halaman aku di Terengganu. First time nak bawak dia jalan jauh ni, Alhamdulillah semuanya selamat. Selamat pergi dan balik. Majlis aqiqah buat pada 7/7/2012, buat kecil-kecilan panggil saudara-mara dekat, jiran-jiran dan jemaah masjid. Cukur pulak, mula2 ingat nak kasi licin, tapi Ayah Teh aku cakap, mesin no 1 pon dah cukup. hehe

Untuk gambar, boleh pergi ke Facebook photo album.

DIY: Ear muffs for baby Arfa

Friday, June 29, 2012

| |
|

Dah lama aku tak post buat project DIY. Kali ni, buat untuk Arfa. Hampir tiap malam tido Arfa terganggu dengan (sometimes) bunyi yang TERkeluar. Haha.. Googled for "baby ear muffs" ada banyak jugak dijual secara online. Then tiba-tiba ade ternampak satu youtube clip amoi ni tgh buat ear muffs for adult. From idea tu, aku timbul nak buatkan for Arfa.

What you need:
- a pair of mitten (sarung tangan baby)
- cekak rambut, preferably yang takde sharp edges (aku beli yg siap dah balut kain)
- cotton ball, untuk stuffkan dalam mitten.
- alat jahit

Bila dah stuffed mittens tu dengan cotton ball, kasi masuk both ends of cekak rambut tu ke dalam each stuffed mitten, then jahit so that ianya kemas.
Hasilnya. Gambar ni test tadi masa Arfa tengah tido, tapi belom siap jahit.
Harap baby Arfa dapat tido lena di malam hari dan tidak lagi terganggu dek bunyi dengkur Daddy yang Daddy sendiri tak pernah dengar camne rupanya. Hehe

Kisah bersalin 3: Kelahiran Cinta Hati :)

Wednesday, June 20, 2012

| |
|

Salam..takes time betul nak taip cite bersalin nih.
Nak flashback satu hal, nak cari mase terluang pon susah. hihi
Citer aku nih panjang tau! Sile bace sampai abis. heeeee..penat i taip. :p
Okay..sambung dari naik ambulans eh.

Aku kene transfer dari HPJ ke HKL. Dalam kol 12++ tengah hari ambulans datang.
So aku naik la ambulans dengan seorang nurse, driver and ade lagi sorang patient yang nak pegi Hospital Bersalin Precint 8. Lepas drop akak nih kat precint 8, tinggal la aku sorang je patient.
Hubby aku naik kete sendiri pegi sane. Sempat lagi aku suro die tapau McD on the way dia pegi HKL.
Ambulans ni lalu MEX highway. Punye la laju dia bawak. Terlambung-lambung aku dalam ambulans tuh.
Sabo je la...takde pulak bunyi nenoo..neeenoo..maybe trafik okay kot time tuh.
Ke aku tak dengar bile duk dalam ambulans? ntah..haha..

Sampai je kat HKL, aku tengok pemandangan yang agak kelam-kabut kalo nak compare ngan HPJ.
Banyaknye patient. Pastu nurse pon berbilang bangsa. Memang nampak sangat lah GH nye tuh.
Mase nih dalam kol 1.00 ptg kot. Nurse dari HPJ terus anta aku ke kaunter daftar and dia pon balik.
Kaunter daftar agak serabut. Nurse kat situ bukakkan fail untuk aku and amik details sume.
Then dia suro pegi kencing nak cek gula la kot. macam biase kat KK tuh.
Pegi toilet pon kurang la bersihnye..huhu..blasah je laa..
After dah siap sume, dia suro aku duduk tunggu doktor cek lak.
Dekat HPJ tadi doktor cek on the spot..kat HKL nih, ramai patient. tunggu la aku kat kusi tuh.

Bile dah duduk kat kusi, aku tengok orang sebelah aku. aik..macam kenal je.
Rupernye kazen aku belah abah, Lin. Dia memang pregnant lebey kurang aku.
Tak sangke lak sakit bersalin hari same. hihi..sembang la ngan dier.
Aku takde rase contraction lagi. Cume penat + lapar. Bile aku tanye Lin lak, die cakap dia dah bukak 4cm.
Erk..4cm pon muke rilex lagi? sabar je la..hihi..anak ke 3 kot..dah biase..heee
Then hubby aku sampai..dia nak bagi la McD yang aku pesan tuh, tapi aku segan lak nak makan.
Last2 minum air kotak Dutch Lady je.

Lame okay tunggu turn nih..aku pikir, nih kalo aku stay kat HPJ nih, dah dapat wad kot.
Tetibe geram ngan doktor yang transfer aku...tapi sabo jela..
Dekat pukul 3.00 petang kot baru lah sampai turn aku.
Doktor cina lelaki yang attend aku. dia pon tanye2 sume, then cek bukaan aku.
Same mcm kat HPJ tadi. dia masukkan alat, baru cek bukaan. Still 1cm.
Bile dia tengok air ketuban aku kale lain sikit, dia pon suro aku monitor contraction ngan heart beat baby.
Sementara monitor 2 bende tuh, datang doktor pompuan melayu.
Doktor nih nampak macam berpengalaman sikit. Dia cakap, meh sini saye tolong bukakkan. cepat sikit. heh.
Bile dah abeh monitor 2 bende tadi, Doktor pompuan tuh pon cek bukaan aku lagi skali.
Then dia cakap memang air ketuban aku kale lain dah ni. dah nak ke hijau.
Dia pon decide supaya aku masuk labour room even baru bukak 1cm. biase bukak 4 cm baru masuk LR.

Sementara tunggu nak dihantar ke LR ni lah, family aku sampai. Aku lak duk atas wheelchair time tuh.
Hehe..tak sakit sangat pon sebenarnye. penat je la..tapi memang dia kene antar naik wheelchair gak.
Time nih nurse mintak la bawak siap2 baju baby and pampers. Excited plak rase bile dah bawak baju baby. Then nurse pon tolak la aku naik LR. Mase nih aku sorang2 je. Dalam pukul 5.00 petang.
Masuk lam kawasan LR tuh, ade banyak2 bilik. Masuk la aku dalam salah satu bilik.
Dalam hati duk tertanye mane la hubby aku nih. kate dalam LR leh temankan.
Nurse yang jage aku time dalam LR nih comel and baik hati sangat.
Dia pasangkan alat untuk monitor contraction ngan heart beat baby, alat tuk monitor tekanan darah.
Then datang la sorang doktor cina lelaki. Agak friendly jugak. Sebelum ape2, dia sembang dulu ngan aku.
Dia tanye asal aku transfer sini. aku cakap la sana penuh. dia pon cakap, u tau ka, sini penuh cane pon takle tolak patient. kalo penuh sangat, u bersalin tengah padang la, kite tak bole tolak mane2 punye.
Lawak jugak la doktor nih. aku leh borak2 gelak..sebab tak sakit lagi kan..hehe
Then dia pasangkan jarum tuk masukkan air tuh. pastu dia ilang pegi mane tah.

Then masuk lak sekumpulan doktor. ade sorang pompuan india, dua lelaki india kot.
Doktor pompuan tuh pon cek la bukaan aku. still same 1cm. huhu..
Then dia pon betau plan dia untuk aku. Aku kene induce pakai drip tuk cepatkan bukaan.
Then dia cakap maybe sakit sikit, so dia akan bagi Epidural. Dia nak aku try jugak bersalin normal.
Nurse yang comel tu pon ready kan la tuk masukkan ubat induce pakai drip.
Dalam pukul 5.30 petang kot start induce nih. Selama nih aku duk ingat induce tuh masukkan ubat ikot bawah, rupenye induce aku lain lak. Masukkan ubat pakai drip. Tak tahu la aku ape bezanye time nih kan.
Tak lame pastu, hubby aku pon sampai. aku tak tanye lak asal dia lambat.
Lepas bersalin 2,3 minggu nih baru aku tanye. rupenye nurse suro dia tunggu 40 minit lepas aku masuk baru dia leh masuk. mungkin bagi mase tuk diorang setupkan sume dulu kan.

Okay..saat2 getir bakal bermula..huk2...mula2 rase contraction mild2 je..jarang2. kejap je kot.
Then sakit lagi...sakit banyak sikit..sakit sangat2!!! sakit pinggang yang amat2..huwaaa
Mase aku sakit awal2 nih, nurse suro aku amik gas dulu...hidu suro bagi lali..
Tapi bagi aku gas nih tak berkesan langsung. aku tak lali pon. sakit makin bertambah2.
Aku tanak hidu gas tuh...hubby aku duk bagi suro hidu pon, aku tanak jugak..serabut aku rase.
Time nih aku ingat lagi pesanan kawan aku, emi suro jangan jerit kalo sakit.
Okay aku sabar. even sakit sangat2..aku ngadu kat hubby ngan nurse tuh je skali skala.
Sambil2 tuh hubby aku gosok2 la pinggang aku bile aku rase sakit.
Macam2 dah aku bace dalam hati..sakit still bertambah2.
Aku pon tanye nurse, kate nak bagi epidural..mane?
Dia cakap result darah aku tak kuar lagi..so takle cucuk lagi. ok fine.
Pakar bius pon tengah attend operation. pakar biusnye ade sorang je aritu.
Sakit dah tak tertahan2 dah nih..sakit sangat okay! tak tahu la aku nak cakap cane.
Aku macam nak cabut sume wayar2 yang diorang letak kat perot aku, tangan aku sume. serabut sangat!
Last2 nurse tuh pon cucuk ubat kat bontot aku tuk kurangkan sakit.
Pas cucuk ubat, aku rase takde beza pon! sakit jugak lagi!!!! huwaaaaa.

Dalam pukul 7++ petang tuh, pakar bius tuh dah free..bole dah nak cucuk epidural tuk aku, skali result darah belom dapat lagi...tak dapat la cucuk dulu..sabo je la..Aku sakit nih..asal lame sangat nak cek darah?
Then hubby aku cakap nak pegi solat Maghrib. Aku cam nak je cakap, tayah la pegi. Teman je aku kat sini.
Aku rase sakit sangat. Bile die urut pinggang, kurang sikit sakit tuh.
Last2, hubby aku pegi gak solat. Menahanlah aku rase sakit sorang2.
Time nih nurse yang jage aku dah tukar. aku duk ngadu kat nurse. sakit nurse..nak epidural.nurse diam je.
Bila hubby aku balik pon same gak. Aku duk menahan sakit...sakit sangat2!!!
Pastu aku dah takle tahan dah..aku dah terjerit2 kesakitan..sambil duk mintak epidural.
Tak tertanggung dah rase..huhu..aku dah nangis..napela diorang tak bagi lagi epidural.
Nurse cakap pakar bius tuh attend operation lak. ade 3 operation dia kene attend.
Huwaaa...giler aku kene tunggu 3 operation baru dapat epidural???
Aku sempat lagi mintak maaf kat nurse sebab jerit..tapi memang sakit sangat..huwaaaa
Bayangkan aku duk tahan sakit tuh dari pukul 5.30 petang sampai 4.00 pagi..azab okay!

Dalam pukul 3++ pagi. lepas aku dah puas jerit, nangis, pusing sane sini, datang la doktor2 satu kumpulan tadi. Diorang pon cek bukaan aku. Baru dalam 2cm ++ ke 3 cm camtuh.
Akhirnya diorang decide tuk c-zer aku..huwaaa...asal tak czer dari tadi jer..huk2..
Diorang pon tutup la ubat induce yang duk drip dari tadi.
Ya Allah..time nih baru la aku bole bertenang sikit...sakit yang aku bole tahan..
Aku dah tak jerit dah..tunggu je tuk masuk operation room.
Tapi contraction tuh ade lagi. Time nak angkat aku pegi operation pon, aku sempat suro tunggu jap.
Sebab aku tengah rase contraction. sakit...bile dah stop, baru bagi diorang angkat aku.

Maka nak dekat 4.00 pagi, aku pon ditolak ke operation room. before masuk, nurse suro aku salam hubby.
Aku yang blur2 nih salam je la..tak cakap ape2 lak..huhu..tak terpikir nak mintak maaf.
Hubby tunggu luar je  time nih.
Time nih aku dah lemah sangat. rase sakit still ade. tapi aku dah berserah je.
Buat la ape korang nak buat pon. janji baby aku kuar.
Akhirnya, setelah berjam2 aku tahan sakit, baru la aku dapat epidural.
Pakar bius tuh suro aku peluk bantal then dia pon cucuk la belakang aku.
Terus terase kebas. lega! bahagia! tak sakit dah! baru la bole nak pikir cane la rupe baby. hehe

Time nih aku bole rase macam diorang potong perot aku. Tapi tak sakit pon.
Diorang tutup ngan kain depan aku. so tak nampak ape2. bayangkan aje la. hehe
Then rase perot aku digoyang2...Tetibe dah dengar baby nangis. tak sampai 5 minit okay proses nak kuarkan baby. start pukul 4.00 pagi, pukul 4.05 pagi dah kuar.
Then aku nampak nurse bawak baby aku pegi lap2..aku usha je la..
Pastu baru dia datang tunjuk kat aku.
Tanye laki ke pompuan. Aku cakap la pompuan. Nurse sempat betau baby aku kulit bersih sangat.
Tayah cuci banyak sangat. Then die letak mulut baby kat breast aku. heh..
Then dia bawak baby pegi manetah. Operation pon setel! Perot aku pon dah setel.
Diorang pon tolak aku kuar..Then letak aku kat satu tempat. Aku pon tertido kepenatan..huhu


Lepas setengah jam kot, baru la diorang tolak aku keluar dari tempat aku tertido tuh.
Nampak la hubby aku..tapi baby tak datang lagi.
Diorang hantar aku kat wad. Then diorang datang hantar baby.
Duduk lah kami bertiga berkenalan sebagai keluarga baru..haha

Camtulah kisah aku nak lahirkan baby Arfa Tasnim.
Sakitnye sangat2!!!!!
Tapi kalo tanye cane sakit tuh? aku da lupe..haha
Ni lah rupe baby kami!!! :D

 Arfa Tasnim, DOB: 23rd May 2012 @ 4.05 am, 3.1 kg
Daddy excited tengok baby pagi2 buta. fresh baru kuar nih.
Muke just after bersalin. :)
27 hari after bersalin.
bye!!! 


Kisah bersalin 2: Air ketuban pecah!!

Monday, June 11, 2012

| |
|

Okay sambung cite bersalin.
Lepas diberi tarikh untuk lapor diri di wad Hospital Putrajaya pada 22 Mei dan di induce pada 23 Mei, aku pon relax2 je la tunggu tarikh tu.
Pagi 22 Mei, aku tersedar kol 620 pagi camtu tapi tido2 ayam lagi.
Hubby aku pon relax je tido sebab da amik cuti nak pegi hospital pukul 2.00 petang nanti.

Tetibe dalam 640 pagi, aku dengar bunyi 'pop'..pastu terase basah..terus gerak hubby aku.
Kelam kabut die bangun. hehe..terus aku terpikir...camtu rupenyer bunyi air ketuban pecah. heeee
aku pon pegi mandi2 sesiap...tetibe ade orang ketuk pintu bilik air.
Kakak aku rupernye..salam and peluk..siap nangis dier doa moga aku selamat..huhu..terharu jap..

Dah sesiap laki bini nih mandi + solat, kitorang turun la nak breakfast.
aku sempat la makan 2 biji telo separuh masak tuk bekalan tenaga kononnye.
Mak aku lak dah bagi bekal air memacam..air zam2, air akar fatimah, air mineral.
Dalam kol 830 pagi, gerak la kitorang ke Hospital Putrajaya.
On the way, mula la pikir macam2..excited jugak..takot jugak..heh

Sampai kat sana, aku turun pegi daftar, hubby aku pegi park kete.
Ramai jugak orang pagi2 ni..para husband dok tunggu.
Dah amik details aku, diorang pon suro aku masuk dalam.
wah...da ade 3 orang gak duk terbaring atas katil..aku duk pikir2 lagi, ape diorang nak wat eh?
Cek bukaan ke? aku takde rase sakit pon nih..air je duk ngalir xhenti2..tapi aku pakai pad la..hee

Pastu nurse ni datang suro aku baring. dia pasang mesin yang monitor heart beat baby ngan contraction kat perot aku. Memang takde contraction la kan...tapi heart beat baby kuat bunyinye.
Sound mesin aku terkuat kot. huhu..segan jap kat orang sebelah.
Then sorang doktor yang agak muda nih datang. Pompuan..
Dia pon cakap nak cek bukaan. Dia pasang satu alat nih kat bawah tuh..tak tahu ape mende.
Mase die ketatkan, aku rase cam kulit tersepit. sakit kot.huhu.aku jerit, diorang suro rilex. adeh..sabo je la..
Mase die cek bukaan tuh, takde sakit sangat..so doktor tuh cakap la..macam tak berape ade bukaan nih..tak sampai 1 cm.
Then diorang tengok air ketuban aku tuh kaler dier macam tak berapa nak clear jernih.
Memang aku tengok pon macam kuning2 ijau ckit.Tapi doktor tuh cakap okay lagi nih..kire clear lagi..
Then dia nak scan tengok kedudukan uri lak. berusaha dia tarik mesin scan tuh datang kat aku.
Hehe..pas scan dia cakap okay..uri kat atas.
Sorang lagi doktor lak datang. Pompuan gak. Dia cakap nak scan lagi. dia bawak aku pegi bilik scan. kali nih dia tunjuk sume jantung la, baby la..tu lah last aku tengok jantung kecik tuh berdegup live..hehe..

Dah abeh scan, doktor ni pon slow talk la ngan aku..huhu
Dia cakap wad kat sini penuh. Kita kene transfer awak pegi hospital lain.
Dia siap tunjuk ade 6 orang je nak keluar. Then dia cakap ade lagi yang dah book nak induce.
So kalo ade yang kuar pon maybe dah di book wad tuh. Aku pon cakap aku memang dah book nak induce arini. Pastu dia cakap lak, awak ni dah pecah air ketuban, so takleh tunggu..takot kene jangkitan. kalo balik or nak pegi hospital lain pon, tanggung risiko sendiri. Then kalo diorang transfer, diorang akan antar dengan ambulans. Pilihan untuk transfer Hospital Kajang or HKL je..pilih la. Serdang diorang memang takkan antar.
Aduh...dilema aku..Then doktor tuh suro bincang ngan hubby aku..die nak jawapan pukul 11 pagi.

Aku pon kuar lah bincang ngan hubby. kitorang decide nak pegi Kajang dulu. kalo takle, HKL la jawapnye.
Bila doktor tuh cek, Kajang memang penuh and HKL je accept aku.
Time tuh sedey la jugak kan..jauh kot HKL tuh..cane la family aku nak datang kan..
Tapi aku pikir positif je time tuh..bila tengok ramai yang datang lagi lepas aku, aku pikir diorang lagi emergency kot..lagi needs tempat dari aku..aku tak sakit lagi..bole lagi nak antar pegi memane..
Aku redha je la...kalo dah tertulis aku kene bersalin kat HKL, aku pegi je la..asalkan selamat sume.

Then duduk la aku kat kusi luar tuh sementara tunggu ambulans. Dalam pukul 12++ camtu kot ambulans pon datang amik aku bawak pegi HKL. neeenooo..neeenooo..hehe

Lame pulak ambulans ni nak datang..sabo je la den.
 Muke tak puas ati..heee
  Naik dah ambulans, 1st time kot naik
Ni yang hubby i tak pueh ati, kene saman sebab parking bukan dalam kotak. penuh kot!

Hadeh..panjang kan cite aku? tak sampai lagi part meneran..eh? meneran ke aku? huhu
sambung cite HKL dekat post baru k. hihi..





Kisah bersalin 1: Overdue, what should i do?

Friday, June 8, 2012

| |
|

Bismillaahirrahmaanirrohim.
Dah 2 minggu 1 hari umur Arfa Tasnim..Alhamdulillah.
Susah jugak nak curi masa tuleh blog.
Dah ade mase, xde mood lak..heh

Kalo ikutkan due date aku 14 Mei 2012. ni yang klinik and doktor2 kira la kan.
Time scan pon slalu dapat date lebey kurang la..12 Mei, 16 Mei cmtu.
Tapi kalo ikotkan period aku yang tempoh nye bukan standard 28 hari,
memang aku dah almaklum due date around 21 or 22 Mei camtu..macam yang husband aku tuleh ni la.

Due date satu hal la kan..tapi dah hujung2 pregnancy, memang rasa tak sabar dah nak kuarkan baby.
Sebabnye dah tak larat sangat. kaki asik bengkak, surut, bengkak, surut.
Tido pon tak tahu dah nak pusing belah mane..baby pon aktif sangat2 duk ngeras je.
Tambah lak orang duk cakap baby sulung biase kuar awal 2 weeks la..
So dah sampai 14 Mei, aku memang duk tertunggu2 bila la tanda nak kuar nih.
Satu lagi bende yang mengundang stress bila orang duk tanye, bile ko nak beranak nih?
tak kuar2 lagi pon..huhu...perasaan die same macam bile orang tanye, bile ko nak mengandung nih? camtu la..Takot nak beranak satu hal jugak la kan..tapi tak sabar jugak..huhu

Bile dah lewat 3, 4 hari camtu, aku dah tak senang duduk. aku tanye hubby aku, kalo tak kuar tanda gak nak buat cane?
Duduk area nih, hospital yang okay just Hospital Putrajaya, Serdang..Kajang agak berusia hospitalnye..huhu
Yang aku tahu hospital area sini mmg la penuh je kejenye..tambah lagi Hospital Serdang yang aku duk bajet nak bersalin situ.
Kalo sakit pon tengok gak bukak dah bape, dah agak nk bersalin baru diorang terima.
Abeh cam aku yang takde tanda ni camne lak? Aduh..kene back up hospital lain nih.

So bile call Hospital Putrajaya, die ckp nak bersalin situ kene book dulu.
Kene ade reference letter dari mane2 klinik sebab Hospital Putrajaya adalah hospital rujukan.
So kami pon pegi la amik surat reference dari KK and pegi book bersalin kat Hospital Putrajaya.
Tak susah pon nak book. Boleh book just hari Jumaat n Isnin. Kitorang pegi hari Jumaat bersamaan hari ke 4 overdue. Bawak referance letter ngan GL. Pegi kaunter daftar then pegi kaunter OnG.
Dekat kaunter OnG nih, die bagi tarikh tuk induce since aku dah overdue.
Die suro aku datang 22 Mei then masuk ward, induce 23 Mei. Tapi die pesan gak, kalo kuar tanda awal, datang je la..
So lega la aku...at least kalo takde tanda gak, aku dah tahu ape nak buat.
Time tuh tak tahu la induce tuh camne. even bace2 orang cakap sakit dari bersalin biase, aku okay je.
Sebab tak sabar dah nak deliver. huhu..Ape jadi lak pastu? sambung la eh..hihi

Dalam penantian, sempat pegi Bagan Lalang dating satu family, abah blanje makan :D







Our new born: Arfa Tasnim

Thursday, May 31, 2012

| |
|


Arfa membawa maksud yang mulia, tinggi manakala Tasnim adalah nama sungai/fountain di dalam syurga. Arfa juga hasil dari gabungan nama aku dan wife, where Ar produce the sound of R, initial for Ramzul and Fa for Fazlina. She was safely born to this world on 23rd May, 2012 4:05am at Hospital Bersalin Kuala Lumpur. The short intro music is from Muse - New Born and the rest of the song is Yuna's Terukir di Bintang. Ntah kenapa aku pick Yuna's song for this, masa aku on the way pergi ke hospital, kat radio kuar lagu ni, and buat aku sebak. Manly tears. haha

Fun facts:
Me the daddy was born on the 12th day
My wife the mommy was born on the 12th month
and she was born on the 12th year!

After keluar OT, my wife diletakkan kat katil no 12 dalam ward.

Memang so the onedot12.com