Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Arfa dan Adam & Hawa OST

Friday, November 9, 2012

| |
|

Tiap kali kitorang tonton Adam & Hawa kat tv, dengar je OST Muara Hati by Hafiz & Siti, Arfa akan terus drop everything yang dia tengah main dan pandang tak berkelip kat screen sampai lah lagu abis! Abis je lagu, baru la dia akan sambung balik apa yang dia duk main tadi, sambil jeling kadang-kadang kat tv. Pandainye anak daddy ngan mama nih ;P

So video kat bawah ni dedicated atas keobsessan Arfa towards Adam & Hawa OST - Muara Hati.

Penipu sewa rumah di apartment Alam Prima, Shah Alam

Wednesday, October 24, 2012

| |
|

KAMI DITIPU! Advertiser kat mudah.my yang kononnya owner rumah, hilangkan diri selepas dapat duit "lock in" unit. Pada pagi Sabtu 6 Oktober 2012, kami masih lagi dalam pencarian rumah sewa kat Shah Alam, ternampak satu iklan apartment Alam Prima untuk disewa kat mudah.my (iklan tu dah didelete), dan terus call and setup an appointment untuk tengok rumah. Bila call, seorang lelaki Cina yang memperkenalkan diri dia sebagai Chan, setuju untuk bagi kami tengok rumah pada hari yang sama, around jam 10 pagi.

Alam Prima apartment ni, memang amat strategik lokasinya dengan tempat kerja kami. About 3km ke office aku dan 7km ke office wife aku. Seksyen 22, Shah Alam. Opposite the CSR kilang gula.

View Larger Map
So bila sampai sana dalam pukul 10 pagi, kitorang dibawa masuk tengok rumah kat level 12. Kat iklan cakap level 9 kan? Tak perasan masa ni. Banyak duk cari iklan Alam Prima. Masa tengok dalam rumah ni, dia cakap dia dan kakak dia ada lagi 3 unit lain kat apartment ni, kat level 9. Sembang pum-pang beli memang nak buat investment lah, ada kedai barangan elektrik kat Bandar Puteri Puchong lah, nak pasang aircond lah, waterheater lah, grill lah, tawar mintak sewa jadi RM850 pon dapat lah. Ok fine. Kitorang cakap, jadi lah amik rumah ni.

Both parted ways. Tengah driving pulang, dapat SMS dari Chan, mintak particulars nak letak dalam agreement, nama, no ic, no plate kenderaan untuk apply sticker, email address. Lepas tu, mintak RM400 untuk lock in rumah tu pada kami. Biasa-biasa pon tuan rumah memang ada mintak sikit duit untuk komitmen supaya tak tiba-tiba cancel kan? Ok lah. Malam tu, cash deposit kat dia RM400 kat Hong Leong Bank Kajang.

4 days later, Chan called. Mintak extra RM450, alasan duit dia tak cukup untuk rolling nak pasang grill and whatever else yang dia sebut last time. Nak bayar kontraktor supaya leh jalan kerja, katanya la (PUIIIII!). Pastu dia cakap,  lepas solat Jumaat meetup again untuk sign agreement dan serah kunci. So aku pon pergi la cash deposit lagi RM450 dekat Hong Leong Bank Seksyen 15, Shah Alam. Aku dah mula was-was pada masa ni, mintak resit untuk 2 pembayaran ni, tapi dia cakap, just keep the cash deposit receipt as proof. Ok lah.

Jumaat, lepas aku solat jumaat kitorang call cakap on the way. Dia cakap silap. Jumaat depan (19 Oktober 2012) maksud dia. Dia salah tengok kalendar katanya. Dia kat Kuantan masa tu katanya. Ok lah. Next Jumaat it is.

Rabu, dua hari sebelum hari Jumaat yang dijanjikan, aku try contact Chan nak tau status rumah, dah siap ke belum. SMS tak reply. Call x jawab. SMS lagi. Call lagi. Last-last Khamis dia reply kat wife aku, cakap akan call later, tengah busy. Ok fine.

Jumaat, dari pagi duk try call, sms. No answer. No reply. Sampai la lepas Jumaat. Still no avail. Nampak gaya, kena tipu dah ni...

Sabtu, kitorang pergi ke Alam Prima. Aku naik sorang-sorang ke unit A-12-6 yang kat level 12 tu. Tiada orang. Pintu berkunci. Aku intai-intai dari tepi, memang takde buat apa-apa langsung, grill belum pon pasang. Kat pintu depan, ada tertampal notis, "Salam, ada masalah kunci. Sila hubungi pejabat. - Pejabat Pengurusan Alam Prima". Sah. Kena tipu.

Isnin, aku sambung cari iklan Alam Prima. Nampak satu iklan, looks like macam agent punya. Lim. Aku call. Sembang. Cakap baru kena tipu. Lim upset sebab ada conman macam tu, boleh kacau periuk nasi dia cari rezeki yang halal. Lim checkkan untuk aku, unit A-12-6, pemilik dia adalah Melayu. Later lunch time, aku pergi Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam, buat report. Tapi diorang referkan aku ke Balai Polis Kajang, sebab transaksi pertama aku buat adalah dekat Kajang. Tapi penipuan ini kan berlaku dekat apartment dekat Shah Alam? Entah lah.
So, macam mana si Chan tu ada kunci rumah tersebut? Adakah dia ni, kontraktor yang dilantik oleh tuan rumah sebenar untuk ubahsuai rumah itu dan mengambil kesempatan? Atau ada kemungkinan lain?

So macam mana untuk elakkan terkena macam ni lagi? Macam mana nak tau, betul ke tidak orang itu adalah owner property tersebut? Check dekat pejabat tanah? Mintak dia tunjukkan S&P? Mintak nak tengok geran umah? Mintak bil air, bil api untuk nak tengok nama? Mintak nak tengok ic? Takut genuine tuan rumah akan rasa offended pulak. Huhu.. janji tak kena tipu lagi.

Dengar berita dari kawan wife aku yang dah tinggal di Alam Prima dan dari akak ipar aku, dah dalam 11 kes yang sama terjadi kat situ. Yang paling banyak kena, RM3000. Gila. Kitorang kena RM850.
Hati-hati ya rakan-rakan... Malaysia is becoming less safer as days go by.

P/S: Aku sengaja tak letak nama penuh conman, maybe he has few other identities, maybe he might found this page.

Updated: Jumpa lagi kes sama by the same conman. http://www.ibilik.my/rooms/330810/please-do-not-trust-chan-poh-tiang

Koleksi banner/header blog

Wednesday, October 17, 2012

| |
|

So far, dah ada dalam 10 header/banner guna untuk onedot12. Apa lagi ya idea untuk next time ...












Facebook: Please don't ghost tag!

Wednesday, October 10, 2012

| |
|

Aku dan wife mmg share rasa annoy bila orang tag dalam gambar yang bukan kita ada dalam tuh. Aku rasa ramai lagi pon rasa yang sama. Sama ada dari penjual barang hingga kepada sesiapa, untuk tarik perhatian, ditagkan kawan-kawan mereka. Please, don't do it. Kalau nak tarik perhatian atau inform kawan-kawan anda tentang gambar yang korang post kat Facebook, jangan tag dalam gambar tersebut, tapi tag dekat comment. Bayangkan kalau gambar itu dikomen berpuluh-puluh, berpuluh2 notification akan sampai kepada mereka yang ditag, takde berkaitan dengan mereka. What a waste of time! Ghost tag = tag tapi takde dalam gambo.


Harap ghost-taggers faham situasi kenapa certain people tak suke mereka ditag dalam gambar yang tiada langsung kelibat mereka.

Sekian

Malaysian Traffic on Google Maps

| |
|

Maybe dah ramai orang sedar akan kewujudan ini, tapi aku baru tahu dalam sebulan yang lepas. Lembab siot. Yes now "Traffic" layer dah available for Malaysian Google Maps users since March 2012 (kut?). Aku wonder jugak how Google do it, baca punya baca, it is "crowd-sourcing".