Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Salam Aidilfitri 1432 Hijrah (2011 Masehi)

Thursday, August 25, 2011

| |
|

Di kesempatan ini, gua dan wife ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua hendaknya. Nampak gaya macam tak sempat nak buat raya wish video macam tahun lepas, even jugak macam tak sempat nak buat raya2 video macam zaman bujang (huhu).

Gua harap semua dapat menuju ke destinasi masing-masing dengan selamatnya. Kalau mengantuk berenti rest ya bro (& sis)! Semoga selamat segalanya. Ameen...

Korek hidung tak batal puasa la ...

Monday, August 22, 2011

| |
|



Sejak kecik aku diajar, korek hidung batal puasa. Sebenarnya tidak batal puasa, unless korek hidung sampai la masuk dalam perut. Ikutilah penjelasan Ustaz Azhar Idrus dalam video di atas...

Really.. korek hidung tak batal puasa! ;D

Perlu ke baca kuat-kuat time solat? (bukan imam)

Sunday, August 21, 2011

| |
|

Selalu je aku terperasan benda macam ni, yang bukan imam baca time solat kuat-kuat sampai mengganggu orang lain jugak nak solat. Setahu aku, time solat hanya perlu dengar sampai kat telinga sendiri je. Even klu kita tgh mengaji then ada orang dtg solat dekat kita wajib untuk slow downkan volume suara kita.

Macam mana cara nak tegur orang2 macam ni? Diorang je ke yang nak solat? Atau depa ni pekak telinga sikit kot?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Adakah harga sebenar minyak RON95 lagi mahal dari RON97?

Saturday, August 20, 2011

| |
|

Malam tadi tengah isi minyak kereta kat Shell, aku terperasaan benda alah ni yang tertampal kat fuel pump. Harga sebenar RON95 adalah RM3.30?!! And then seingat aku, minyak RON97 dijual pada harga apungan pasaran semasa (which is tiada subsidi kan?) pada RM2.90. So, soalan aku, adakah harga sebenar minyak RON95 yang lagi low quality ni lagi mahal dari harga RON97? Atau aku tak paham dengan macam mana harga RON97 dipasarkan?

Anyone can explain this to me? Gua seriously confuse nih.

Bila Google hantar surat ...

Friday, August 19, 2011

| |
|

Sampai-sampai kat umah tadi, check the mailbox and found this letter from GOOGLE. Yeah, the Google. Aku kepelikan. Setahu aku, Google Adsense aku belom pernah cash out money lagi (sebab belom layak). So nih ape ke hal Google hantar surat? Nape tak email sahaja macam biasa?

Rupa-rupanya, depa nak promote Google Adwords, which is untuk iklankan kat Google lah, cuma diorang bagi voucher sebanyak RM125 untuk mencuba produk Google itu. Perlukah aku guna ni untuk drive traffic to our blog ni? hurm.. kena response before 31 August, kalau after that & before 16 September the voucher yang dapat hanyalah RM70. Tapi perlukah semua ini?