Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Kisah bersalin 2: Air ketuban pecah!!

Monday, June 11, 2012

| |
|

Okay sambung cite bersalin.
Lepas diberi tarikh untuk lapor diri di wad Hospital Putrajaya pada 22 Mei dan di induce pada 23 Mei, aku pon relax2 je la tunggu tarikh tu.
Pagi 22 Mei, aku tersedar kol 620 pagi camtu tapi tido2 ayam lagi.
Hubby aku pon relax je tido sebab da amik cuti nak pegi hospital pukul 2.00 petang nanti.

Tetibe dalam 640 pagi, aku dengar bunyi 'pop'..pastu terase basah..terus gerak hubby aku.
Kelam kabut die bangun. hehe..terus aku terpikir...camtu rupenyer bunyi air ketuban pecah. heeee
aku pon pegi mandi2 sesiap...tetibe ade orang ketuk pintu bilik air.
Kakak aku rupernye..salam and peluk..siap nangis dier doa moga aku selamat..huhu..terharu jap..

Dah sesiap laki bini nih mandi + solat, kitorang turun la nak breakfast.
aku sempat la makan 2 biji telo separuh masak tuk bekalan tenaga kononnye.
Mak aku lak dah bagi bekal air memacam..air zam2, air akar fatimah, air mineral.
Dalam kol 830 pagi, gerak la kitorang ke Hospital Putrajaya.
On the way, mula la pikir macam2..excited jugak..takot jugak..heh

Sampai kat sana, aku turun pegi daftar, hubby aku pegi park kete.
Ramai jugak orang pagi2 ni..para husband dok tunggu.
Dah amik details aku, diorang pon suro aku masuk dalam.
wah...da ade 3 orang gak duk terbaring atas katil..aku duk pikir2 lagi, ape diorang nak wat eh?
Cek bukaan ke? aku takde rase sakit pon nih..air je duk ngalir xhenti2..tapi aku pakai pad la..hee

Pastu nurse ni datang suro aku baring. dia pasang mesin yang monitor heart beat baby ngan contraction kat perot aku. Memang takde contraction la kan...tapi heart beat baby kuat bunyinye.
Sound mesin aku terkuat kot. huhu..segan jap kat orang sebelah.
Then sorang doktor yang agak muda nih datang. Pompuan..
Dia pon cakap nak cek bukaan. Dia pasang satu alat nih kat bawah tuh..tak tahu ape mende.
Mase die ketatkan, aku rase cam kulit tersepit. sakit kot.huhu.aku jerit, diorang suro rilex. adeh..sabo je la..
Mase die cek bukaan tuh, takde sakit sangat..so doktor tuh cakap la..macam tak berape ade bukaan nih..tak sampai 1 cm.
Then diorang tengok air ketuban aku tuh kaler dier macam tak berapa nak clear jernih.
Memang aku tengok pon macam kuning2 ijau ckit.Tapi doktor tuh cakap okay lagi nih..kire clear lagi..
Then dia nak scan tengok kedudukan uri lak. berusaha dia tarik mesin scan tuh datang kat aku.
Hehe..pas scan dia cakap okay..uri kat atas.
Sorang lagi doktor lak datang. Pompuan gak. Dia cakap nak scan lagi. dia bawak aku pegi bilik scan. kali nih dia tunjuk sume jantung la, baby la..tu lah last aku tengok jantung kecik tuh berdegup live..hehe..

Dah abeh scan, doktor ni pon slow talk la ngan aku..huhu
Dia cakap wad kat sini penuh. Kita kene transfer awak pegi hospital lain.
Dia siap tunjuk ade 6 orang je nak keluar. Then dia cakap ade lagi yang dah book nak induce.
So kalo ade yang kuar pon maybe dah di book wad tuh. Aku pon cakap aku memang dah book nak induce arini. Pastu dia cakap lak, awak ni dah pecah air ketuban, so takleh tunggu..takot kene jangkitan. kalo balik or nak pegi hospital lain pon, tanggung risiko sendiri. Then kalo diorang transfer, diorang akan antar dengan ambulans. Pilihan untuk transfer Hospital Kajang or HKL je..pilih la. Serdang diorang memang takkan antar.
Aduh...dilema aku..Then doktor tuh suro bincang ngan hubby aku..die nak jawapan pukul 11 pagi.

Aku pon kuar lah bincang ngan hubby. kitorang decide nak pegi Kajang dulu. kalo takle, HKL la jawapnye.
Bila doktor tuh cek, Kajang memang penuh and HKL je accept aku.
Time tuh sedey la jugak kan..jauh kot HKL tuh..cane la family aku nak datang kan..
Tapi aku pikir positif je time tuh..bila tengok ramai yang datang lagi lepas aku, aku pikir diorang lagi emergency kot..lagi needs tempat dari aku..aku tak sakit lagi..bole lagi nak antar pegi memane..
Aku redha je la...kalo dah tertulis aku kene bersalin kat HKL, aku pegi je la..asalkan selamat sume.

Then duduk la aku kat kusi luar tuh sementara tunggu ambulans. Dalam pukul 12++ camtu kot ambulans pon datang amik aku bawak pegi HKL. neeenooo..neeenooo..hehe

Lame pulak ambulans ni nak datang..sabo je la den.
 Muke tak puas ati..heee
  Naik dah ambulans, 1st time kot naik
Ni yang hubby i tak pueh ati, kene saman sebab parking bukan dalam kotak. penuh kot!

Hadeh..panjang kan cite aku? tak sampai lagi part meneran..eh? meneran ke aku? huhu
sambung cite HKL dekat post baru k. hihi..





Kisah bersalin 1: Overdue, what should i do?

Friday, June 8, 2012

| |
|

Bismillaahirrahmaanirrohim.
Dah 2 minggu 1 hari umur Arfa Tasnim..Alhamdulillah.
Susah jugak nak curi masa tuleh blog.
Dah ade mase, xde mood lak..heh

Kalo ikutkan due date aku 14 Mei 2012. ni yang klinik and doktor2 kira la kan.
Time scan pon slalu dapat date lebey kurang la..12 Mei, 16 Mei cmtu.
Tapi kalo ikotkan period aku yang tempoh nye bukan standard 28 hari,
memang aku dah almaklum due date around 21 or 22 Mei camtu..macam yang husband aku tuleh ni la.

Due date satu hal la kan..tapi dah hujung2 pregnancy, memang rasa tak sabar dah nak kuarkan baby.
Sebabnye dah tak larat sangat. kaki asik bengkak, surut, bengkak, surut.
Tido pon tak tahu dah nak pusing belah mane..baby pon aktif sangat2 duk ngeras je.
Tambah lak orang duk cakap baby sulung biase kuar awal 2 weeks la..
So dah sampai 14 Mei, aku memang duk tertunggu2 bila la tanda nak kuar nih.
Satu lagi bende yang mengundang stress bila orang duk tanye, bile ko nak beranak nih?
tak kuar2 lagi pon..huhu...perasaan die same macam bile orang tanye, bile ko nak mengandung nih? camtu la..Takot nak beranak satu hal jugak la kan..tapi tak sabar jugak..huhu

Bile dah lewat 3, 4 hari camtu, aku dah tak senang duduk. aku tanye hubby aku, kalo tak kuar tanda gak nak buat cane?
Duduk area nih, hospital yang okay just Hospital Putrajaya, Serdang..Kajang agak berusia hospitalnye..huhu
Yang aku tahu hospital area sini mmg la penuh je kejenye..tambah lagi Hospital Serdang yang aku duk bajet nak bersalin situ.
Kalo sakit pon tengok gak bukak dah bape, dah agak nk bersalin baru diorang terima.
Abeh cam aku yang takde tanda ni camne lak? Aduh..kene back up hospital lain nih.

So bile call Hospital Putrajaya, die ckp nak bersalin situ kene book dulu.
Kene ade reference letter dari mane2 klinik sebab Hospital Putrajaya adalah hospital rujukan.
So kami pon pegi la amik surat reference dari KK and pegi book bersalin kat Hospital Putrajaya.
Tak susah pon nak book. Boleh book just hari Jumaat n Isnin. Kitorang pegi hari Jumaat bersamaan hari ke 4 overdue. Bawak referance letter ngan GL. Pegi kaunter daftar then pegi kaunter OnG.
Dekat kaunter OnG nih, die bagi tarikh tuk induce since aku dah overdue.
Die suro aku datang 22 Mei then masuk ward, induce 23 Mei. Tapi die pesan gak, kalo kuar tanda awal, datang je la..
So lega la aku...at least kalo takde tanda gak, aku dah tahu ape nak buat.
Time tuh tak tahu la induce tuh camne. even bace2 orang cakap sakit dari bersalin biase, aku okay je.
Sebab tak sabar dah nak deliver. huhu..Ape jadi lak pastu? sambung la eh..hihi

Dalam penantian, sempat pegi Bagan Lalang dating satu family, abah blanje makan :D







Our new born: Arfa Tasnim

Thursday, May 31, 2012

| |
|


Arfa membawa maksud yang mulia, tinggi manakala Tasnim adalah nama sungai/fountain di dalam syurga. Arfa juga hasil dari gabungan nama aku dan wife, where Ar produce the sound of R, initial for Ramzul and Fa for Fazlina. She was safely born to this world on 23rd May, 2012 4:05am at Hospital Bersalin Kuala Lumpur. The short intro music is from Muse - New Born and the rest of the song is Yuna's Terukir di Bintang. Ntah kenapa aku pick Yuna's song for this, masa aku on the way pergi ke hospital, kat radio kuar lagu ni, and buat aku sebak. Manly tears. haha

Fun facts:
Me the daddy was born on the 12th day
My wife the mommy was born on the 12th month
and she was born on the 12th year!

After keluar OT, my wife diletakkan kat katil no 12 dalam ward.

Memang so the onedot12.com

EDD: Expected Date of Delivery. Apakah?

Monday, May 21, 2012

| |
|

Atau jangkaan tarikh bersalin dalam bahasa Melayu, secara kebiasaannya menggunakan kaedah Naegele's rule yang telah dijumpai pada tahun 1830 oleh Franz Karl Naegele (dah dekat 2 abad). Formulanya adalah LMP (tarikh hari pertama haid terakhir) + 1 tahun - 3 bulan + 7 hari. Tetapi kaedah ini tidak tepat sekiranya wanita tersebut mempunyai kitaran haid yang kurang atau lebih dari 28 hari.

Petikan dari wikipedia di atas;
Naegele's Rule assumes an average cycle length of 28 days, which is not true for everyone.
Manakala Parikh's formula mengambilkira tentang kitaran haid. Formulanya adalah LMP + 9 bulan - 21 hari + bilangan hari kitaran haid terakhir.

So, mengikut Naegele's rules wife aku punya EDD adalah pada 14 Mei 2012 (dah overdue 7 hari) manakala jika mengikut Parikh's formula pula, EDD untuk wife aku adalah 22 Mei 2012 (esok). Wife aku tidak mempunyai cycle 28 hari, tapi lebih banyak hari.

P/S: EDD ni pada aku penting sebab salah EDD boleh bikin (future) parents tak tenteram gundah gulana tak senang duduk tak senang berdiri mandi bunga air jampi mintak rezekiiii (apesal masuk lagu Pisang Panas Salih Yaacob lak nih? haha)

UPDATE (26/5/2012): wife aku punya air ketuban pecah pada pagi 22 Mei dan our lovely daughter was born on the next day early morning ;D

YNWA King!

Thursday, May 17, 2012

| |
|


LFC part company with Dalglish
"Kenny will always be more than a championship winning manager, more than a championship winning star player. He is in many ways the heart and soul of the club. He personifies everything that is good about Liverpool Football Club. He has always put the Club and its supporters first. Kenny will always be a part of the family at Anfield.
Thank you King Kenneth Mathieson Dalglish. YNWA